Monday, April 2, 2007

Satu Pengorbanan 24

Suasana di Eastpoint memang gamat setiap hujung minggu. Suasana yang amat tidak disukai oleh Hanim ini terpaksa juga dia rentasi kerana dah berjanji hendak temankan kakak iparnya ke Toys r Us. Jalan yang sesak buat Hanim hampir2 jatuh di tangga bergerak. Mujur ada seseorang dibalakangnya menahan dia dari jatuh.

"Thank You,"Hanim bertutur sambil memandang ke belakang. Wajah yang dilihatnya buat dia terkedu seketika.Tangan orang yg menyelamatkannya masih memaut lengan Hanim.Walaupun di pisahkan dgn lengan bajunya kurungnya, Hanim masih berasa tak selesa.

"You're welcome. Tu lah....nak cepat aje.Entah apa yang nak dikejarkan. Kalau jatuh tadi macam mana?" tanya orang itu.

"Hanim bukan nak cepat tapi I lost balance,"Hanim seolah2 membela dirinya. Iskandar hanya tersenyum sambil melepaskan pautan tangannya. Dia sendiri tidak sedar tangannya masih memaut lengan Hanim.Kesian gadis itu, gadisnya….

"Be careful, next time. Nasib baik yang berdiri kat belakang tadi tunang sendiri.Kalau orang lain, macam mana?senag-senang aje, dapat peganag ank dara orang…"iskandar cuba mengusik.
"Iyelah tu...."jawab Hanim datar.
"Hanim nak pergi mana?Kenapa Is tak tahu pun Hanim nak keluar sorang2 macam ni.Kat tempat sesak macam ni,lagi. At least you should have told me,dear." Iskandar memberitahu.
Hanim sekadar tersenyum tawar.Tak betah dengan panggilan "dear' yang disebut Iskandar tadi. Kalu dulu, dia rasa Is macam abnagnya saja.Is panggil dear ke, cik kak ke, makcik ke, sikit pun dia tak rasa apa-apa Semenjak bertunang, memang Hanim jarang-jarang berhubung dengan tunangnya sendiri, apatah lagi bertemu. Memang itu permintaannya pada abang Hisyam.Hisyam pun setuju sangat. Dia tak mahu perhubungan Hanim dan Iskandar tercemar dgn perkara-perkara remeh.

"Kalau nak memadu kasih, nak bercinta, nak say sweet nothing, you can do it after marriage, Iskandar. I tunangkan Hanim dgn you ni pun, atas dasar hendak menjadikan ia satu ikatan yang mendekatkan kedua keluarga kita.Full stop.Nothing more, nothing less."Suara abangnya ketika tegas walaupun lembut.

Hanim teringat pesanan abangnya selepas dia ditunangkan dgn Iskandar,"No sweet nothings, no mushy talks...semua tu tak bersyariat."

"Hanim..atas escalator ni pun, Hanim boleh dreaming....dangerouslah,"tegur Iskandar.

"Huh?" Hanim terus berjalan menonong selepas menuruni escalator, meninggalkan Is di belakang. Dia berasa malu dgn perbuatannya sendiri.

"Hanim, you've not answered my question,yet," tegur Iskandar. Mereka kini jalan beriring. Hanim berpaling memandang tunangnya.

"Sorry, Hanim tak msg Is, pasal Hanim ingatkan mesti abang dah beritahu Is. You guys ada usrah semalam, isn't it? Kak Shimah minta Hanim temankan dia beli barang kat Toys R Us, birthday anak saudara dia ,this Tuesday,"Hanim menjelaskan. Pandangan serius Iskandar buat Hanim serba tak kena.

"Okay, tak payahlah rasa bersalah sangat. Wash away that guilty look, nanti orang ingat I bully my girlfriend pula,"seloroh Is.
"Mana ada girlfriend.Nanti orang akan sangka kenapa awak bully adik awak. Itu lagi tepat,"Hanim membuat pembetulan.
Langkah Iskandar terhenti mendengar kata-kata Hanim.
"Hanim, you tak suka dgn pertunangan ni?" serius suara Iskandar ketika itu.
"Mana ada?" langkah Hanim juga terhenti.tak sangka Iskandar akan bertanya begitu. Apakah tingkah lakunya membuatkan Iskandar terasa begitu?
"But what you said just now...tell me that you don't treat me as you should,"beritahu tunangnya.
"Apa ni? Hanim tak bermaksud apa-apa. Is, saya tunang awak, dan akan terus jadi tunang awak selagi awak tak menikahi saya. Kalau saya tak suka, takkan saya setuju? Satisfied? Kalau abang tahu saya berbual macam ni dengan awak, he'll kill me, Iskandar," Hanim mengingatkan.
"He won't. Dia sayangkan adik dia ni, macam dia sayangkan nyawa dia sendiri. He told me that yesterday, Again…for the umpteenth time!" Iskandar dah mula melangkah semula.
"Hanim, cepatlah...nanti Kak Shimah tunggu macam tunggu durian tak jatuh-jatuh kat dusun Pak Lang," Iskandar memanggil Hanim yang masih berdiri kaku ditempat tadi.

"Huh?"

"Cepat, nanti Kak Shimah ingat kita ada date pula."seloroh Iskandar.

"Oh..you better tell her kejadian sebenar sebelum saya kena marah dgn abang. Kalau abang marah saya, I'll never forgive you."Hanim memberi amaran

Iskandar hanya tersenyum mendengar kata-kata Hanim.,”Iyelah, I’ll tell her.I don’t want to lose you,Hanim.Never!”Memanglah..gaya Hanim berbual dengannya tak tumpah seperti gaya Hanim berbual dgn Hisyam. Apa, Hanim masih menganggapnya seperti seorang abang dan bukan tunangnya yang akan menjadi ketua rumah tangga mereka satu hari nanti?





No comments: