Monday, April 2, 2007

Satu Pengorbanan 25

Part 25.

Coklat Mars ditangan itu dusuakan kemulut.kalau setiap hari macam ni, gemuk juga jadinya Hanim. Bolehlah semua orang sangka yang Hanim ni gembira sangat bila dah bertunang sampai naik badan!

“Setiap hari makan coklat, tak jelak ke Hanim?” soal Puteri Darwisyah dihujung meja.

“Nak jelak macam mana, dah rezeki,”balasnya. Dia menyuakan coklat kepada Puteri. Coklat bertukar tangan. Memang mereka sengaja tak keluar makan waktu rehat kerana sudah plan nak makan di Banquet selepas habis kelas.

“Lama lagi anti tunang, gemuklah anti,Nim,”usik Zubaidah. Hanim menjungkit bahu. Dia pun tak faham kenapa mesti Iskandar kirimkan coklat setiap hari melalui Saiful Alam.BukannyaHanim tak mampu beli sendiri.Tapi kalau nak tunjuk concern, kenapa tak hantar saja satu carton kerumah, bolehlah Hanim bawa sekali dua tiga ke madrasah.Bukan ke rumah mereka dekat untuk Is hantar saja bekalan kerumahnya?

“Bila nak langsung ni,Hanim?Tak elok tunang lama-lama,”tegur Sarah dari sebalik bukunya. Matanya masih menatap buku di hadapannya. Dia gembira dengan pertunangan sahabatnya.Cuma dia risau dengan pertunangan yang lama. Macam-macam boleh berlaku.

“Ana serah pada Mama dan abang. Antunna tahu tak, kalau kita nak bernikah dalam lingkungan umur 16 hinnga 20, MCYS wajibkan kita hadir ke sessi kaunselling bersama ibu ayah kedua-dua pihak.Dah tu kena ikut kursus kahwin yang mereka buat especially untuk remaja yang nak kahwin muda! Kalau ana kahwin dalam masa dua tiga tahun ni, Nampak gaya ana kena ikut sessi kaunseling macam tu,lah,”beritahu Hanim.

“Jadi, anti nak tunggu sampai umur anti mencecah 21 tahun?”soal Sarah tidak puas hati.

“Siapa kata? Ikut perjanjian, cuti bulan Jun ni, kami nikah. Ini dah akhir Januari, ada dala 5 bulan lagi,”jawab Hanim.

"Mana anti tahu?Anti dah pergi register date nikah anti ke?"tanya Puteri.

"Ana call ROMM, dapat berbual dengan Ustaz Nor Razak.Tapi ana tak cakaplah ana yang nak nikah.Buat malu aje,"beritahu Hanim lagi."Ana cakap ana buat artikel untuk majalah Ikhwan.Memang tak bohong pun, sebab keluaran untuk March nanti, tentang benda ni,lah."

“Anti yakin ke coklat tu memang Brother Is yang kirim?”tiba-tiba Zubaidah menyoal. Akhawat yang berada disitu saling pandang memandang. Apa maksud ketua kelas mereka sebenarnya? Zubaidah pula seolah-olah memnyesal denagn soalan yang diajukan.Riak wajahnya menampakan rasa menyesal.

“Maksud anti?” tanya Puteri.

“Entah…ana tanya aje,”rendah dia menjawab.Dia tidak mahu membalas pandangan kawan-lawannya.

“Cuba cakap aje apa yang anti rasa,”pujuk Sarah. Sebenarnya dia juga ada perasaan yang serupa dengan Zubaidah.Cuma tak tahu macam mana nak disuarakan pada Hanim.

“Anti rasa Saiful Alam yang buat benda ni semua?” Puteri melontarkan soalannya apabila dia melihat Zubaidah masih membatu. Hanim mencerun mendengar kata-kata Puteri. Dia bingkas bangun.

“Anti nak kemana tu?” pintas Sarah.

