Sunday, June 24, 2007

Satu Pengorbanan 37

“Sarah, ana akan bernikah,”sepatah sepatah perkataan itu keluar dari mulut Hanim.Sarah yang sedang menyenak buku mantiknya mendongak memandang Hanim disebalahnya.

“Enti ni, betul tak betul? Tadi suruh ana tasmik, sekarang cakap pasal kahwin.Kalaulah kawan-kawan terdengar, kan kecoh dibuatnya,,”dia menegur si kawan. Giliran Hanim pula memandang Sarah dengan mata yg tak berkedip kedip.

“Betullah, ana tak main main. Kelmarin Ibu datang rumah,”rendah nada suaranya, takut kalau-kalau ada yang terdengar perbualan itu.

“Lepas tu?” soal Sarah, juga dgn nada suara yang sama.

“Abang Is, dia minta percepatkan majlis,”bisik Hanim.

“Patutlah……” Sarah bersuara.

“Patut apa?”

“My father said he called. Minta nasihat. That’s all I know.”

“Sarah….”

“Later, after class. Ustazah dah pandang pandang tu,” Sarah menyiku Hanim apabila terpandang wajah Ustazah Sumayyah yang sedang mengamati mereka.

Dia bermain main dgn pen di tangan.Sesekali, dia melemparkan pandangan kearah murid murid yang sedang bersukan di padang. Kata kata ibunya masih terngiang ngiang di telinga. Hanim risau untuk ikut kursus pernikahan sebegitu rupa. Hanim risau kalau dia tak selesa berada dalam majlis yang mana peserta pesertanya terdiri daripada golongan remaja remaja yang tidak sepertinya. Di hatinya berkata kata, apakah Hanim betul betul risaukan dirinya atau Hanim malu untuk berada dikursus itu. Dia sendiri sudah menekefon pejabat kaunsellor. Dan dia di beri faham, semua itu adalah prosedur yang ditetapkan.Namun tidaklah semua peserta kursus itu boleh dikategorikan remaja remaja yang terlanjur. Apakah Hanim sengaja mengatakan yang sedemikian? Dia menghela nafas dalam dalam. Ternyata, pertunangannya tidak seperti apa yang diharapkan. Perlahan dia meraup wajah. Iskandar sendiri tidak tahu kenapa dia tiba tiba menjauhkan diri dari Hanim. Hanim tidak ada sedikit pun silap terhadapnya.

“Tak salah kalau jauhkan diri kerana nak jaga perhubungan itu, Syah.Tapi kalau Syah sengaja jauhkan diri dari dia kerana perasaan kecil hati, salah sangka, itu Ustaz rasa memang tak patut. Syah ikut perasaan. Kita lelaki, sepatutnya lebih rasional. Syah kena ingat, Hanim tu anak yatim. Dia perlukan protection. You can do it. Hanim tak tahu semua yang berlaku. Sarah kata, dia confuse dgn tindakan Syah. Syah janji dengan Hisyam untuk jaga dia.Dia dah jadi tanggungjawab Syah.”Nasihat ayah Sarah, ketua usrahnya itu masih lagi melekat dikotak fikiran.Betul apa yang Ustaz Ahmad kata. Dia ikutkan perasaan. Dia hanya nak lari dari Hanim kerana dia tahu perasaan Saif. Tapi apakah pula perasaan Hanim?Sesekali timbul juga perasaan rindu terhadap gadis itu. Kasihan Hanim……

Dia sedar, Hanim banyak berdiam sewaktu dia menjemput di Esplanade kelmarin. Wajah Hanim tidak seceria selalu.Pandangan Hanim juga seolah olah ada sesuatu yang hendak Hanim katakan, tapi tidak kesampaian. Mahu saja dia ajak gadis itu duduk berbincang. Mahu saja dia beritahu Hanim, dia rindu. Tapi dia tahu, itu bukan jalan keluarnya. Cara itu tak menghalalkan niatnya……

No comments: