Monday, April 2, 2007

Satu Pengorbanan 23

Majlis yang penuh sederhana, dihadiri hanya oleh orang2 terdekat itu amat menyentuh hati Hanim. Entah kenapa, dia menitiskan airmata sewaktu Puan Ainon memakainya seutas bracelet diperbuat dari white gold. Dahi Hanim dukucup mesra oleh bakal mertuanya.

"Hanim sekarang dah jadi tunangan Iskandar. Ibu gembira kerana Hanim sudi terima pinangan kami.Ibu will make sure, Iskandar sentiasa setia dgn Hanim."pesan Puan Ainin sebelum meninggalkan Hanim dikamarnya. Sarah dan Zubaidah serta Kak Shimah yang berada di sisi hanya senyum melirik melihat Hanim yang tertunduk malu.

"Ambil gambar kenangan dgn bakal pengantin,boleh?" suara dari luar bertanya.
Hanim memandang Sarah dan menggeleng.Dia tidak suka diambil gambar, apalagi dgn pakaian serba indah begitu. Namuni suara yang bertanya sudah masuk ke kamar.

"Akhi Saif? Eh, enta ada kat luar ke tadi?" tanya Sarah. Saiful Alam tersenyum mendengar pertanyaan itu.
"Yang tunang sepupu ana, tak kan dia nak hadir sama.Dia hantar buddy dia,lah." datar suara saiful mencecah telinga.
"Tak ambil gambar, bolehkan?Ana tak biasalah,"rayu Hanim tanpa memandang kearah Saiful Alam.Hisy, tak reti nak bergambar-gambar macam ni.
"Satu aje...untuk tunang enti dan juga untuk ana email ke kak long." beritahu Saiful Alam.
"Kak Long?"tanya Zubaidah pula.Hisy..tiba2 kawan berdua tu jadi kepo pulak!
"Kakak Is di US,"bisik Hanim.Dia cuba meraih simpati dari Kak Shimahnya. Kak Shimah tentu faham.
"Dahlah, Hanim.Kesian orang menunggu. Janjinya cuma satu gambar saja.Ambillah satu kali. Kesian Saif tu, nanti Is kata dia tak amanah pula,"pujuk Kak Shimah.Akhirnya dia terpaksa akur dengan permintaan itu.

“Satu pose aje,eh.”dia mengingatkan Saiful Alam.Setelah selesai, Saif meminta diri untuk pulang.
"Hai, nak balik dah? Enta tak makan ke?"tegur Sarah.Berani pulak makcik seorang ni di sini.Kalau di madrasah, siapa yang berani nak berbual dgn Akhi Saiful Alam? Heartless creature!

"Esok kan permulaan sekolah, takkan nak ponteng pula?" beritahu Saif lembut,"antunna jangan pula tak datang sekolah, mahu dimarahnya mudir nanti." Tahun ini, kemasukkan pelajar Alia’ kemadrasah lambat dua minggu dari pelajar-pelajar diperingkat Ibtidai dan Thanawi.Ini dikeranakan, ada pelajar-pelajar baru dari madrasah lain yang sedang menunggu surat transfer dari madrasah mereka. Ketiga-tiga dara tadi berpandangan sesama sendiri. Bukankah Saiful Alam tidak perlu datang lagi kerana dia dah pun menerima Syahadahnya?

"Akhi nak datang lagi? Kan dah dapat syahadah.Yang kami dengar Kak Arafah, Akhi Mukhriz, Akhi Muzaffar, Ukhti Saiedah, Huda, Rahmah semua akan ke Al Azhar pula tak lama lagi,kan?"tanya Zubaidah.

"Hari ini masih boleh panggil ana Akhi.Esok kena panggil Ustaz pula,"Saiful Alam masih seronok berteka teki.
"Tak fahamlah,"celah Sarah.
"Ana relief part time di Madrasah sebelum sambung ke 'U'. Husni pun sama juga. Dia beri laluan kepada adiknya, Arafah, sambung ke 'UNI' dulu.Orang perempuan ni cepat jodoh.Jadi, bagi Husni, biarlah Arafah habis sekolah sebelum bernikah."selamba Saiful Alam bertutur
Terasa bagai dihiris hati Hanim sewaktu Saiful Alam berkata begitu.Sampainya hati....Dia pura-pura tidak mendengar kata-kata itu.
"Hah? Akhi ajar kelas kami,ke?"soalnya, sekadar hendak 'take cover'.
Saiful menggeleng,"Takkan nak ajar Alia', cuma cover Ibtidai' dan Thanawi aje.Dah dua minggu kami bertugas.Kenapa Hanim, anti tak suka ke?" Dia memandang Hanim sekilas.Cantik juga budak ni pakai ala pengantin ni.

"Tak...suka..Eh, entah..."Hanim tiba-tiba menjadi gugup. Kalau Saif masih berada di madrasah, maknanya Iskandar akan sentiasa ada mata-mata untuk memerhatikan Hanim di sana. Tapi tak apa, bukannya dua bulan lagi result ‘O’ akan keluar dan Hanim akan berpindah ke sekolah swasta?

**************************

"Apa yang enta bagi kat Hanim, tadi? Selau sangat ana lihat enta pass barang kat dia," Husni bertanya sewaktu Saiful masuk ke dalam pejabat guru.
"Coklat," jawabnya pendek.
"Kenapa?"suara itu seperti tidak puas hati dengan jawapan yang diterimanya.
"Dia tu, kalau lambat makan, datang gastric, buat panik semua orang. Memang elok pun alas perut dgn cocoa, at least ada tenaga," beritahunya.
Husni masih memangdang wajah Saiful.
"Tak menyesal?"soal Husni lagi.
"Setakat beri dia coklat setiap hari, takkan boleh miskin.Gaji kita pun, Alhamdulillah."
"Bukan itu."gumam Husni
"Habis tu?"saiful alam terus bertanya.
"Tak menyesal lihat dia jadi tunang Iskandar?" terasa panas telinga mendengar soalan Husni.
"Enta ni kenapa?Husni, enta penat ke?" saiful Alam cuba menukar topik.
"Bukan sehari dua ana kenal enta,Saiful Alam. Dari sekolah menegah lagi, sewaktu ana pindah kesini dari Madrasah Wak Tanjong.Tentu enta ingat lagi?"tanya Husni.
"Pembetulan, ana join Al Junied ni sewaktu darjah 4.Umur ana waktu tu 11 tahun.Repeat setahun di Irsyad. Lepas tu ana tersangkut dua tahun di Thani Thanawi, kerana sengaja sambung di Maahad Tahfiz kat Johor tu..Kita kenal lebih dari 8 tahun, mungkin juga more than 10 years.MasyaAllah...lamakan kita kenal?"Saiful Alam masih tidak mahu melayan soalan Husni tadi.
"Itu bukan topik perbualan kita, Saif. Hanim, itu topik kita. Enta tak rasa apa-apa ke bila Iskandar tunanag dgn dia?"Husni merenung rakan sejawatnya itu.
"Subhanallah, tentulah ana gembira. Cousin ana akan bertemu dgn kebahagiaan sebagai ketua rumah tangga," jawab Saiful Alam. Ada ketidakjujuran didalam dia bersuara dan Husni amat mengetahuinya.
"Enta tak jujur dgn ana,"datar saja suara Husni.
"Kenapa dgn enta ni? Anak murid buat hal ke? Ana pula jadi mangsa enta," tanya Saiful Alam.
"Ana kenal sangat dgn enta,Saif. Enta menaruh harapan dgn dia. Ana tahu mungkin perasaan sayang tu belum ada, tapi enta amat ambil berat tentang Hanim. Dia datang lewat, dia tak buat homework, dia lebihkan majalah Ikhwan dari sekolah, semuanya enta luahkan pada ana. Dalam diam, enta perhatikan perkembangan dia. Sampaikan Iskandar mengajar dia pun enta risau.Takut2 syariat tak terjaga...tapi enta ego.Tak mahu berterus terang, walaupun dgn diri sendiri. Sewaktu mukhayyam...Hanim rebah, enta panik semacam.Kalau enta tak suka kat dia, atau yang selama ni enta declare dialah rival enta, enta takkan rasa macam tu sekali,Saiful Alam.."panjang Husni berbicara.

Saiful Alam menarik nafas dalam-dalam,"Enta dgn Amir sama saja. Sama-sama mengatakan ana pengecut.Tak berani nak mendengar kata hati sendiri...tapi apa yang korang tahu? Ana tak ada apa-apa pun dgn dia," Saiful Alam seolah-olah masih menafikan lagi kata-kata Husni.

"Saif, tolong jangan tipu diri sendiri. Ana jumpa Hanim tadi.."beritahu Husni antara dengar dan tidak.

"Jumpa Hanim? Kat mana? Untuk apa?"bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut Saiful Alam.

"Ana tanyakan tentang bungkusan yang setiap hari enta bagi kat dia," sekali lagi Husni menjawab datar.
"Apa yang Nur Hanim jawab?" Saiful Alam seolah-olah tidak percaya Husni sangup bertindak begitu.
"Saif...kenapa sanggup beritahu dia yang kiriman tu dari Iskandar sedangkan ia datang dari enta sendri? Apa perasaan Hanim kalau dia tahu enta berbohong?Apa perasaan Iskandar kalau dia tahu enta menyimapan perasaan terhadap bakal isterinya?" tanya Husni.
Saif hanya tertawa hambar,"Dia takkan tahu, kalau kita tak beritahu."
"Sampai bila?"Husni lemas dengan Siaf yang masih nak lari dari kenyataan.
"Entah..."hanya itu yang mampu Saiful alam jawab.Dia sendiri tidak tahu sehingga bila dia sanggup menipu dirinya.

“Pernah tak enta dengar ungkapan ni,‘Mencintai tak semestinya memiliki?’” tanya Saiful Alam bersahaja.
"Wake up, Saiful Alam," kata Husni, tegas.

Akhirnya Saiful Alam bangun menuju ke meja Husni," Husni, manusia dijadikan berpasang-pasang.Mungkin Hanim bukan pasangan ana dan ana mesti redha dgn ketentuan itu. Kita dah dewasa, bukan kejar puppy love lagi. Hanim akan jadi isteri sepupu ana. Ana tahu benda tu, dan ana takkan bauta apa-apa yng akan merobek hati mereka.Ana pun nak lihat mereka bahagia selalu." Ada tanda gusar dalam kata-kata itu, fikir Husni.

Husni hanya mampu menggeleng kepala.Mungkin satu hari nanti, Saiful Alam akan belajar mendengar kata-kata hatinya sendiri.

No comments: