Wednesday, June 13, 2007

Satu pengorbanan 34

Iskandar tegar, dia perlu menelefon Hisyam.Apa pun yang akan berlaku, dia terpaksa berterus terang. Rasanya berYM dengan Hisyam tadi, dia tak dapat meluahkan kerisauan hatinya.

“Assalamualaikum,”kedengaran suara Shimah menjawab panggilan itu.

“Waalaikum salam.Kak Shimah, Syah ni,Hisyam ada?” terus sahaja Hisyam memberitahu niatnya untuk bercakap dengan Hisyam.

“Sebentar, akak panggilakan abang Hisyam,”sopan Syimah membalas.Namun terdetik jua di hatinya seolah olah ada sesuatu yang penting.kalau tak, takkan sampai mahu telefon ke Melbourne ni.

“Syah.Apa hal?” Tanya Hisyam setelah salam berbalas.

“Aku risau…” beritahu Syah.

“Kau risaukan perhubungan kau dgn Hanim? Aku rasa korang macam okay aje..”

“Hmmm…rasanya elok pernikahan tu aku percepatkanlah Hisyam..” cadang Syah.

“Kau tak buat cadangan terburu buru ke ni?” soal Hisyam, kali ini lebih serius.Ini soal perkahwinan, bukan soal main main.

“Entahlah….aku yakin aku tak buat keputusan bodoh. Kau jauh, aku pun akan pergi juga lambat laun.Aku tak nak Hanim sendirian macam tu,”keluh Iskandar.

“Maksud kau…hanim tak pernah ngadu apa apa pada aku, Syah.Jadi aku tak tahu apa masalah korang,”beritahu Hisyam jujur.

“Dia memang okay.tapi aku yanag tak okay. Semenjak kau tak ada, aku ….aku…”kkata kata Iskandar terputus di situ.

“Hei, Cikgu Iskandar…bill telefon berjalan…tak tahulah kalau kau nak biarkan Singtel untung banyak bulan ni…”usik Hisyam. Terdengar keluhan kecil dihujung talian. Hisyam memandang Shimah yg duduk disisinya.

“Sejak kau pergi OZ, aku jauhkan diri dari dia. Aku serba salah.Bukan aku tak risaukan dia, tapi aku rasa macam Saif lebih ambil berat tentang Hanim dari aku…”

“Syah…look here.Tentang kau jauhkan diri dari adik aku, aku tak salahkan kau.Korang pun belum ada ikatan yang sah.tapi kalau kerana Saiful Alam, aku rasa you’ve to wake up,bro!” tegas suara Hisyam kini.

“Syah, dalam Islam pun tak ada cinta sebelum bernikah. Aku terima lamaran kau untuk Hanim pasal aku yakin akan pendirian kau dalam agama. Syah…akau tak nak salah sangka pada sesiapa.Tapi elok kau bincang dengan mak ayah kau.Kalau perlu akau balik ke Spore, I will.”

“Thanks Hisyam.Aku tahu….tapi aku tak pasti. Aku rasa aku selfish..pentingkan diri aku dari perasaan Hanim dan Saif,” Iskandar akhirnya berterus terang jua.

“Syah, aku bukan nak puji Hanim.Aku yakin, there’s nothing between Hanim dan Saif. Pergilah tenangkan fikiran kau. Solat hajat, minta bantuan Tuhan.BUkan kau tak tahu semua itu…”nasihat Hisyam.

Iskandar menghela nafas lega.Sekurang kurangnya, beban yang ditanggung sudah pun terasa ringan.Dia akan berbincang dengan mak dan ayahnya. Iskandar hanya akan ke UM dalam masa dua tahun lagi, dia yakin Insyaallah, dia mampu menjaga Hanim.

No comments: