Monday, May 28, 2007

Satu pengorbanan 29

“Kau pun rajin blog juga?” tanya Iskandar sambil tangannya ligat menggerakkan tetikus di mouse pad.

“Kenapa? Zaman sekarang ni, budak kecil, remaja dewasa, sampai pakcik makcik pun ada blog, Is…”suara Saiful Alam hanya perlahan kedengaran.Dia sedang mentashih buku buku murid muridnya. Sibuk betul nampaknya sampai terpaksa bawa pulang buku buku.

“Kau…sama macam Hanimlah.Dia pun rajin blogging.Ntah apa-apa dia post kat Multiply dia….Sampai ada kawan rapat , tempat dia berbincang.Tapi dia tak pernah pun jumpa orang tu.Cuma she has her trust in that person. Peliklah aku rasa…” Iskandar meluahkan perasaan.Saiful alam hanya ketawa kecil mendengar cerita Iskandar.Sebenarnya dia tak selesa bila sepupunya menyebut nyebut tentang Hanim.Rasa bersalah tiba tiba datang bertandang.Dia hanya membiarkan Iskandar melungsuri lelaman net seorang diri.

Mata Iskandar terpaku pada satu entry didalam blog Saiful.Dia tidak pernah terbaca entri yang satu ni. Mungkin ini entri ‘private’.Terlanjur pula, memang Saiful Alam ‘sign in’ tadi dan belum ‘sign out’. Senyap senyap Iskandar membaca entri pendek itu..

“A love lost…………..Jika kita menyukai seseorang, tidak semestinya ia berakhir dengan perkahwinan. Jika kita menyintai seseorang, bukan bererti kita akan menghabis sisa hidup dgn dia…Ingatlah diri, engklau bukan untuknya……

Hanim lebih berhak mendapat cinta Iskandar ataupunmungkin dia akan mengalah seperti dulu..Is, dia sentiasa mengalah dgn aku..Apa kali ini dia akan mengalah juga kalau dia tahu, aku juga mencintai Hanim.’

Bagai mahu gugur jantung Iskandar Syah sewaktu membaca kata kata itu.Mengalah? Dia teringatkan kata kata ibunya sebelum dia bertunang dgn Hanim. Betul firasat wanita itu. Saiful menyukai Hanim.Tapi Hanim?

“Is…hei, termenung apa pulak? Apa yang kau tatap tu…?”soal Saiful, mendongak dari buku buku dihadapannya.

“Tak ada apa-apa. Saif..sejauh mana kau kenal Hanim?” entah macam mana soalan itu boleh terpacul keluar dari mulutnya.

“Entah, walaupun tiap tiap hari jumpa kat sekolah, bukannya aku berbual sangat dengan dia.Kalau Husni ke Mustazah ke, dia rapatlah jugak. Kau tanya aku pasal tunang kau ni kenapa?” soal Saiful Alam kembali.Macam ada sesuatu pulak sepupunya ini.

“Kau tahu bukan, Hanim dengan aku tak pernah bercinta. Tapi macam mana pun, aku takkan lepaskan dia pada sesiapa. Dia sungguh bermakna dalam hidup aku,”perlahan Iskandar menuturkan kata kata itu.Namun sempat menyengat hati dan perasaan sepupunya.

“Yang kau hari ni, kenapa hah? Kau datang rumah aku cuma nak bual pasal Hanim jer?” soal Saiful lagi, cuba menutup kegugupan diri.

“Tiba tiba aku teringatkan dia…and I hope its not syaitan playing pranks on me,”jawab Iskandar. Dia sengaja berkata demikian, cuba memancing reaksi Saif. Saiful Alam hanya membisu.

“Dia makan tak kat sekolah.Yang aku tahu, she always skips her meals.Aku risau dgn keadaan dia.” tanya Iskandar lagi. Kali ini Iskandar menoleh, memandang wajah sepupunya tepat.

“Semua orang tahu dia tak suka makan,”pendek jawapan yang diberi Saiful Alam.

Sekali lagi Iskandar mengeluh. Perbualan antara dia dan Saif seminggu yang lalu. Pertemuan antara dia dan Hanim semalam. Apakah salah dia memilih untuk mencari kebahagiaan dirinya sendiri? Apakah kali ini dia perlu mengalah? Walaupun kata Hisyam, elok untuk Hanim berhenti sekolah, apakah itu jalan terbaik? Iskandar membetul kaca matanya. Di picit picit pelipis matanya. Memang Iskandar sedar, dia sering mengalah dgn Saiful Alam..tapi kalau setakat majalah atau komik Archie, memang dia tak kisah.Tapi ini Hanim, tunangannya…perlukah dia mengalah juga?

Deringan handphonenya membuat dia tersentak sedikit. Dilihat sekilas skrin sebelum dia menjawab panggilan.”Hanim”

Salam diberi dan dia terdengar suara tangis dihujung talian. Dia kaget dengan suara itu.

“Hanim? Kenapa ini? Hanim…”dia cuba memanggil.

“Abang…” terisak isak suara Hanim. Iskandar masih tidak dapat menagkap tujuan Hanim menelefonnya.

“Kenapa ni Hanim?”

“Abang…tolong Hanim….” Kedenagran sayup sayup suara Hanim dihujung talian.

“Hanim, tell me what happen.Please Hanim,”pujuk Iskandar.

“My family….” Suara Hanim tersekat sekat memberitahu.Talian kemudian terputus..

No comments: