Sunday, March 25, 2007

Satu pengorbanan 8

"Hanim..Hanim.."terdengar suara memanggilnya. Zubaidah dan Hanim berpaling kearah datangnya suara itu. Kelihatan Iskandar sedang berlari-lari anak mendapatkannya.
"Ya Allah, Iskandar ni, apa yang dia hendak? Macam mana boleh ada kat sini."getus hati Hanim.

Hanim dan Zubaidah menghentikan langkah, menanti Iskandar menghampiri mereka.

"Maaflah Hanim.Saya tahu, saya menganggu. Tapi give me five minutes. Saya ada permintaan. Saya terpaksa membuat tesis untuk assignment kelas.Entah macam mana, boleh dapat topik ni...I need your help," Iskandar berkata tanpa sedikit pun memberi ruang untuk Hanim mencelah. Dia menghulurkan sehelai nota kepada Hanim.
"Pencapaian pelajar madrasah di Singapura.Apakah mereka setanding dgn pelajar sekolah Nasional?"

Hanim dan Zubaidah berpandangan, kemudian Zubaidah tersenyum sinis.

"Awak ni dari universiti mana?"tanya Zubaidah
"Laa..macam mana awak tahu saya student universiti?"
Iskandar termangu-mangu.Kesian pula Hanim melihat kawan abangnya ini.
"Tak apalah, Iskandar, saya boleh bantu, tapi kenapa tak minta tolong Mustazah?"tanya Hanim.
"Dah sms dia. Dia kata elok ajak awak sama,”jawabnya mendatar dengan senyum nipis. ”Kalau awak nak tolong pun boleh."Iskandar mengajukan ajakannya pada Zubaidah.
"Eh, awak.Ni ketua kelas saya.Suka-suka pula awak minta tolong dia..."protes Hanim, malu dgn Zubaidah.”Selamba betullah mamat ni. Nak pass punya pasal, orang yang dia tak kenal pun, dia minta bantuan.”katanya didalam hati.
"Tak apa, saya tak kisah membantu pelajar universiti seperti awak yang masih belum faham dgn pencapaian kami.Tapi saya rasa Mustazah dan Hanim dah mencukupi untuk membantu awak.Cuma jgn over use idea bernas mereka. Gunakan akal yang Tuhan dah anugerahkan pada awak tu juga..."balas Zubaidah tegas tapi sopan.Hanim suka melihat Zubaidah menjawab pelawaan Iskandar itu.Kenapa dia tak minat membahas,agaknya.gayanya itu pasti memukau penonton dan pengadil.
"Whatever....thanks ya.Got to go. Nanti I call you?"Iskandar bertanya Hanim sebelum berlalu.

"Zubaidah,.macam mana anti tahu dia student U? Abang ana tak pernah cakap pun..."Tanya Hanim selepas iskandar berlalu pergi.

"Alaa, tesis dia tu sama dgn tesis sepupu ana yang kat Uni juga tapi sepupu ana buat tahun lepas...analah sasarannya. Dia ikut perkembangan pencapaian ana macam nak rak kepala ni..."
"NUS ke NTU?"
"NTU...diorang tu student Bahasa Ibunda. Belajar susah-susah, buat tesis itu
ini, lepas tu keluar jadi Guru Bahasa Melayu kat Primary School saja."
"Sepupu anti dah graduate?"
Zubaidah mengangguk,"Al’ an, dia mengajar di sekolah nasional.Habis bond dia, dia nak apply kat madrasah kita.."
"Dah sampai pun blok ana.Kita naik dulu ye, Zu.Mak ana dah masak.Ana msg dia tadi, kata anti nak datang..."
"Ya allah, malulah ana. Datang makan....Ana tak bawa buah tangan apa-apa pun..."
"Tak apalah...rezeki jangan di tolak.Tetamu kan bawa rahmat. Semoga kedatangan anti ni, memberi rahmat pada kami sekeluarga..."
"Tapi, ana tak boleh lama, malam ni ana ada kelas tution.."Zubaidah menjawab.
"Anti belajar dgn siapa, Zu? Anti dah cukup okay...Selalu top kat class kita,” pertanyaan Hanim itu lambat dijawab oleh Zubaidah.

“Zu?” Hanim memanggilnya.
"Ana mengajarlah Hanim..ana bukannya orang senang. Duit tu, ana buat belanja sekolah.."beritahu Zubaidah datar.
"Oh...maafkan ana Zu.Kita ni satu kelas, tapi ana tak kenal anti. Sehingga
kesusahan anti pun ana tak tahu...."keluh Hanim kecil. Dia terasa malu dengan ketidak perihatinannya terhadap rakan-rakan sekelas. Macam manalahnak jadi ikhwan yang dirindui Rasulullah. Ikhwan tu ukhwah mereka ibarat susanan batu bata. Begitu juga para sahabat, mereka melebihi sahabat yang lain dari diri sendiri. ”Ya Allah…jauhnya aku dari mereka.”
"Tak apalah Hanim. Ana nak cuba jadi orang susah yang redha dengan kesusahannya. Kita berusahalah, tapi kah Tuhan untuk menentukan,bukan macam tu?" Zubaidah tersenyum mesra. Manis juga wajahnya bila tersenyum, getus Hanim. “Hai,hanim..kau saja yang jarang memerhatikan kawan-kawan dan masalah sekeliling…”marahnya pada dirinya lagi.

No comments: