Monday, April 2, 2007

Satu Pengorbanan 20

Hisyam sudah bangun meninggalkan Hanim sendirian diruang tamu. Dia tidak mahu berkeras dengan adiknya. Bukan dia tidak mahu memahami Hanim tetapi entah kenapa, dia juga bersetuju Hanim disatukan dgn Iskandar. Dia mahukan seorang yg bertanggung jawab untuk membimbing Hanim.

"Abang..tak boleh ke kita tangguhkan saja?" tanya Shimah bila Hisyam masuk ke kamar.

"Tangguh?"soal Hisyam.

"Kita dulu pun tak bertunang. Bila abang masuk meminang, terus kita langsungkan perkahwinan. Kenapa kita nak paksa Hanim pulak?" pujuk Shimah. Dia faham benar hati adik iparnya itu.

"Tapi Is tu budak baik,Shimah."hanya itu yang keluar dari mulut suaminya.

"Hanim ada masa depan,bang."Shimah mencuba lagi.

"Maksud Shimah?"Hisyam memandang wajah isterinya dengan penuh tanda tanya.Mungkin ada sesuatu yang dia tidak tahu.

"Dia nak ambil diploma lepas ni. Apprenticeship. Bekerja sambil belajar..."beritahu Shimah lembut.

"Dia beritahu?"soal Hisyam lagi.”Kenapa dia tak cakap dengan abang? Tapi semester kat madrasah kan dah nak bermula.Tak rugi ke kalau dia berhenti separuh jalan nanti?”Dia tidak berapa setuju dengan kemahuan adiknya.tapi dalam masa yang sama, dia akur dia perlu mengambil kira kehendak adiknya juga.

Shimah mengangguk,"Dia beritahu Shimah semalam. Dia nak belajar diluar.Dah tak nak sambung kat madrasah tu.Takut nak beritahu abang.Yuran kat madrasah nanti, dia minta izin pihak admin untuk bayar ikut bulanan.Lagipun Hanim dah berjumpa Mudir, rasanya. Mereka pun tak nak halang Hanim.Kalau itu cita-cita dia."

"Kenapa pulak buat tindakan macam tu? Dulu beriya2 nak masuk madrasah....Kenapa dengan Hanim ni?"Hisyam menyuarakan rasa tidak puas hatinya.
"Abang, kita dengarlah visinya dulu. Dia berusaha nak masuk madrasah kerana masalah aurat,’O’ levels pun dah over. Sekarang ni, dah habis Thanawi..berilah dia kebebasan untuk memilih,selagi tak melanggar syariat.."pujuk Shimah.Dia tahu kalau diberitahu secara baik, Hisyam akan terima permintaan adiknya untuk berhenti madrasah.
"Dia nak ambil kursus apa?"Tanya Hisyam lagi, suaranya sudah relax.
"Pre-school teaching. Mendaki beri subsidi 80% kalau kita bekerja dan contribute CPF."Shimah memberitahu lagi.
"Kita lihatlah macam mana..."keluh Hisyam.Dia masih mengharapkan Hanim setuju dengan lamaran Iskandar.

Sementara di ruang tamu, Hanim masih lagi membisu.Airmata masih mengalir laju dipipi.
"Kenapa dia pilih Hanim? Kenapa dia mesti paksa Hanim?"dia berdialog sendiri. Hisyam tidak pernah meninggi suara dengannya tetapi kerana perkara ini, Hisyam sanggup meninggikan suara.

“Sampai hati abang buat Hanim macam ni.” Airmatanya mengalir lagi.Sejak akhir-akhir ini, airmatanya senang saja mengalir. Sewaktu dia memberitahu Mudir tentang perancangannya untuk berhenti sekolah pun, dia menangis juga. Sebab itu, Mudirnya tak banyak cakap.Tak sampai hati melihat airmatanya yang tak henti-henti mengalir.

Hanim tidak menolak kemungkinan jika mereka mahu mencarikan jodohnya untuknya. Tapi di saat ini,dia begitu payah memberi jawapan. Terlalu muda untuk bergelar isteri, terlalu muda untuk meninggalkan bangku sekolah. Iskandar, selama ini pemuda itu dihormati kerana karismanya.tak pernah terfikir dibenaknya Iskandar sanggup berbuat begitu? Kenapa cepat sangat dia nak mendirikan rumahtangga?
Telefon dirumah itu berbunyi, minta dijawab. Perlahan Hanim mengangkatnya.
Salam dari hujung talian dijawab.
"Hisyam ada?" tanya suara itu.
"Ada,sebentar yea..."
"Ini Kak Shimah ke?"
Hanim menggeleng,kemudian tersedar yang dia berbual ditelefon,"Bukan..."
"Hanim,ye?"
Siapa pula yang mengenalinya ini. Setahu Hanim rakan seusrah abangnya lebih senang memanggilnya "Ainul Mardhiah" seperti nama penanya dimajalah Ikhwan.
"Err...ni Hanim.Siapa tu?" teragak-agak Hanim bertanya.
"Ni,Iskandar. Kenapa? Hanim menangis ye?"tanyna Is, jujur.
"Macam mana dia tahu?,"getus hatinya,"Taklah, mana ada hanim nangis.Hanim letihlah"dia cuba mengelak.
"Hai, suara dah muffled pun nak elak?"usik Iskandar dihujung talian,"Kenapa?"
"Kenapa? Kerana kaulah!' kalaulah boleh Hanim menjawab begitu...
"Taklah...tak ada apa-apa. Nati Hanim panggil abang." dia meletakkan gagang ketepi. Malas nak melayan Iskandar yang sememangnya berlagak seperti tiada apa yang berlaku.

Hanim mengetuk pintu bilik abangnya,"Abang, your call."
"Siapa?" tanya Haisyam.
"Is.Iskandar Syah."gumam Hanim.
Hanim masuk kedalam kamar Baby Zinnirah sewaktu Hisyam keluar untuk menjawab panggilan.
Dia mengeluarkan handphone dari poketnya begnya.Ada message dari Iskandar.
"Girl, I know very well, u r crying.Is it bcos of me?"

Iskandar ni macam tahu saja. Tapi Hanim tak mahu mengaku.
"Saya menagis kerana dosa..." Butang 'send' di tekan. Dia simpan semula handphone kedalam beg. Terus,dia merebahkan diri keatas daybed di kamar itu. Airmatanya mengalir lagi...Bunyi handphone tidak diendahkan..

"Mesti Iskandar,"rengusnya. Dia membiarkan handphonenya terus berdering.

No comments: