Tuesday, May 1, 2007

Satu pengorbanan 27

Result slip di tangannya digawangkan ke udara….Sarah masih lagi terpaku dihadapannya.Senyum Hanim sudah meleret dari hujung ke hujung.

“Apa result? Semua A1? ”tanya Sarah.

Hanim mula tertawa dengan pertanyaan cepu emas kawannya itu,”Ingat ana ni whiz kids ker? Cukup makan jer,lah!” Sarah cuba merampas result slip di tangan Hanim tapi ditepis oleh tuan punya slip itu.

“Eh, apa main rampas-rampas ni..Tu, mudir ada kat dalam, pergi ambil anti punya.”

“Seramlah….”Sarah bersuara.

“Amik result slip,lah bukan amik surat nikah…come, ana temankan eh?”pujuk Hanim.Sememangnya dia hendak tahu keputusan kawannya itu. Hanim menolak manja Sarah hingga ke pintu pejabat.

“Kenapa dah besar masih nak main-main mcm adik-adik Ibtidaei’ lagi?” terdengar satu suara dari belakang menegur. Pantas Sarah dan Hanim menoleh kebelakang. Ustaz Husni dan Ustaz Saiful Alam sedang berdiri di belakang mereka.

“Oh, Akhi Husni…Ana nak temankan Sarah collect result slip dia.Bukannya main-main,”Hanim membela diri,macam nak tegakkan benang yang basah.Dah masuk tujuh belas tahun, tapi masih main tolak tolak didepan pintu pejabat, memanglah tak layak dipanggil kakak-kakak kelas A’liya’.

Sarah pun dah merah padam muka, menahan malu.”Ana masuk dulu, Ustaz.,”ujarnya. Awal-awal memang macam nak terkehel lidah nak gelar senior mereka ustaz, tapi sekarang tidak lagi.Cuma Hanim saja yang masih lekat dengan panggilan Akhi kepada kedua-dua seniornya itu.

“Hanim dah dapat result? Apa keputusan?”Tanya Husni. Saiful Alam disebelah masih menelek-nelek beberapa helaian kertas di tangannya.

“Okaylah..cukup makan,”jawab Hanim pendek.

“Boleh percaya,ke? Setakat cukup makan?”Husni bertanya lagi.

“Takkan dia nak beritahu kita…Cik abang dia entah dah tahu entah belum,”celah Saiful Alam tersenyum.

“Ana dah call Mama tadi.Dia tak angkat handphone.Abang Hisyam pun sama…tak apalah, nanti balik, ana call mereka lagi,”beritahu Hanim,jujur.

“Abang lagi satu?”Husni menduga. Hanim memandang wajah seniornya itu dengan penuh tanda tanya,”Mana ada abang lagi?”

“Dah beritahu Iskandar? Tentu dia tunggu call dari Hanim tu,” Saiful Alam memberitahu maksud sebanar soalan Husni.

Wajah Hanim merona merah. Kena usik lagi, getusnya,”Dia tak suruh beritahu pun….”

“Dia tak call?”Husni bertanya,ingin tahu. Hanim memandang wajah Husni, mata mencerun mendengar soalan entah apa-apa itu.

“Nak buat apa call? Ingat dia tu apa?Hanim ni apa? Tak faham-faham syariat?”suara Hanim sedikit keras, tanda protes dengan soalan begitu.

Husni hanya tersenyum dengan reaksi Hanim. Jelas sudah, Iskandar bukan seperti yang dia fikirkan. Pandai juga Iskandar menjaga perhubungan mereka, dan Husni sebagai senior Hanim amat senang dengan cara begitu.

“Okay, nanti Hanim beritahu dia.Mungkin can just email him, YM ker, apa ker…”pesan Saiful Alam apabila melihat suasana tegang itu. Hanim menghela nafas lega.

“Akhi, maafkan ana.Terkasar bahasa tadi…”Hanim memberitahu Husni. Husni tersenyum senang.Tika itu juga Sarah melangkah keluar dari pejabat dengan wajah berseri-seri.Tentunya result Sarah amat membanggakan.Dia memang top student selalu.Tiba-tiba Hanim teringat sesuatu.

“Akhi Saif…kenapa ana dah lama tak dapat chocolates dari ‘dia’…..?” soalnya terus pada Saiful Alam. Husni dan Saif berpandangan.”Ah sudah…budak ni…”

“Dia?” Saiful Alam berlagak tidak faham akan maksud Hanim.

“Iyalah…selalunya ‘dia’ akan kirimkan chocs untuk ana,kan,” balas Hanim selamba. Sarah disisi hanya memerhatikan reaksi Saiful Alam.

“Iskandar….dia…dia sibuk. Kenapa? Enti tunggu chocolates dari dia ke?”soal Saiful Alam sedikit gugup.

“Its alright...ana cuma bertanya saja.Lagipun selalu sangat makan chocolates, naiklah badan. Ingatkan, ana nak minta health supplements jer”seloroh Hanim. Jelas terlihat perubahan riak diwajah Saiful Alam.

“Akhi Husni, Akhi Saif, kami minta diri dulu….Nak celebrate dengan Tuhan.Belum sujud syukur lagi ni,”ujar Hanim sambil menunjukkan result slip ditangannya. Dia menarik Sarah, berlalu pergi meninggalkan kedua-dua guru muda itu didepan pintu pejabat.

“Apa result enti,Sarah?” tanya Hanim.

“Enti punya?”balas Sarah. Sarah tersenyum nakal, tidak mahu memberitahu selagi Hanim tak memberitahu keputusannya. Akhirnya result slip bertukar tangan.Sarah terjerit kecil.

“B3 for History…not bad!Enti yakin sangat enti flop with an F9 remember?” jeritnya. Hanim cepat-cepat menekup mulut Sarah.

“Syyy…kelas masih berjalan,lah..nak kena tegur dengan ustazah ke?” tegurnya.

Sarah sekadar menjungkitkan bahu,”Nak buat macam mana, terperanjat betullah…”

Hanim selamba saja dengan kata-kata Sarah.

“Result enti ni, semua A1..Maths jer A2.Nnak sambung kat sini lagi ker?” Tanya Hanim. Sarah mengangguk,”Ana tak nak ke polytechniclah,Hanim.I am happy here.”

“Enti, sambung diluar eh?”soal Sarah. Kali ini Haim hanya menjungkit bahu.

Teringat bagaimana Iskandar bersungguh-sungguh mengajarnya sebelum periksa kelmarin.

“You have to study smart, bukan study hard, nak hafal satu buku ni semua. Just remember the key persons, events, and dates.You can do it,lah…trust me!” kata-kata Iskandar masih terngiang-ngiang di telinga.”Hanim nak jadi play school teacher,kan?”tanya Iskandar waktu itu. Hanim sekadar tersenyum dengan soalan mentornya.

Bahunya terasa di cubit. Hanim memandang Sarah,”Fikiran terbang ke mana?Mengelamun?”

“Mana ada…”Hanim membela diri,”Teringat kawan-kawan yg lain…Apa result diorang eh?Lambat sangat sampai,”rungutnya.

“Merungut pasal Zu dan kawan-kawan yang lain lambat sampai atau pasal ‘Dia’ tu tak kisah langsung tentang result enti?” Sarah cuba mengusik.

“Mana ada…”Dia’ pun bukannya selalu contact ana.Masa mengajar dulu, iyalah,”balas Hanim.Namun hatinya sedikit terusik dengan kata-kata Sarah.Takkan “dia’ tak tahu hari ini, Hanim dapat result. Iskandar tu seorang guru, takkan dia tak tahu?

Sewaktu melangkah kaki ke musollah, handphone Hanim berbunyi tanda ada pesanan.

“Dia ke?” usik Sarah lagi. Hanim hanya tersenyum hambar dengan usikan Sarah.

“1 new message” tertera di screen handphone Nokia miliknya.

“From Is.” Tertera di screen lagi. Wajah Hanim mula berubah riak. Hah, tadi suka buruk sangka.

“Salam,Hanim.So, how was the result? Jadi ke tukar ke sekolah swasta?See you later.”

Sujud syukur Hanim berganda syukurnya kali ini……

2 comments:

Sarah said...

Kak Yun! Haiz ....nak jadi jugak 'Sarah' dlm ur cerpen....bijak dan pandai.....siapalah ana ni ....masih berkayuh utk good result kat sini....

Ummihana said...

sarah tu hanya rekaan jer...Sarah ni, insyaAllah can do it...lagik lagik dangan doa seorg suami.....