“Jumpa Saif,”balas Hanim.

Zubaidah pantas menarik tangan Hanim.Dia menggeleng kepala. Dia menyuruh Hanim duduk kembali.

“Kita tak pasti, Hanim.Itu mungkin prasangka ana saja.Yelah, akal kita yang satu ni memang lemah.Cepat sangat berburuk sangka,”Zubaidah cuba memujuk Hanim.Dia tahu Hanim sememangnya berani dan dia tak mahu ada hati yang terluka.Lagipun, Saiful Alam kini sudah menjadi tenaga pengajar.Wajar bagi mereka menghormatinya seperti guru-guru yang lain.Puteri masih lagi memegang coklat yang berbaki ditangannya.

“Anti habiskan ajelah,”gumam Hanim. Dia mencapai handphone didalam beg. Getaran handphonenya sedikit sebanyak melupakan dia pada perkara tadi. “Bro Is” tertera di skrin.

Setelah salam dijawab, Hanim tak mengambil masa untuk bertanya Iskandar.

“Awak tak kerja ke?” soalnya.Suaranya tiada sedikit pun nada hendak bermanja-manja. Memang itu bukan caranya. Dia menghormati tunangnya tapi tidak mengada-ngada.

“Awak... pernah tak suruh Saiful Alam beri coklat pada Hanim?”tanya Hanim berhati-hati.

Rakan-rakan Hanim tiba-tiba jadi senyap. Hanim hanya senyum segaris.

“Okaylah, tak apa.Hanim tanya aje,”kata Hanim lagi.

“Hanim belum makan lagi,sengaja tak pergi rehat.Tadi makan coklat. Err Puteri bagi, dia yang punya. Nanti lepas kelas Hanim nak makan kat Banquet dengan kawan-kawan.” Hanim memberitahu tunangnya walaupun dia menipu tentang coklat tadi. Berubah wajah kawan-kawan yang ada disekelilingnya. Talian dimatikan dan handphonenya disimpan kembali kedalam beg.

“What-say-he?” tanya Sarah seperti tidak sabar.

“Is kata,memang dia pernah suruh Saif belikan waktu cuti sekolah kelmarin.Anti mesti ingat lagi,kan Sarah.Tapi sekali tu aje, sekarang tak lagi.He said, I should be eating proper food and not chocs every day!” Sepatah-sepatah Hanim memberitahu akhawat disitu apa yang dikatakan Iskandar ditalian.

“Lepas tu?” tanya Zubaidah.

“Dia tak kerja hari ini.Dia tak sihat,MC. Petang nanti dia nak ke rumah Saif, dah lama tak jumpa, dia kata.”sambung Hanim lagi. Muka kawan-kawannya berubah riak. Rapat betul Iskandar dengan Saiful Alam.

Sarah menarik nafas dalam-dalam. Dia memandang setiap wajah dihadapannya.

“Akhi Saif bertindak atas nalurinya sendiri.Kita tak tahu kenapa, dia harus berbuat begitu. Kalau anti beritahu Iskandar, perkara ini mungkin jadi masalah berpanjangan.Kalau anti tak beritahu, susah juga…” kata-katanya terhenti disitu.

“Kalau abang ana tahu, lagi susah.Ana nak jumpa Saiful Alam,”balas Hanim.

“Abang anti tak akan biarkan benda ni.Ana pun kenal dia siapa,”Sarah bertutur lagi.

“Jadi sekarang macam mana?”tanya Puteri Darwisyah.Dia bermain-main dengan wrappers Mars ditangannya.

“Kita tak ada jawapan,kan?” celah Zubaidah. Semua yang ada menggeleng kepala.

“Sampai hati enta,Saiful Alam!” hati kecil Hanim berkata-kata. Dan dia sudah ada jalan keluarnya sendiri. Dia terpaksa ambil jalan itu walau ada hati yang akan terguris!

No comments: