Monday, April 2, 2007

Satu Pengorbanan 19

Selepas Solat Zohor berjemaah, Hanim dan Sarah duduk rehat didewan musollah.Walaupun musollah itu hak mutlak pelajar banin, namun hari Sabtu begini, mereka jarang hadir ke madrasah.Iyalah kerja mengemas bukankah kerja orang perempuan? Kalau ada yang datang pun cuma seniors saja, kerana mereka terpaksa membantu mengangkat perkakas-perkakas berat. Keraja mengemas ini terpaksadilakukan sewaktu cuti sekolah kerana lkalau dilakukan sewaktu sekolah masih beroperasi memang tiada gunanya. Pelajar-pelajar diperingkat rendah memang tak faham nak maintain kebersihan.

"Sarah...kalau ana cakap, anti jangan melatah tau..."Hanim memulakan bicara
"Anti ingat ana ni mak nenek yang suka melatah ke?"Sarah membalas sambil lewa.Matanya tertumpu pada cermin kecil dihadapannya.
Hanim mencebikkan bibirnya,Yelah...anti ni masih muda remaja...."
Sarah menoleh sekilas kearah hanim,”Kenapa ni? Macam ada masalah besar aje?Anti kena kahwin paksa ke?”
Hanim yang sedang melipat telekungnya, beralih pandang menatap wajah Sarah. Bila pula minah sestera ni jadi kasyaf?Fikir hanim didalam hati.
"Sarah...anti tahu ke?"dia bersuara.mana tahu rancangan Iskandar tu sebenarnya dah diketuahui sarah dan keluarganya.Maklumlah Iskandar sekarang dah mula berjinak-jinak dengan usrah mereka.

"Tahu apa? Tahu goreng, tahu lembik, tahu bakar? Come onlah Hanim, dont beat around the bush....Tahu-tahu ni buat ana laparlah..."bebel Sarah.
"Anti tahu tak....mama ana kata, Iskandar datang jumpa Mama dan Abang, tanya pasal ana.." Hanim merendahkan suaranya.
"Tanya result 'O' levels sekarang ni? Kan belum keluar result tu, February tahun depan baru keluar result lah...Kenapa dia anxious sangat?"Sarah bersahaja.’Mmm..mungkin sarah pun tak tahu,fikir Hanim lagi.Hanim mengeluh mendengar jawapan innocent sahabatnya itu.
"Sarah dear, he came to see my mother to ask for my hand...."terang Hanim,suaranya naik satu oktaf.
"Kenapa tangan enti tu?Accident ke?Ana tengok macam okay je?" Sarah masih tak dapat menagkap kata-kata Hanim.
"Sarah! Ana kata Iskandar datang jumpa mama dan Abang Hisyam.Dia nak melamar ana..Dia nak jadikan ana isteri dia...Anti faham tak?" Kini suara Hanim sudah tidak dapat di rendahklan lagi.Perasaan tidak puas hati dengan sikap acuh tak acuh Sarah, menaikkan sedikit sifat amarahnya.

Terbeliak mata Sarah mendengar kata-kata Hanim.Nasib baik pin tudung yang diketap dibibir tidak ditelannya.

"Betul ke ni? Habis tu...mama anti setuju? Abang anti?"Sarah sendiri terkejut dengan kata-kata Hanim. Tak ada ribut, tak ada taufan…Iskandar tidak pernah menunjukkan minat terhadap kawannya ini, tapi tiba-tiba kenapa dilamar begitu?

Hanim memandang wajah Sarah.Di renungnya wajah sahabatnya itu dalam-dalam," Sarah...ana tak bersedialah. Iskandar dah ana anggap macam abang ana.He's so much like abang Hisyam.Ana tak mahu....Sarah....dengar tak?Kelmarin masa usrah dirumah abang pun, dia ada sama. Sarah, anti tak tahu ke yang dia dah ikut usrah kita?Sarah..."

"Ya, ana dengar but its too shocking.Dia ikut usrah tu, semalam baru ayah anak cakap.Itupun pada ummi ana je.Hanim, umur kita baru 16! Ya Allah...What's got into him?" Sarah masih tidak percaya dengan berita yang baru didengarnya.

"Ana tak tahu....tapi that day kat rumah abang, dia biasa saja....Macam tak ada apa-apa."Hanim memberitahu. Memang kalau diperhatikan gerak geri Iskandar, tiada siapa akan terfikir bahawa dia baru melamar Hanim. Lagaknya yang selamba membuatkan hanim payah untuk membaca isi hati pemuda itu.

"What's your plan? Hanim, anti nak buat apa sekarang?"Tanya sarah tiba-tiba.Dia juga tidak tahu apa yang paut dikatakan pada Hanim.

Hanim menggeleng kepala...."Entahlah ana tak tahu...."

"Psst...anti tahu tak, sewaktu anti sakit semasa kem kelmarin, Akhi Saif risau sangat. Cemas semacam muka dia...Tak sangka dulu dia lah yang suka cari pasal dgn anti,kan?"Sarah berbisik.

“Iskandar pula selamba aje bila datang nak bawa anti pulang dgn mak dan makcik dia.Tak sangka….”

"So? Betullah apa yang Iskandar cakap tu?" Hanim berbicara sendiri...

"Apa yang betul?"tanya Sarah, tangannya laju melipat sejadah yang ditinggalkan oleh pelajar banat tadi.

"Sewaktu tution kelmarin, before the paper.He said something like what you told me. Dia kata anti yang beritahu dia...Akhi Saif hampir2 bawa ana ke A&E?"Hanim meminta kepastian

Sarah tersenyum, mengangguk,"Mmm...macam the knight in shining armour nak selamatkan a damsel in distress..." Dia tergelak mengingatkan gelagat sahabatnya itu.

"Bila pula baca English literature ni? Anti kan sasterawan negara....minah bunga.."gumam Hanim.Risau hatinya mendapat tahu tentang perkara itu dari mulut sarah sendiri.benarlah, Iskandar bukan mereka-reka dongengnya.

"Eh, mana ada bunga-bunga ni semua...geli aje Tapi seriouslah..dia cemas waktu tu. Anti pun spoil program betullah! Biru satu badan...Akhi Husni dan Kak Arafah pun kelam kabut dibuatnya.Mujur mudir tak ada tau.dan cik abang pun cepat sampai.Gentleman lah Iskandar.Dia tak tunjuk sebarang reaksi apa-apa pun.Dia cuma cakap, he cme on your brother’s behalf."sebiji-sebiji Sarah menceritakan peristiwa yang sebenarnya berlaku.

"Kenapa anti tak beritahu ana lepas tu?Kenapa semua orang diam?Buat malu ana je..."protes Hanim, suaranya sedikit meninggi.

Belum sempat Sarah menjawab, satu suara dari pintu musolla sudah mencelah,"Perlu ke, semua orang beritahu anti keadaan anti yang mencemaskan itu? Lagipun sekarang kan dah ada Iskandar...Ana rasa dia lebih bersedia untuk menjaga enti..."

Hanim terkesima mendengar suara itu berkata-kata. Dia tidak tahu samada untuk menjawab atau untuk terus diam.

"Err..akhi nak solat ke?"Sarah memecahkan kesunyian yang tiba-tiba datang menjengah.

"Na'am. Ana belum Zohor lagi, baru aje sampai dari rumah. Antuma dah siap ke?"tanya Saiful Alam.Pandangannya hanya kepada Sarah yang sedang melipat sejadah.

"Dah siap dah..."jawab Sarah pendek.Dia menarik Hanim yang masih lagi duduk bersimpuh disisinya.

"Jom, Hanim kita keluar...Akhi Saif nak solat Zohor.Dia bukannya boleh jamak.."Sarah cuba mengawal suasana dengan selorohnya.

Sewaktu Hanim melepasi pintu, Saiful Alam memanggilnya,"Hanimdah makan tengahari? Jangan lupa makan, nanti sakit. Iskandar tak ada hari ini. Dengarnya dia keluar dgn abang anti..."

Hanim masih lagi tidak menjawab. Saif mengeluarkan sesuatu dari poket kemejanya.

"Is kata, kalau anti plan nak skip lunch, elok makan coklat sikit....Sekurang-kurangnya ada tenaga. Nah..." Saif menghulurkan bar coklat Mars kepada Hanim.

Teragak-agak Hanim menerima pemberian itu,"Syukran...anta tak sepatutnya susah-susah..."

"Ana tahu...ana tak sepatutnya...anti bakal tunangan sepupu ana. Tapi ini pesanan Iskandar.Ambil ajelah.."

Terasa hangat muka Hanim mendengar sindiran Saiful Alam. Kalau Saif dah tahu, bererti seluruh keluarga Iskandar juga dah tahu! Hanim tak boleh nak bayangkan itu semua.Dia terus berlalu tanpa sepatah kata.

"Hanim, tunggulah,"Sarah memanggil.

Saiful Alam hanya mampu mengeluh walaupun dia tahu dia tak sepatutnya begitu,"Afwan Hanim...ana terpaksa...."getus hatinya.

No comments: