Monday, April 2, 2007

Satu Pengorbanan 22

Iskandar merebahkan tubuh diatas katilnya. Letih terasa tubuhnya dek sehari suntuk meeting disekolah.. Fikirannya menerewang entah kemana. Dia teringatkan Hanim yang memakai sepasang baju kurung maroon kelmarin.Manis, getusnya.”Ya Allah, macam mana boleh ter’accident’ fikirkan anak dara orang pula?” Dia meraup wajahnya dan beristighfar."Hmm...apa kena dgn aku,ni? Spoilerlah!"dia memarahi dirinya sendiri. Tak pernah dia terpikat pada seorang gadis hingga terbawa-bawa berangan macam ni. Hee..devils at work!Memanglah syaitan ni tak henti-henti berjuang merosakkan anak Adam.

"Is, are you in there?" panggil Ibunya di balik pintu.
Is bangun untuk membuka pintu,"Ibu, masuklah."
Dia kembali duduk diatas katil. Bolster di tarik dan di peluknya.
"Ibu ada hal nak cakap dengan Is," ujar Ibunya tenang.
Mata Is mencerun merenung wajah ibunya, keningnya terangkat seolah-olah bertanya,"Apa hal?"
Puan Ainon mengambil tempat disisi anaknya.Diusap kepala Iskandar seperti seorang bayi.
"Is betul serious dengan Hanim?"soal ibunya lembut.
Is mengangguk,"Kalau tak, takkan Is nak pinang dia,Ibu."tangannya bermain-main dengan bolster ditangan. “Kenapa tiba-tiba ibu mempertikaian permintaannya pulak?”getusnya.

"Is tentu maklum, she is still very young,"ibunya bertanya lagi.
"Ibu,kan ibu sendiri yang cakap, age is not an obstacle? Apa masalahnya ni,Bu?"Iskandar mula terasa sesuatu.Ibunya tak sukakah?
"Ibu tak cakap pun, ada masalah pada pihak Hanim..."tenang Puan Ainon bersuara.
"Dah tu?"Tanya Iskandar lagi. Dia tidak tahu apa yang dibualkan oleh ibunya sewaktu bersama dgn Hanim kelmarin.
"Hanim tak menolak, cuma dia kata dia terlalu muda."beritahu ibunya.
"Ibu, she's sixteen and I am 23. Cuma 7 years difference.Hanim...why be so difficult?" Iskandar mengeluh lemah.
"Hisy..tak elok mengeluh macam tu,"tegur ibunya. Iskandar hanya mampu tersenyum hambar.
"Saiful Alam.I am worried about him, Iskandar,"ibunya menyambung lagi.
"Kenapa dengan dia,ibu? I’ve told him about my intentions,ibu. Dia okay.Dia yang beritahu Is banyak tentang Hanim,” Is menutur.Memang dengan Saiflah tempat Is menceritakan rasa hatinya terhadap Hanim.Saif tahu segala-galanya.
"At the age of twenty three, a graduate, and you are still so innocent..."geleng ibunya.
"Is tak faham,lah ibu,"jujur Iskandar menutur.

Puan Ainon meraih bahu anaknya,"Ibu tahu, Is dan Saif memang rapat dari dulu. Walaupun bukan adik beradik, citarasa Is dan Saif sering ada persamaan. Dari pemilihan baju, mainan, bahan bacaan.In fact,almost everything. Ibu suka dengan keakraban itu, cuma apa kata, kalau gadis pilihan korang happen to be the same girl. Apa Is nak buat?"lenbut ibunya bertanya.
"Is mengalah,lah Mama.Dari dulu pun, Is memang selalu mengalah dgn Saif. Kalau tak pun, mesti ibu suruh Is share.Bukan macam tu?"jawab Is tanpa berfikir panjang.

Puan Ainon merenung anaknya,"Kalau Saif pun suka pada Hanim, Is sanggup mengalah? Macam tu sekali?"
Tersentak Iskandar mendengan tutur ibunya. Wajah ibunya menunjukkan rasa tidak puas dengan jawapan yang di berinya.
"Kenapa? Apa semua ni? Kelmarin,masa kita keluar sama-sama,Is rasa okay je semua,"Iskandar mula berteka-teki dgn kata-kata ibunya
"Entahlah, ibu pun tak tahu tapi bila dia kata tentang Hanim masuk dalam alam dia, jadi hak mutlak dia, Ibu rasa macam dia cuba menyampaikan sesuatu. Hari itu, sewaktu Is sedang queue for food pun, Ibu Nampak dia sempat berbual dgn Hanim.Ibu tahu, dia anak yang baik dan dia mampu menjadi suami yang baik,especially terhadap gadis sebaik Hanim.tapi I want to see you happy,” terasa payah untuk Puan Ainon meluahkan rasa hatinya, tapi dia terpaksa. Biarlah diluahkan sekarang dari melihat perkara yang tidak disenanginya kemudian hari.

Iskandar tersandar ke kepala katil, tak sangka ibunya akan berkata begitu.Tidak sangka ibunya berfikir sejauh itu. Kalau Saif mampu menjadi suami yang baik terhadap seorang gadis seperti Hanim? Dimana kemampuannya? Apa dia tidak mampu menjadi suami yang baik buat Hanim?
"Ibu rasa, apa perasaan Hanim?" perlahan dia bertanya.
"Dia kata, kalau dah jodoh dia dgn Is, takkan kemana."
"Ibu..."Is memanggil.Puan Ainon tersenyum melihat wajah anaknya. Memang kelihatan keseriusan Iskandar kali ini.Anak bujangnya tidak bergurau! When the going gets tough, the tough gets going!
"Kita hantar saja rombongan ke rumah Hanim?" terasa berat untuk mengutarakan perkara itu.
Puan Ainon menoleh mengadap anaknya," Betul ni? Tak takut pinangan di tolak?"
"I dont want to lose a girl like her.tapi kalau hanim reject Is sekali pun, Is tak menyesal.Sekurang-kurangnya Is dah berusaha,Ibu.." Iskandar cuba memejamkan mata, tapi wajah Saif dan Hanim bermain di mata. Dia tetap mahu Hanim jadi suri hidupnya. Entah, dia pun tidak tahu kenapa!Is this love? Infatuation? Iskandar tak dapat memberi jawapan pada soalannya sendiri….

"Apa yang buat Is berkenan kat Hanim tu? Bukannya tak ada girls yang suka kat Is di Uni tu?"tanya Puan Ainon.

"Entah,Ibu.Nak kata dia sopan, ada aje yang dia nak jawab waktu Is ajar dia.Nak kata dia cantik, dia sesempurna yang Tuhan jadika,buakn Miss Universe.Its just me, ibu.Is tak tahu kenapa Is tertarik pada dia."luah Iskandar sambil merenung jauh.
"It's fate.Tuhan nak Is dapat isteri cerdik yang solehah,mungkin."ibunya bersuara.
"Huh?"Iskandar seolah-olah tidak memahami apa yang dituturkan Puan Ainon.

"Cerdik, dalam menguruskan rumahtangganya, dirinya, suaminya dan anak-anak. Solehah tu tak bermaksud pingitan. She can be witty, manja, nakal tapi solehah.satu yang ibu suka, dia jujur dengan kata-kata.She spills whatever comes to her mind.Mungkin akan mengecilkan hati, tapi dia tak hipokrit.Tuhan dijadikan idola, cintanya pada suami adalah semata-mata mengikut perintah Tuhannya, yang menjadi cinta Agungnya."Puan Ainon menerangkan.

"Ibu,pandai juga bermadah,ya!...Sayanglah dengan ibu. You are the first woman in my heart, and will always be in my heart forever," Iskandar memeluk ibunya.
"Nanti dah dapat Hanim, ibu kemana,"usik Puan Ainon.
"Ibu, Is tak nak jadi anak derhakalah....Nau'zu billah."Teringat dia pada kisah si tanggang tapi Is yakin Hanim akan menyelamatkannya dari itu…Hanim mampu dan dia yakin sangat!

"Dah lah tu...go and freshen up. Muka tu tak bermaya je, ibu lihat."Ibunya menyuruh.
Puan Ainon bangun untuk menuju pintu.Iskandar memanggilnya lagi.
"Ibu, kita pinang bakal menantu ibu tu, ya?"Iskandar bersuara lagi mengharapkan simpati ibunya.
Tersenyum Puan Ainon mendengar permintaan Iskandar Syah Bin Mohd Farid
itu.

Sementara dirumah Hanim, Hisyam tak henti-henti mengusik adik kesayangannya itu
"Hmm..dengar-dengar ada orang.keluar makan dgn bakal mentua?"dia mengusik Hanim
"Dah dia yang izinkan,nak tanya lagi" pintas Hanim sambil mengendong anak saudaranya.
"Rindulah Khallah dgn Zinnirah ni,"ujarnya sambil memcium pipi Baby Zinnirah.
"Abang tanya, tak jawab pun?"Hisyam bersuara lagi.Sengaja nak lihat reaksi Hanim.
Hanim menoleh kearah abangnya,"kan abang dah tahu."jawabnya pendek
"Pergi berempat je?"tanya Shimah.
"Taklah, berlima.Sepupu dia yang satu sekolah dgn Hanim tu pun pergi sama.Diorang kan best buddy,"jawab Hanim datar.
"Hanim, dah fikir apa yang abang cakap dulu?"tanya Hisyam. Shimah cuba menghalang tapi tidak diendahkan.
"Hanim dah fikirkan. Untuk kebahagiaan semua, Hanim serahkan semuanya pada Abang dan Mama. Elok bagi semua, eloklah bagi Hanim,"lembut dia menutur.
Hisyam seperti tidak percaya dgn apa yang baru diluahkan Hanim.
"Betul ni?" tanya Hisyam. Diraih bahu adiknya itu.
Hanya anggukan sebagai jawapan. Hanim tak berdaya berkata-kata.

"Bukankah itu yang semua orang mahukan?"gumamnya perlahan.
"Hanim, dah fikir masak-masak ke ni?"soal Shimah seolah-olah tahu apa yang dirasakan Hanim.
"Marriage is not a role play,Hanim.Its for life, bukan main pondok-pondok macam masa Hanim kecil dulu. Perkahwinan bukan untuk sehari dua, bukan seperti pertunjukkan budaya," Shimah mula menasihati adik iparnya.Dia tidak mahu Hanim menyesal dikemudian hari.
"Kakak, Hanim dah pasrah. If it’s the best for me, Hanim redha. Lagipun, Iskandar Syah is not a bad choice,afterall. Selama ini, Hanim fikirkan diri Hanim, tanpa menghiraukan perasaan orang lain.Anggaplah ini pengorbanan Hanim untuk semua."Hanim cuba menyakinkan Shimah.
"Tapi Hanim, pengorbanan Hanim dah banyak kakak rasakan.Hanim dah istikharah?"tanya Shimah lagi. Hanim menggeleng.Pandangan dilontarkan keluar rumah.
"Kenapa tidak? You should know better than not doing that?" tegur Shimah lembut tapi tegas.
"Sejak Hanim diberitahu tentang hasrat keluarga Is, Hanim hanya perbanyakkan solat taubat, minta Tuhan ampunkan segala dosa Hanim.Janganlah Hanim jadi penghijab untuk semua yang ada di sekeliling Hanim. Hanim solat hajat, mohon apa yang berlaku ini diredhaiNya,"Hanim memberitahu keluarganya.
Hisyam tersenyum gembira,"lepas ni abang nak kena sujud syukur,lah"Dia meraih bahu adiknya mesra. Ubun-ubun Hanim diciumnya.
Mama yang sedari tadi hanya mendengar perbualan anak-anaknya, turut tersenyum syukur.

Saiful Alam masih lagi mengadap komputer. Banyak juga email kawan-kawannya yang belum dijawab.Blognya pun lama tak dikemaskinikan. Macam tiada apa yang seronok untuk diceritakan.Entah kenapa, dia teringatkan pada Hanim.Dia tidak sangka akan keluar bersama Hanim kelmarin. Kemesraan yang ditunjukkan Iskandar berhadap Hanim, walaupun beralaskan tata susila dan syariat amat menyesakkan. Kenapa dia berada didalam situasi ini? Kenapa Tuhan uji dia dengan perasaan macam ini? Dia terkenang waktu kecilnya bersama Iskandar.

"Is, comic Archie tu, pinjam boleh? Aku tak dapat belilah, sold out,"beritahu Saif pada Is.
"Ambillah saja.Orang dah habis baca,"balas Is.
"Betul ni?"soalnya.Hatinya sebenarnya melonjak kesukaan kerana Is akan beri terus komik tu.
"Betullah."Iskandar menjawab.
"Yang kelmarin punya pun belum return lagi tau,"beritahu Saiful Alam
"Tak payah return,lah.Nanti orang beli lain,"jawab Iskandar.
"Eh, thanks lah."
"No hal..kita kan buddy!One for all and all for one!" seloroh Iskandar.

Saif tersenyum mengingatkan gelagat dua pupunya,"Kau terlalu baik, Iskandar."
"Ehem..A penny for your thought? Or perhaps...ten bucks for it?" Amir mencelah.
Saif berpaling ke arah adiknya,"Sibuk...masuk tak beri salam."
"This room is mine to...Kalau nak privacy, move out or move into ur wife's place," balasnya.
"Pandai merepak.Kat Poly, kau belajar benda ni ke?" soal Saiful Alam.
"Ini kat Poly tak ajar. Belajarlah dgn universiti Alam..." balas Amir lagi. Dia menjenguk kescreen laptop abangnya.
"A LOVE LOST..." Ini hikayat apa pulak? Shakespere, tak pernah dengar. Sidney Sheldon, lagilah bukan..."
"Make yourself scarce, boleh?" saiful Alam merengus.
"Abang, apa ingat abang tu Harry Potter, boleh buat Amir disappear?" Amir menjawab selamba.
Saiful Alam menarik laptopnya ketepi. Susah share bilik macam ni, tak ada privacy langsung.

"Spill out, orang tahu abang ada problem. Ni mesti bukan problem sekolah..."
"Mana ada prob? Amir dah kenapa?"Saif cuba mengelak.Malas dia nak bincang perkara begibi dengan Amir.
"Amir dah kenapa, atau abang yg ada apa-apa. Ni mesti kes wanita..."teka adiknya lagi
Saiful Alam menggeleng kepala,"pandai-pandai jer..."
"Hmmm...kes Iskandar nak tunang dgn Hanim,kan?"Amir tak henti-henti meneka.
Saiful Alam cuba berlagak biasa,"Mana ada nak tunang? Pinang pun belum?"

Amir ketawa datar dgn jawapan abangnya,"You, are back dated. Orang dah kat Pluto, you baru sampai Mars."
"Mana boleh pergi Pluto? Merepek kacang goreng lah kau, Mir!"
"Siapa yang merepek? Nah baca msg ni. Abang Is baru hantar tadi." dia menghulurkan handphonenya pd Saiful Alam.
Saif teragak-agak mengambil handphone dari tangan Amir.

* MIR! I talked to ibu juz nw. Wl be sending rombongan to pinang Hanim!
Tell ur Bro for me! Doakan aku!*

Terasa seperti baru saja semalam mereka keluar bersama. Dunia seolah mengejek-ejek dirinya. You lose, Saiful Alam….to your very best buddy!

No comments: