Sunday, March 25, 2007

Satu pengorbanan 9

Hujung minggu itu Hanim menghabiskan masanya membantu Iskandar dgn tesisnya. Mujur mamanya tidak bekerja, jadi Hanim mengajak Mustazah dan Iskandar kerumahnya saja. Pelbagai persoalan yang diajukan oleh Iskandar. Hanim dan Mustazah hampir tak bernafas, menjawab dan memberi cadangan. Kebetulan pula anak buah Hanim masih dirumahnya, kecoh jugalah mereka disampuk dgn tangisan bayi kecil itu.
"Alah...anak Khallah ni, kenapa nangis? Rindu Ummi ye? Esok, Umi sihat, Khalla hantar balik rumah Ummi ye...Sayang, la tahzan..."pujuk Hanim.
Mustazah tergelak melihat gelagat Hanim.
"Kenapa enta ketawa ni? Lucu sangat ke?"tanya Hanim.
"Tak lah lucu.Cuma bila ana fikirkan, lucu pun juga."ujar Mustazah, masih lagi tidak berhenti tergelak.

"Tak fahamlah..."balas Hanim,"Is, awak faham bahasa Mustazah ni?"
Iskandar menggeleng kepala tapi ada senyuman dibibirnya.
"Iyalah...kat madrasah kita, yang dah walimah Ukhti Raudhah. Tapi yang sibuk menggendong anak kecil, anti...Bila masa pula...tapi kenalah." Beritahu Mustazah.

Hanim merenung Mustazah,"Enta jangan nak bergurau. Jangan sampai ana dengar enta cerita kan hal ni kat madrasah..."Dia memberi amaran.Memnag ketua kelasnya itu payah hendak dipercaya. Silap haribulan, hanim jadi bahan usikkan teman sekelas lagi.

"Eh, ada ke pelajar yang dah berumahtangga, masih kekal belajar kat madrasah tu?" tanya Iskandar.

"Kenapa tanya? Nak masukkan dalam tesis awak ke?" soal Hanim.

"A'ah lah..Unique, tak berlaku di sekolah Nasional,"jelas Iskandar. Mama Hanim yang kebetulan berada disitu untuk mengambil cucunya pun mencelah."Itulah..makcik pun pernah beritahu Hanim yang dia sesuai dah untuk jadi ibu...."

Mustazah tergelak lagi, mungkin sedang membayangkan Hanim, rakan sekelasnya, belajar sambil menjaga bayi.

"Mama...janganlah cerita kat diorang ni..."tegur Hanim.Mukanya merona merah,entah tahan malu terhadap Iskandar atau menahan marah terhadap Muraqib faslnya, Mustazah, yang tak henti2 tersengeh macam kera sumbang itu.

Sebelum Iskandar dan Mustazah pulang petang itu, sempat Iskandar bertanya pada Hanim.

"Hanim, sampai bila awak jaga anak Hisham ni?"

"Sebenarnya, isteri dia dah ansur sihat. Lagipun ada saudara Kak Shimah datang dari kampung untuk bantu babay ni. Tengoklah nanti, hujung bulan ni, saya hantar dia pulang pada Ummi dan abinya."terang Hanim.

'Saya kagumlah dgn awak.Usia muda lagi, awak dah boleh juggle pelajaran, journalism, dan babysitting..."ujar Iskandar..
"Yes, kalau nak tahu, Hanim ni pun motivator terbaik antara madrasah2 Singapore ni.Pendebat pun dia, orang rajin berbual,macam dialah. Jangan main-main.Nanti siap dgn nas Alquran dia berhujah,"bisik Mustazah pada Iskandar. Pemuda itu hanya tersenyum melihat gadis yang berkaliber itu. Tak sangka gadis simple yang berdiri didepannya itu adalah antara pelajar-pelajar harapan madrasahnya."Hah, nak tegur sikit..Pembetulan, janganlah kagum kat saya, kagumlah dgn
kebesaran Tuhan yang telah menjadikan saya begini. Apa yang saya lakukan semua dgn kehendak Tuhan.Saya nikan hamba...terlalu lemah..."balas Hanim, tegas tapi lembut.

No comments: