Sunday, April 1, 2007

Satu Pengorbanan 16

Dari jauh kelihatan Kak Arafah dan Akhi Husni melambai-lambai pada Saiful Alam. Hanim terpaksa bersuara juga kerana Saif memanag tidak nampak lambaian mereka.

"Akhi, Kak Arafah dgn abang dia panggil enta tu..." Hanim memberitahu. Saif sama-sama berpaling bila Husni memanggil namanya.

"Bersuara juga akhirnya, ingatkan nak lancar mogok bisu sampai habis program..."usik Saiful Alam sambil melangkah pergi.Kemudian dia menoleh lagi.

"Hanim...."
Hanim mengangkat muka dari kertas yang baru hendak dibacanya.
"Jangan lupa kuih yang Iskandar pack tu... talam macam tu cepat basi,nanti membazir, lagi berdosa..."pesannya.
Sarah dan Zubaidah menarik Hanim ke bangku.Dipaksanya Hanim duduk di situ.
"Hanim...tell us what we do not know yet..."arah Sarah.
"Apa?" Hanim pura-pura tak faham dgn soalan kawannya yang satu tu.
"Iyalah Hanim...kelmarin bukan main dia marahkan anti, dah tu hari ni, satu kereta pula. Macam ma'am pula anti ,dia treat. Apa cerita ni? Siap ada nama Iskandar sekali..."celah Zubaidah.
"Panjang ceritalah...boleh buat tesis 5000 perkataan, terus pass dapat degree. Tak payah duduk program motivasi 'O' levels ni lagi..."
"Panjang ke pendek ke...kitorang nak tahu jugak..Hanim, kita kan buddies...Please,sayang Hanim."pujuk Sarah.
"Isy...yelah.Tapi antuma kena janji tolong ana habiskan kuih yang Iskandar pack untuk ana ni.Gaya macam nak suruh ana makan kuih selama 2 hari kat sini je....banyak giler..."bebel Hanim.
"Hanim...bahasa tu, jaga sikit,"tegur Zubaidah.
"Ana sedang tak ada moodlah Zu....lantaklah kalau diorang dengar bahasa ana ni, bahasa jiwa bangsa apa.bukankah saya seorang wartawan muda yang berkarisma?"gumam Hanim sambil mengunyah kuih talam suji yang diambil dari paket tadi.Sedaplah juga...terasa lemaknya. Kat mana Cik Ainon order kuih talam ni?


Selepas Isya berjemaah, pelajar dikehendaki berkumpul di dewan.Memanglah peserta yang menginguki program motivasi tu tak ramai, setakat satu kelas saja. Jadi, Akhi Husni bercadang untuk menyatukan saja sessi perbincangan antara banin dan banat.

"Hanim..lihat hujung sana tu....Akhi Saif asyik pandang sini je..Hai, Iskandar..nasib kaulah..."Sarah pura-pura bersedih.

"Please,lah Sarah...merepek.Ana ingat pelajar madrasah tak merepek merapu macam ni.Lebih teruklah kat sini.Cut the craplah.Meremang bulu roma dengar!"rengus Hanim. Zubaidah hanya tersenyum melihat Hanim. Agak terperanjatlah juga tadi bila lihat Hanim keluar dari kereta ayah Saif. Memang Zubaidah tahu siapa yang hantar email, siapa yang tidak suka hubungan Iskandar dgn Hanim walaupun setakat guru tuition.Namun segalanya sudah dijelaskan pada Hanim tadi sebelum sessi motivasi bersama Mr Bala itu.
"Hanim,"panggil Saiful Alam yang sudah berada dekat dgn mereka. Handphonenya di suakan pada gadis itu. Hanim memandangnya,clueless.Kenapa nak pass handphone pada Hanim pula. Hanim mengangkat kening.

"Apa ni?" soal Hanim.
"Is.Dia call ana, Cari enti. Cepat sikit..sessi dah nak mula,"beritahunya tegas.
Hanim mengambil handphone dari Saif. Wajahnya tak keruan.Sarah dan Zubaidah cuba menahan tawa. Lebih-lebih lagi dgn kehadiran Saiful Alam di depan mata. Senior seorang ni, bukannya macam Akhi Husni yang agak flexible tu. Ada pula dia beri demerit points atas kesalahan tak berakhlak di khalayak ramai nanti.

Salam diberi. Namun Hanim hanya mengangguk-angguk seperti menerima arahan saja. Sedikit pun tidak menjawab atau berkata apa-apa. Kemudian dia menyerahkan handphone itu pada Saiful Alam semula.
"Dah selesai?" tanya saif.
Hanim mengangguk lagi,macam burung belatuk aje gayanya.
"Akhi Saif...kuih tadi tu....."Hanim teragak-agak bersuara.
"Kenapa? Enti buang ke?"Tanya Saiful Alam.
"Tak...ana dah makan dgn Sarah dan Zu...Syukran," tutur Hanim.

"Kenapa ucap terima kasih pada ana.Kan Iskandar yang beriya-iya bungkuskan untuk enti?"tanya Saiful Alam.
"Dia kata, kuih talam tu...akhi yang buat." Hanim membalas.

Saiful Alam hanya tersenyum mendatar,"Kenapa,orang lelaki tak boleh buat kuih ke? Tapi belum boleh lawan cheesecake anti.Is asyik sebut-sebut aje sampai sekarang," Dia memandang sekilas pada hanim lalu berjalan keluar dari dewan meninggalkan ketiga-tiga gadis itu.
Hanim seakan tidak mendengar kata-kata Akhi Husni dan Ukhti Arafah sewaktu sessi perbincangan itu. Oleh kerana asyik berbual dengan Zubaidah dan Sarah, dia skip makan malam selepas Maghrib tadi. Sekarang terasa mencucuk-cucuk pula perutnya."Gastric ni pun nak menyerang, tak kena tempat. Takkan nak telefon abang. Malam Sabtu ni mesti dia keluar ke Johor teman Kak Shimah belanja dapur.Nak telefon mama suruh datang ambil, mamanya kerja syif malam. Ubatnya ada di dalam beg. Terasa nak muntah pula, peluh sejuk sudah mula membasahi dahi...Ya Allah malunya nak potong ucapan Akhi Husni....”dia berkata sendiri.

Hanim menciut bahu Sarah yang duduk didepannya.Sarah menoleh,hairanb juga melihat Hanim yang sedang menahan sakit.
"Gastric lagi? Ubat? Tulah tadi tak makan.."gumam Sarah rendah.
"Ana nak muntahlah..loya aje tekak ana ni,"rungut Hanim sambil menahan perutnya.
"Kita ke tandas...can you make it till we reach the toilet?"tanya Sarah. Matanya merayap mencari Zubaidah yang sedang membantu menyiapkan nota-nota untuk para peserta. Hanim mengangguk lemah.Dia bangun nutuk keluar dari dewan. “Tak apalah, nanti lepas sessi, boleh terangkan pada Kak Arafah..”fikir Hanim. Sarah pun turut bangkit dari duduknya.Kelakuan mereka hanya diperhatikan oleh Saiful Alam dari jauh. Dari tempayt dia duduk bersama pelajar banin yang lain, dia boleh melihat reaksi wajah hanim yang kelihatan tidak selesa.

Tiba-tiba Hanim rebah di belakang Sarah. Tak sempat dia hendak keluar meninggalkan dewan itu. "Hanim..Hanim..." panggil Sarah.

No comments: