Sunday, April 1, 2007

Satu Pengorbanan 18

Peperiksaan akhir tahun pun dah berakhir dan dah tahu pun resultnya. Alhamdulillah, Hanim masih lagi di tangga top ten.Kertas English, Maths, dan Higher Malay untuk ‘O’ pun dah selasai. Semalam pun paper IRK, kira senanglah sangat. Jumaat lepas, History dah selamat di jawab.Meaning, dia dah tak perlu belajar lagi dengan Iskandar dan mendengar celoteh sahabat abangnya itu yang merangkap dua pupu Akhi Saif, si askar Russia tu.Let all be history. Hanim tak sabar nak tunggu minggu hadapan untuk bercuti.Dia dah plan nak jelajah KL dgn Sarah dan Zubaidah.Teringin nak lihat Twin Tower, KLCC dan tower-tower yang sewaktu dgnnya.Maklumlah, nak lihat Eiffel Tower,dan the leaning tower of Pisa, tak cukup duit.Lagipun Hanim belum pernah jejakkan kaki ke Haramain, takkan nak jejakkan kaki ke Eropah pula.Tak patut, tak sunnah,fikirnya.Bumi penjajah tu semua orang nak tengok sangat, tapi bumi Anbiya', tak ramai yg nak kagumkan, kalau ada pun, pakcik-pakcik tua yang pencen saja yang pergi ziarah Biarlah kakinya dah menjejaki tanah tempat Rasulullah berjuang, barulah jejakkan kaki ke bumi lain...
"Hanim, malam ni mama nak tidur kat rumah abang. Hanim ikut eh?"ajak Mamanya.
"Hah..ni mesti kat rumah abang ada usrah,kan.So abang minta mama masakkan untuk kawan-kawan dia.Tapi kenapa Sarah tak beritahu Hanim yang usrah malam ni kat rumah abang Hisyam,mama?"Tanya Hanim sambil mengemas pinggan mangkuk yang kering ke dalam cabinet dapur.
"Laa, anak dara ni,tanya Mama pulak.Pergilah call Sarah..."Cik Latifah menyuruh.
"Dia mesti lagi belajar tu...Esok dia last paper Sastera Melayu...eeee...."balas Hanim
"Apa yang eeee tu pulak?"Tanya Mamanya.
"Sastera,Mama.Bahasa Melayu pula. Kalau Hanim, mesti dapat F9 punye..."Hanim seperti sudah tahu keputusannya kalau dia yang menduduki peperiksaan sastera itu. Memang dia tidak berjiwa seni,lebih lebih lagi kalau dalam Bahasa Ibunda. Itulah masalahnya kalau sering gunakan Bahasa basah sebagai bahasa seharian.

"Eh, dah minat dia. Hanim tu aje, ambil History, buat susah Iskandar aje nak ajar.Kesian Mama lihat dia. Susah payah nak terangkan Hanim tentang benda-benda tu..."pintas Cik Latifah lagi,”Sepatutnya sebagai anak Melayu, kita kena memartabatkan bahasa kita.Bukan amlu nak berbahasa dgn Bahasa Melayu.”

"Alaa, Mama ni.Kesitu pulak dah. Hanim memang tak pandai bersastera macam Sarah. Dia lainlah,Mama.Denagn is pula,bukan Hanim yang minta ajar,tau. Abang lah tu,memandai. Tapi okaylah...lepas Is ajar, Hanim faham sikitlah."tutur Hanim.
"Sikit je? Buat penat dia datang sini selalu,kalau yang masuk kat otak Cuma sedikit,"tegur Mamanya,"Hanim, kalau orang ajar tu, ingatlah, usaha dia. Kena hormat....Is tu budak baik,kan?"
"Mmm...dia baik macam abang Hisyam,mama. Tapi menyakatnya, kurang sikit.Mungkin Hanim bukan adik dia...takkan nak menyakat selalu,kan?"ujar Hanim jujur.
"Mama berkenan kat dialah."
"Berkenan, nak buat apa?"
"Buat menantulah...Mama suka kalau dia dan Hanim..."
"Mama...'O' pun belum dapat result lagi...please Mama.Hanim masih mudalah..."
"tapi matang..."
"Matang? Masak pun tak tahu...yang tahu buat cookies je.Takkan hanim nak masak cookies sepanjang masa..."
"Mama serius ni,Hanim."
"Mama...tolonglah, buat dengar si Iskandar tu...gelak guling-gulinglah dia...." Hanim memintas mamanya sambil tergelak.
"Buat apa nak gelak? Dia yang jumpa Mama kelmarin. Abang Hisyam pun dah tahu. Mama dan abang okay je, cuma nak tunggu kata putus Hanim."
Terbeliak mata Hanim mendengar kata-kata Mamanya. Chocolate Mars ditangan hampir terlepas. Dia mendekati mamanya yang sedang menyiang sayur didapur.
"Mama, you're not joking,are you?"tanya Hanim.
"Mama nak bergurau buat apa? Ni bukan benda yang boleh di buat gurau. Mama sendiri tanya pada ibu dan ayah dia. Mereka simpati kat Hanim. Abang Hisyam dah sibuk dgn tanggungjawabnya.Hanim perlukan bimbingan. Mama ni kerja.You're always alone,"terang Mamanya lembut.Matanya masih tertumpu pada sayur hijau yang disiangnya.

"Mama...mereka simpati saja,kan?"

"So?"

"Simpati, bukan suka atau saying atau berkenan nak buat Hanim menantu mereka.Hanim tak setuju. Kalau mereka risaukan pasal Hanim selalu tinggal seorang kat rumah ni, lepas 'O' ni, Hanim apply study kat Malaysia. Duduk asrama..Kawan-kawan hanim pun ada yang nak apply kat kolej kolej disana.Nanti Hanim tak seorang lagi,okay." Hanim bercadang tenang.Dia cuba untuk merubah fikiran Mamanya.

"Hanim, mama tahu you're still young.Mungkin lamaran ni pun too shocking for you. Tapi mama fikirkan yang terbaik untuk Hanim. Mama tak pernah minta apa-apa dari hanim.hanim nak switch school, Mam ikutkan.Mama tak pernah haling Hanim ikut kumpulan usrah macam abang Hisyam. Cuma just this once, Mama nak lihat Hanim hidup bahagia disamping seorang suami yang Mama pilih. Bolehkan?Anggaplah ni satu pengorbanan untuk Mama."

"Mama, pengorbanan? Kenapa perlu Hanim berkorban untuk ini? Iskandar...he has a lot of friends out there. Mungkin dia cuma cakap je...Biarlah Mama.Kalau ada jodoh,adalah...."

"Maksud Hanim?"

"Its still too early to talk about marriage. Is pun baru habis "U'kan. Hanim tahu dia buat attachment kat Fengshan Primary School.Hanim pernah terserempak dia dgn kawan sekuliahnya."

"Mama..Hanim tahu pilihan orang tua memang ada berkatnya, but I am not ready yet. Kalau ada jodoh Hanim dgn Is, tentu bersatu juga,kan Mama? Lagipun, its not easy to marry early in Singapore ni. Kena pergi counselling, kena pergi kursus untuk youngsters…macam-macam Mama.Silap-silap mereka ingat hanim ni budak tepi jalan…"

Makcik Latifah hanya memandang anaknya sepi. Salahkah dia memikirkan masa depan puteri seorang tu. Kolot sangat ke dia meminta Hanim berkahwin pada umur yang amat muda? Atau Hanim..mungkin dah ada plannya sendiri?

Malam itu dirumah Hisyam, Hanim tidak banyak bercakap. Semua tetamu abangnya terdiri daripaha kaum lelaki. Kata Kak Shimah, usrah itu hanya untuk Muslimin saja, sebab tu Sarah tak contact Hanim. Hanim menyibukkan dirinya didapur membantu apa-pap yang patut. Sesekali dia menjenguk keluar tingkap, memgambil udara segar.

"Hanim, hulurkan mangkuk tu, Mama nak ceduk lauk ni,"pinta Mamanya.
Hanim akur, bau lauk gulai tu dah menusuk ke hidungnya,"sedapnya Mama.Laparlah pulak..."
"Isy..tadikan dah makan?"tegiur Mamanya.
"Makan satu talam dgn abang, mana cukup. Lauk semua dia ratah sorang-sorang,"sungutnya.
"Nanti, orang balik, makanlah puas-puas.Sekarang, tolong Mama dulu.Air dah bancuh?"
Hanim mengangguk,"Dah,cik puan." Cik Tipah mencubit pipi Hanim, geram dgn usikan anaknya itu. Hanim mengosok-gosok pipinya, tanda sakit.

"Makcik, Hisyam minta hidangan,"satu suara memanggil dari pintu dapur. Hanim menoleh.Matanya tertancap pada susuk tubuh yang sedang berdiri di situ.

"Kenapa,Hanim?Macam tak pernah tengok orang?"tegur suara itu. Hanim menggeleng, lalu berpaling,malu.
"Dia tak sangka Is ada kat sini,agaknya,"celah Mamanya.
"Terperanjat ke lihat I?"tanya Iskandar lagi.
Hanim mencapai dulang hidangan didepannya lalu disuakan pada Iskandar,"Mana ada..tak terperanjat pun..."dia pura-pura buat tak kisah denga kehadiran Iskandar dirumah abangnya.

“Tak terperanjat? Tapi muka tu dah berubah macam nak kena hokum gantung. Anything that I do not know?” Tanya Iskandar rendah.Mungkin tak selesa jika perbualannya didengari mereka-mereka diruang tamu.

“Itu…for me to know and for you to find out..Dah..pergilah, nak kena sound dengan abang ke?”balas Hanim.

No comments: