Friday, June 22, 2007

Satu Pengorbanan 36

Hanim hanya memandang kosong wajah mama dan ibu Iskandar. Dia tak tahu samada patut berasa gembira, atau sebaliknya. Kata kata Mama dan Ibu semacam memberi satu paksaan.

“Hanim, Is minta kita percepatkan pernikahan,”lembut saja Mama memberitahu. Ibu yg duduk disisi hanya memandang, tersenyum.

“Hanim baru 17 tahun. Tentu nanti banyak perkara yang kita kena go through,Mama. Abang Is sanggup ker?”perlahan Hanim menyuarakan persoalan hatinya. Kalau beberapa tahun yang lalu, nikah diusia muda tak menjadi masalah, tetapi kerana banyak kes penceraian, setiap pasangan muda mesti melalu kursus istensif dahulu sebelum bernikah. Ibu bapa kedua pihak pun akan dipanggil untuk temu duga.kemudian Hanim dan Iskandar akan di aturkan untuk mengikuti kursus khas untuk pasangan muda. Hanim rasa terlalu susah prosedur yang dikenakan. Bukannya Hanim seperti remaja remaja lain, namun kerana umurnya, dia tidak terlepas dari prosedur yang sama.

“Hanim telefon ROMM ya?” tanya Puan Ainon.

Hanim mengannguk. Matanya redup memandang wajah bakal mertuanya.

“Waktu tu, Hanim nak buat artikel. Bukan kerana pertunangan ni. Tak sangka pula Hanim akan sama mengikuti kursus yg satu masa dulu Hanim rasa hanya untuk remaja remaja yg tak faham Islam,” lembut tutur Hanim tapi cukup menunjukkan perasaan sebenarnya.

“Apa Hanim cakap macam tu?”tegur Mamanya. Dia tidak mahu Hanim mengecilkan hati Puan Ainon.

“Bukan apa, Mama, Ibu. Cuma kursus tu rata rata untuk remaja bermasalah. Sanggup ke abang Is duduk dalam kursus macam tu. Dia kan seorang guru,”sekali lagi Hanim menyuarakan kerisauan hatinya.

“Sebenarnya ada cara lain kalau Hanim tak nak ikut cara tu,sayang,”beritahu Puan Ainon. Dia bangun mendekati Hanim yang sedang bersimpuh diatas lantai.

“Cara apa Ibu? Hanim dah call Ustaz di ROMM, mereka tak boleh buat apa apa.Hanim masih muda,” balas Hanim.

“Kita nikah syar’ie dulu. Maksudnya, kita tak report pernikahan tu pada ROMM. Kita buat sendiri, cukup syarat dan rukunnya sudah. Itu yang wajib. Bila Hanim dah menjejaki usia 21 tahun nanti, baru kita report,” beritahu Puan Ainon. “Saya sebenarnya dah berbincang dgn ayah si Is.Dia setuju benar. Cuma kami nak tahu pandangan Cik Tipah. Mana tahu Hisyam kat sana ada pandangan lain.” Sambung Puan Ainon.

“Kak Ainon, Tipah rasa elok kita buat bincang dgn Hisyam.Dialah wali Hanim yg tinggal sekarang.Arwah ayah Hanim ni tak punya keluarga di sini. Lepas dia convert, dia dibuang keluarga.” Tenang Cik Latifah memberitahu.Sebenarnya dia kagum dgn kasih sayang yang ditunjukkan Puan Ainon terhadap anaknya itu.

“Mama, kenapa Mama tak cerita ni semua pada kitorang? Kenapa sekarang baru Hanim tahu arwah Papa dibuang keluarga?” Tanya Hanim seolah tidak puas hati dengan apa yg didengarnya.

Cik Latifah hanya mampu tersenyum.”Waktu tu Hanim kecil lagi. Hanim tak faham apa-apa.Mama pun tak mahu buka cerita lama, Nim. Yang sudah tu sudah,lah. Papa pun dah tak ada. Dia redha dgn apa yang berlaku. Cuma sayang, dia tak dapat nak kongsi keindahan Islam tu bersama mama dia.”

"Mama...nanti abang akan walikan Hanim ke?"entah kenapa Hanim bertanya soalan sebodoh itu, dia pun tak tahu.

"Kenapa?"

"Boleh Hanim buat satu pernimtaan?" wajah Hanim amat kelihatan celaru, tidak setenang selalu.

"Apa dia Hanim? Cakaplah...." ujar Puan Ainon.

"Hanim nak nikah kat rumah abang..."

2 comments:

Anonymous said...

geramnya dgn iskandar..
gaya dia cam pentingkan diri sendiri..
wpun iskandar seorang yg baik namun dia perlu mengambil kira peerimaan org lain sama..

Ummihana said...

Itulah dier.....dia fikir diri dia saja.....kita doakan lah ek!