Wednesday, June 13, 2007

Satu pengorbanan 33

Hisyam > Macan mana studies?

Hanim_nur > Alhamdulillah.

Hisyam > Jangan balik lewat.

Hisyam > U must take care.

Hisyam > Faham.

Hanim_nur > *mode angguk kepala* iyelah…

Hanim_nur > faham sangat.

Hanim_nur > Hanim rindu kat semua

Hisyam > Alaa..raya nanti abnag baliklah

Hanim_nur > lambatnya……

Hisyam > Apa khabar Syah?

Hanim merenung soalan itu lama.Apa khabarkah Iskandar sekarang? Dah lebih sebulan Hanim tak jumpa dia. Nak jawab apa pada Hisyam?

Hisyam > BUZZ

Hanim_nur > I m still here,lah!

Hisyam > Tunang Hanim apa khabar?

Hanim_nur > Alhamdulillah, sihat.Tak dengar pun dia sakit

Hanim_nur > He he he

Hanim_nur > Abg, GTG…me tired liao!

Hisyam > Log off…no other chats!

Hanim_nur > ok.

Hanim_nur > kirim salam Kak Shimah.Missed her tonnes!

Hisyam > ):

Hanim merebahkan dirinya dikatil.Letih, rindu, bingung..tetapi kenapa mesti bingung?Bukan dia yang menimbulkan masalah. Perlukah dia berterus terang pada abangnya saja? Apa penerimaan Hisyam nanti? Bukankah Iskandar dah berjanji dgnnya? Malah sewaktu sebelum berlepas, sekali lagi Hisyam meminta Is berjanji menjaga Hanim.

Buku Ilmu dan Hikmah dicapainya dari meja sisi. Perlahan Hanim membaca sehelai demi sehelai muka surat. Akhirnya pembacaannya terhenti pada satu topic…”Cinta Tuhan jalan keluar dari krisis”. Khusyuk Hanim membaca dan cuba memahami. Rasulullah mengubati penyakit krisis dengan mengembalikan ummatnya kepada Tuhan,rasa Tuhan itu hebat dan rasa keperkasaanNya. Rasulullah membaca ayat ayat yang menunujukkan Tuahn itu Maha Perkasa, Maha Agung, Maha Pencipta dan Maha Menjadikan. Tuhan itu yang menghidup dan mematikan kita. Hasil dari usaha Rasulullah itu, manusia kembali takut kepada Tuhan….

Hanim menutup buku itu dan meletakkannya keatas meja itu kembali. Dia merenung jauh, entah kemana. :Apakah selama ini, cintanya terhadap Tuhan belum padat? Apakah dia hanya fikir yang dia mencintai Tuhan tetapi dia sebenarnya belum benar benar mencintai Tuhan? Kenapa Iskandar yang yang menjadi bahan fikirannya dan bukan Tuhan? Sedangkan Tuhan itu yang memberi nikmat dan yang berkuasa keatas dirinya? Airmata Hanim menitis tanpa disedari….Tuhan, sekali lagi Hanim tertipu dengan nikmat Dunia. Tanpa kehadiran abangnya, Hisyam, tanpa kezahiran tunangnya Iskandar..apakah Hanim tidak berdaya mengharungi hidup? Tidak cukupkah dengan mencintai Tuhan?

No comments: