Wednesday, May 30, 2007

Satu pengorbanan 31

Wajah gadis itu asyik suram dua tiga hari ini.Puas dia memikirkan apa yang membuat wajah itu suram sekali. Hendak di tanya, dia sudah kelu lidah semenjak Hanim tahu coklat coklat itu adalah pemberiannya dan bukan seperti apa yang dia akui sebelum ini. Hendak di biarkan, hatinya menjerit jerit ingin tahu apa yang menyelubungi jiwa gadis itu. Dia jarang bermuram durja. Mesti ada sesuatu yang berlaku.Tapi apa?

“Hei! Apa yang dimenugkan tu?” terasa dirinya disergah dari belakang. Saiful Alam menoleh, hanya untuk melihat wajah orang yg menyergahnya. Ustaz Khair berdiri memandangnya dengan wajah seribu persoalan.

“Ustaz…tak ada apa-apalah. Mana ada termenung, ana cuma berfikir jer….” Saif memberi penjelasan,walaupun dia tahu ia satu penjelasan yang tidak jelas! Penjelasan yang hanya satu alas an.

Ustaz Khair menepuk nepuk bahu anak murid yang telah menjadi rakan sejawatnya itu.

Muka Saiful Alam berkerut denagn perlakuan Ustaz Khair.

“Saif…Saif..dari enta sekolah sampai dah jadi guru ni, tak berubah ubah. Macam ana tak tahu apa yang ada dalam hati tu…” kata Ustaz Khair lagi sambil mengambil tempat disebelah saiful Alam.

“Maksud ustaz?” Saiful Alam cuba bertanya.

“Lagi fikirkan Hanim bukan?” serkap Ustaz Khair memang mengena sasaran.

“Ustaz ni guru Lughah ke atau guru telek menelek…”Saiful Alam cuba bercanda, cuba merubah topic perbualan.

“Oh, mentang mentang ana belum berumahtangga, enta ingat ana tak faham semua ni.Enta lupa ke, ana pun pernah muda satu ketika dulu?” balas Ustaz Khair tersenyum. Dia sebenarnya tahu tahu apa rahsia hati bekas anak muridnya itu.

“Alaa, sekarang ni pun, ustaz masih muda lagi, baru 28 kan? Single tapi tak avalaible.Ustaz jual mahal…” usik saiful Alam. Hatinya sudah tidak tenang dengan kehadiran Ustaz Khair di situ.

Ustaz Khair menarik nafas dalam dan dihembusnya perlahan.Kemudian dia memandang wajah Saiful Alam.

“Tuhan jadikan manusia itu berpasang pasang, Saif. Yang kita rasa jodoh kita, mungkin bukan dalam perancangan Tuhan. Ana tahu, enta menaruh minat terhadap dia.Tapi rezeki sepupu enta untuk menjadikan dia teman hidup.Walaupun perkara itu belum berlaku lagi, kita doakan yg terbaik,Saif.Ana tahu enta seorang yang bertanggungjawab. Kalau enta betul sayangkan dia, sayangilah dia kerana Tuhan. Selepas itu, dengan siapa pun dia berumahtangga, enta tak akan kecewa.Kerana sayang enta bukan bermaksud untuk memiliki dia, tapi untuk memiliki cinta Tuhan,” tenang bicara Ustaz Khair.

Tersenyum Saiful Alam mendengar tutur kata gurunya. Tak pernah dia dengar Ustaz Khair berbual tentang cinta. Wajah tampannya tak pernah dijadikan modal untuk memikat kaum Hawa. Walaupun ramai makcik makick yg ingin menjadikan dia menantu. Siapa yang tak mahu menantu sebaik Ustaz Khair?

“Ini kali pertama ana dengar Ustaz beri tazkirah pasal hati,”gurau Saif,”InsyaAllah, Ustaz, ana tak kan bertindak bodoh. Is tu sepupu anan yg terbaik, memang elok pun dia dapat seorg isteri yang baik juga. Mereka direzekikan bersama, InsyaAllah. Tapi ustaz..ana lihat Hanim tu macam ada masalah. Kuliah malam dia belum lagik bermula, muka dia dah macam tu.Macam bermasalah sangat. Apa masalah dia?” Saiful Alam tahu sangat Hanim tidak akan memberitahu dia apa-apa pun. Tapi mungkin dengan Ustaz Khair, Hanim ada cakap sesuatu. Ustaz guru kelasnya. Dia berhak mengambil berat akan setiap murid dalam kelasnya.

Sekali lagi Ustaz Khair tersenyum,”Tadi kata tak termenung…rupanya ingatkan Hanim tu?”

Kali ini Saif tak kuasa nak berdalih. Memang apa yang dikatakan itu benar, buat apa nak tegakkan benang basah…

“Dia sedih, abangnya nak berhijrah ke Australia. Kemudian Is pula kata, dia juga bakal pergi. Kemana, Hanim pun tak tahu….” Beritahu Ustaz Khair. Saiful Alam terdiam mendengar kata kata Ustaz Khair. Kemana Is bakal pergi? Kenapa dia tak tahu? Kenapa Is tak beritahu dia?

“Syukran Ustaz. Nanti ana tanya Is saja. Selepas dia kesini kelmarin menguruskan soal hanim, ana dah tak jumpa dia. Kelmarin pun, dia tak banyak cakap…”

Saiful Alam merenung jauh. Apa masalah yang melanda sepupunya itu pula? Kalaulah dia tahu……dia punca segalanya…..

No comments: