Monday, May 28, 2007

Satu pengorbanan 30

“Selepas ini, Hanim kena kerja lebih keras lagi.You have to learn to juggle both worlds,”kata kata Hisyam itu seakan memberi Hanim kekuatan untuk terus berusaha.Kepala adiknya diusap penuh sayang.Iskandar hanya memerhatikan perlakuan Hisyam terhadap adiknya.Mereka berjalan seiringan keluar dari RTRC Asia, anal syarikat NTUC yang mengendalikan kursus kursus pendidikan awal. Pagi tadi, mereka telah berjumpa mudir di madrsah hanim.seperti yang dijangkakan, Hanim tidak dibenarkan berhenti sekolah.

“Abang, Hanim takut tak boleh cope.Bukannya senang nak juggle pelajaran madrasah, nak juggle course pulak.Dah lah course tu waktu malam…”Hanim seakan merengek meminta simpati.Iskandar yang ada disisi tak diendahkan.Manja sungguh Hanim denag Hisyam.tak macam dia dan kakaknya.Ketiadaan kakaknya pun tak dirasakan.

“Kenapa abang setuju dengan idea mudir tu.Kan abang jugak yang nak Hanim berhenti sekolah…”sambung Hanim lagi.

“Hanim, you tak sanggup nak belajar banyak, atau tak sanggup hadapi kenyataan.Hanim nak lari dari masalah,kan?” tenang Iskandar mencelah.

“Siapa kata?”Hanim cuba membela diri.Memang dia nak lari dari Saiful Alam, dari situasi yang dia tak suka nak hadapi…Kalaulah dia boleh beritahu Iskandar semua itu…..

“Hanim cuma tak suka……”kata kata Hanim terhenti disitu.

“Hanim tak suka apa,dik?”soal Hisyam sambil melabuhkan punggung ke tempat duduk driver. Iskandar mengambil tempat di tempat duduk sebelah.Hanim masih lagi tercegat diluar.Fikirannya melayang entah kemana.

“Hanim, tak nak balik ke?”tanya Iskandar,”Tak sabar nak mulakan kursus kat sini?”

Hanim tersenyum hambar, sedar dia disindir tunangnya,”Taklah…awak ni tak usik tak boleh ke?”

“Hai..awak awak lagi? Kelmarin sampai nangis nanagis telefon, pandai jer panggil abang…”Hisyam pula mengusik. Sengaja mahu melihat reaksi adik kesayangannya itu.

“Dah lah kalau abang nak usik lagi, Hanim balik naik bas jer lah…”Hanim menyuarakan ketidak puasan hatinya.

‘Abang…tolong Hanim…My family…” dia teringat panggilannya tempoh hari. Terasa bodohnya dia kerana terpaksa panggil Iskandar abang.Kalau bukan Hisyam yang mengusiknya hari itu depan Mama dan Kak Shimah, tentu Hanim takkan telefon Iskandar hanya setakat mengadu.Terasa betapa bodohnya dia..Dan Hanim juga terasa malu.Dimana wibawanya selama ini? Dan Hisyam..kenapa dia tidak menegah malah dia yang melebih lebih mengusik adiknya.

“Hanim…termenung lagi? Apa jer yg dia ingat kan? Tunang ada depan mata, abang pun kat sini.Siapa lagi yg Hanim ingat?”suara Hisyam memecahm gegendang telinga.

“Hmmm, nak apa? Tak abis abis nak usik Hanim?Tak puas tengok Hanim nangis?”tanya Hanim. Iskandar tertawa kecil. Dia juga teringatkan peristiwa kelmarin.Mujur dia telefon Hisyam dahulu sebelum keluar mencari Hanim.Kalau tidak, paniknya hanya membuang masa saja…..

“Dahlah…dia dah tak nak panggil aku macam tu…,”Iskandar meluahkan apa yg terpendam dalam hati.Dia tahu bukan mudah bagi Hanim memanggilnya sebegitu.

“But she has to learn, and she will learn now,”tegas suara Hisyam.Hanim terkedu.

“Aku nak tanya, sampai bila pertunangan ni,Syah? Aku faham, kau rasakan Hanim terlalu muda, tapi aku risaulah Syah. Hari ini bolehlah aku jaga dia…esok lusa?” suara Hisyam terhenti disitu.

“Kenapa esok lusa?Abang nak pergi mana?”Hanim memintas sebelum sempat Iskandar bersuara.

“Abang dapat tawaran ke Australia.Dah dua kali abang tolak…dulu kerana kak Shimah tak sihat.Kemudian pasal pertunangan Hanim yang tak jelas…Semalam dalam meeting, boss abang cakap lagi….”beritahu Hisyam tenang.

“Abang nak tinggalkan Hanim? Berapa lama?” tersekat sekat suara Hanim bertanya.

Hisyam memerhatikan adiknya melalui visor.Mata bundar Hanim kelihatan berkaca.Ini yang paling Hisyam tak suka.Hanim mudah dengan airmata kalau menghadapi masalah perpisahan begini.

“Tak lama,lah sayang.Two years ajer.” pujuk Hisyam,”Mama kan ada…Syah pun ada jugak”

“Hisyam, betul ke ni?” soal Iskandar.

“Apa yang betul? Pasal aku suruh kau kahwin cepat cepat?” Tanya Hisyam.

“No…pasal your transfer,” balas Iskandar.

“Hey, betullah.Takkan aku bergurau pulak.I’ll be bringing my wife and girl along.Aku harap kau dapat tengok tengokkan Hanim dan mama aku,”ceria suara Hisyam.

Iskandar menoleh melihat Hanim yang sedang memandang jauh. Suram wajah gadisnya itu.

“Tapi aku….”Iskandar tidak sampai hati hendak meneruskan.

“Kau jangan kata kau tak sudi nak watch over my adik and mama pulak,Syah.” pintas Hisyam.

“Bukan tak sudi, dah jadi tanggungjawab aku, tapi aku juga bakal pergi.....”perlahan Iskandar bersuara.Dia dapat melihat airmata menitis dari kelopak mata Hanim.Tak pasti apakah Hanim menangis kerana Hisyam atau juga kerana apa yang dia katakan.




No comments: