Sunday, March 25, 2007

Satu pengorbanan 7

Sebulan berlalu...Hanim melalui kehidupannya seperti sedia kala.Shima pun sudah menunjukkan tanda-tanda positif untuk sembuh. Dia sudah pulang ke rumah, tetapi anaknya masih di dalam jagaan Hanim dan mamnya. Email yang Husni terima pun senyap begitu saja. Tiada siapa di madrasah yang tahu mengenai email itu. Dan Hanim lebih-lebih lagi tidak mahu tahu siapa yang menghantarkan emel tentang dirinya. Bagi Hanim dia tidak bersalah dan orang itu ada haknya sendiri untuk bersangsi dan terus berburuk sangka padanya.
"Hanim...projek kelas tu dah siap belum?" tanya Zubaidah.Walaupun dia tampak tidak peramah, sebenarnya Zubaidah boleh bekerjasama.
"MasyaAllah...Ukhti Zu, ana dah siapkan, tapi tertinggal kat rumah.Semalam baby tu melalak aje, sampai ana lupa nak simpan projek dalam beg...Lepas print,ana biarkan atas meja.Afwan lah...ana tak sengaja," Hamin memohon maaf atas kealpaannya. Semenjak Zinnirah dirumah, memang dia yang banyak menguruskan bayi kecil itu.
"Tak apa, esok bawa, ye."pesan Zubaidah. Dia tahu Hanim terntu bukannya sengaja kerana Hanim selalu mengambio berat akan setiap projek dan tugasannya.
"Esok? Rasanya tak datang, mama ana kerja pagi, baby tiada siapa yang jaga..."Hanim mengeluh. Memang dia terpaksa ponteng esok memandangkan Mamnya kerja disyif pagi.
"Kalau gitu.....ana singgah rumah anti lepas madrasah, boleh?"Tanya Zubaidah tapi mali-malu.Dia tidak berapa rapat dengan Hanim memandangkan gadis itu lebih rapat dengan sarah.Zubaidah amat faham dengan konsep, ‘Two’s a company. Three’s a crowd’.
"Boleh...apa salahnya.Tapi rumah ana berselerak sikit....tak sempat kemas tadi pagi,"balas Hanim.gembira keran Zubaidah sudi kerumahnya.ketua kelasnya ini, sering bersendirian. Hendak datang beraya pun susah.
"Ana bukan nak tengok rumah anti,"jawab Zubaidah tersenyum.

Hanim memanjanakan leher melihat sarah yang sedang berbincang dengan partnernya disisi.

“Sarah, nanti datang rumah ana lepas kelas? Zubaidah nak kesana, ambil report,”ajak Hanim.

Sarah mendongak dari merenung kertas yang sedang dilakarkan oleh Farahiyah. Dia menggelengkan kepala sambil tersenyum.

“Hee, hari ini ada date dgn minah Arab ni. Projek tak selesai lagi. Kita bukannya macam korang berdua, tau!”balas Sarah mesra. Farahiyah yang sedang menulis sesuatu turut mendongak dan memandang Zubaidah dan Hanim. Dia mencubit lengan Sarah.Amat dia tak menggemari panggilan ‘Minah Arab’ yang disebit Sarah.

“Ana ingat nak belanja dia kat sweet Secrets.Tapi dah dia panggil ana minah Arab, belanja kat Zam Zam ajelah,”tutur Farahiyah tersenyum membuat lesung pipitnya lebih ketara. Sarah hanya boleh membuat muka ‘seposen’ dengan penarikan offer dari anak karyawan tu.



Sewaktu rehat pula, Hanim di panggil oleh Husni lagi.
"Hanim, tadi ana nampak kawan anti tu dalam bas. Dia kirim salam kat Hanim..."tutur Husni sambil membetulkan buku-buku yang berserak diatas meja perlustakaan itu.
"Ini mengusik lah ye...Mana ana ada kawan?" protes hanim.setahunya dia memang tidak ada kawan-kwana diluar melainkan teman-teman sekelasnya. Kalau ada pun, hanya dialam cyber.setakat membalas emel dan berbual diforum.
"Siapa eh, Iskandar Syah...Dia duduk sebelah ana dalam bas tadi.Ana tegurlah dia. Adalah kami berbual sikit..."beritahu Husni.
"Ada ajelah...buat apa nak kirim salam? Merepek..."Hanim berlalu meninggalkan Husni.
Sarah yang berada disisnya mula nak korek cerita.
"Hai,Hanim...ponteng2 sekolah ni, ada kawan baru rupanya...Iskandar pula tu...Bila anti ni dah pandai????"Sarah cuba-cuba merisik.
"Pandai apa??? Akhi Husni tu gurau je.....Janganlah layan...malas ana.."jawab hanim acuh tak acuh. Dia tak kuasa kalau ada teman-teman yang cuba mengenakan dia dgn sesiapa pun dimadrasah.Iikan pula dengan orang yg dia tidak kenal dgn rapat.Buang masa saja. Lagipun belum masanya nak fikirkan teman hidup.Tahulah Tuhan mengatur itu semua….

"Isy, tak salah kalau nak join Kak Raudhah...Isteri2 yang ke sekolah...."usik sarah.
"Subhanallah Sarah...ke situ pula anti ni....."
Kedua-dua gadis itu pun berderai tertawa tetapi tawa mereka terhenti bila bertembung dgn Ustazah Safiah di tangga.
"Tak manis anak dara gelak macam tu....hanim, Sarah" tegur Ustazah Safiah, lembut.

"Afwan ustazah....." Hanim memandang wajah Sarah.Lega kerana ustazah tidak mendenda mereka, ataupun membawa mereka kepada Ustazah Kamsinah…

Perjalanan pulang bersama Zubaidah tidaklah sekecoh bersama Sarah.Zubaidah pendiam orangnya.sekali sekala saja, dia mengajukan soalan kepada Hanim. Terfikir pula Hanim apakah dia yang menyampaikan email pada Husni? Kerana rumah Zubaidah taklah jauh sangat, beberapa stedyen bas saja jaraknya.

No comments: