Wednesday, June 13, 2007

Satu pengorbanan 35

“Hanim tak penat ke setiap hari belajar di madrasah, then malam datang kuliah? Akak yang bekerja half day pun rasa macam nak tercabut tulang bila kena datang kuliah tau,”seloroh Norlizah, teman sekuliah Hanim yang bekerja part time sebagai guru tadika.

“When there’s a will, there’s a way..Betul tak Hanim.Lagipun Hanim masih muda. Belum ada tanggungjawab, Liza,”sampuk Saeidah, seorang lagi teman sekuliah Hanim.

“Macam gitulah kira-kiranya. Hanim rasa dalam usia muda ni, biarlah Hanim belajar dan kejar cita cita Hanim. Kalau duduk rumah pun, bukannya Hanim buat apa-apa. Mama kerja ikut syif. Hanim tinggal seorang saja,”beritahu Hanim.

Malam itu mereka bertiga berjalan santai menuju ke Esplanade. Memandangkan esoknya hari Sabtu, dan mereka tak perlu berkejar ke mana-mana, Norlizah mengajak Hanim dan Saeidah berehat sebentar di hadapan Merlion. Mereka akan dijemput oleh suami Norlizah dalam jam sebelas malam selepas tugasnya tamat.

“Hanim, okay ke pulang malam-malam macam nie,”Tanya Saeidah. Jarak umurnya yang hanya lima tahun lebih tua dari Hanim membuat dia menganggap Hanim seperti adiknya sendiri.

“Sebenarnya tak okay…tapi Hanim dah minta izin Mama. Cakap nak temankan Kak Nor tunggu suami dia. Kelas kita pun habis lambat kan tadi…” balas Hanim sambil matanya leka melihat Merlion dihadapannya.

“Anak dara tak elok balik malam malam.Akak pun tadi minta izin suami juga..Dia kata kalau kerana nak teman Kak Nor, okay,tapi tak boleh selalu,”beritahu Saeidah.

Hanim memandang wajah temannya itu. Saeidah kelihatan ceria sentiasa.Memang sesuai dengan namanya yang membawa erti gembira.

“Kak, Hanim tanya sesuatu boleh?’”tiba tiba Hanim bersuara.

“Hai, ada benda yang Hanim tak faham ke tadi? Nampak macam sungguh sungguh dia dengar Si Michael celoteh….”usik Saiedah.

“Bukan pasal kelas tadi, fasal akak,lah..Boleh Tanya tak?” gesa Hanim.

“Okaylah…asalkan akak boleh terjawab,” Saiedah tersenyum mesra.

“Susah tak kahwin muda?” Tanya Hanim selamba.

Norlizah dan Saeidah memandang wqjah Hanim. Hai…tiba tiba Tanya pasal kahwin.

“Susah…tak jugalah.Akak nikah umur 20 tahun. Sebelum tu memang mak dah pesan, dia tak nak kawan sana kawan sini.Kalau ada orang nak berkawan, mak nak jumpa.Mak akak ni terus terang jer…Dia kata kat suami akak tu..kalau nak berkawan, elok nikah.Dalam Islam tak ada istilah berkekasih…Cute lah mak waktu tu,”Saeidah bercerita sambil tertawa kecil.

“Suami akak?” pancing Hanim lagi.

“Dia kan dah bekerja waktu tu.Walaupun dia bukan orang senang, dia yakin dia boleh jaga akak.Lagi pula, dia amati dari keseriuasan mak akak, tentunya Kak Eidah ni dah dididik dengan ilmu agama. Iyalah…kalau tak banyak, sikit pun mesti ada.”panjang lebar Eidah memberi penjelasan.

Tiba tiba terdengar suara berdehem di belakang mereka. Serentak Saeidah dan Norlizah memandang kearah suara itu. Hanim juga turut memandang kebelakangnya. Matanya tertancap pada wajah pemilik suara itu. Macam mana pulak lelaki ini boleh ada disini. Apa pula yang di ingatnya nanti melihat Hanim duduk di kawasan itu malam malam begini.

“Pakcik, pakcil cari Hanim ke?” soal hanim, seperti tidak tahu apa yang patut dikatanya.

“ Ah’ah lah..tentulah cari Hanim,”beritahu lelaki itu sambil tersenyum. Sebentar kemudian terlihat kelibat Puan Ainon berjalan dari jauh. BIla terlihat Hanim, wajah Puan Ainon tersenyum lega.

“Hah, jumpa jugak Hanim kat sini,” ujarnya sambil menghulur tangan.Hanim menyambut tangan Puan Ainon dan dikucupnya sopan.Puah Ainon kemudiannya bersalaman dengan rakan rakan Hanim yang masih lagi bersoal soal didalam hati.

“Kawan sekuliah Hanim ke?” Tanya Puan Ainon ramah. Norlizah mengangguk lalu memperkenalkan diri mereka.

“Hanim balik dengan ibu okay? Dari tadi kami cuba msg Hanim,tak respon.Bila call, tak angkat. Sibuk tadi ya?” Tanya Puan Ainon sambil tangannya mengusap kepala hanim yang bertudung itu.,” Ibu sampai terpaksa call Mam tanyakan tentang Hanim.”

Hanim mengeluarkan handphone dari begnya.Ternyata handphonenya kehabisan battery.

“Lo bat…patutlah ibu call, Hanim tak dengar,”balas Hanim,”maaf ya,Ibu.”

Norlizah dan Saeidah masih memerhatikan mereka bertiga.Siapa pula lelaki dan wanita yg digelar ibu itu? Hanim yang seakan akan faham dengan persoalan hati rakan rakannya tersenyum melihat reaksi wajah mereka.

“KaK Nor, Kak Eidah..ibu ni bakal mertua Hanim,”perlahan dia memberitahu. Merona wajahnya menahan segan,Iyalah umur semuda itu sudah bertunang. Kemudian pula baru tadi dia bertanya tentang alam perkahwinan. Tentu dia akan digiat habis habisan oleh teman temannya itu. Wajah teman temannya juga dah bersimpul senyuman penuh bermakna.

“Oh, Hanim ni dah jadi tunangan orang…senyap senyap saja,”usik Norlizah.

“Hanim segan agaknya tu,” tambah Puan Ainon.Kemudian dia menoleh kearah Hanim

“Kita bergerak sekarang ya?”

“ Kesian Is tunggu lama –lama kat kereta.Risau sungguh dia bila Hanim tak jawab panggilan dia tadi,” beritahu Ayah Iskandar.

Terkesima juga Hanim mendengar kata-kata bakal mertuanya.Kalau dia risau, mana dia menghilang sebulan lebih ni? Apa salah Hanim pada dia?

No comments: