Sunday, March 25, 2007

Satu pengorbanan 6

Sepanjang waktu pelajaran berjalan, Hanim sedaya upaya cuba memberi penuh penumpuan. Kawan-kawanya menyangka, Hanim nak 'qadha' apa-apa yang dia ketinggalan.Tapi jauh di sudut hatinya, dia berdoa agar Husni tidak memanggilnya ke pejabat pelajar. Itulah perkara terakhir yang hendak dia lakukan hari ini…Biarlah dia terus duduk diam di kelas yang agak membosankan ini. Hanim redha sekiranya dia terpaksa mengadap wajah gurunya ini selama 2 jam lagi, dari dipanggil bertemu Ustazah Kamsinah walaupun setakat setengah jam. Rekod prestasinya akan tergugat nanti.
Tiba-tiba, sewaktu mata pelajaran Biology, pengumuman di buat oleh pihak admin untuk Hanim berjumpa Mudir. Kecut perut Hanim di buatnya. Mustazah tergelak melihat kekalutan teman sekelasnya itu.
"Kenapa Nim? Macam nak kena hukum pancung je anti ni," tegur Mustazah. Rakan-rakan yang lain tergelak mendengar usikan Mustazah.
"Ni lebih teruk dari hukum pancung....."jawab Hanim selamba, ingin menutup kekalutannya.”Kau tak tahu apa yang mereka dah lihat Mustazah…”bisik hati kecil Hanim.
“Hanim, mudir rindu nak lihat muka anti, asyik ponteng jer....Rindu dah lama tak syarah kat anti, tu!"usik rakannya yang lain.

Hanim mengangkat tangan tanda tak mahu melayan rakan-rakan sekelasnya. Dia turun kepejabat dgn hati yang berdebar-debar. Pintu pejabat di ketuk sopan.

"Udkhulii..." kata Ustaz Mokhsan...

Hani masuk dan memberi salam.

"Kaif haluk, Hanim?" sapa mudirnya.

"Alhamdulillah, bil khair, Ustaz."jawabnya sopan.

"Ijlisii..." arah mudirnya lagi. Hanim menarik kerusi di hadapannya dan melabuhkan punggung. Sebentar kemudian, Husni masuk.Dia memberi Hanim satu senyuman tapi Hanim tak pasti apa niat senyuman itu.

"Begini, Hanim. Tadi Ustaz dah berbincang dgn Husni dan kami dah capai satu pakatan. Ianya ada kena mengena dgn anti..." Ustaz Mokhsan memulakan bicara. Husni yang berdiri di sisi mudirnya ityu masih lagi tersenyum. Naik rimas pula Hanim melihat senyumannya.

"Apa kena mengenanya dgn ana, ustaz?" Hanim meminta kepastian.

" Ni, sudah seminggu kami terima undangan pertukaran pelajar dgn Mahad Tahfiz di K.L. Pada awalnya, kami nak hantar anti kesana, tapi Husni mengingatkan Ustaz tentang keadaan yang anti perlu tempuhi sekarang, jadi kami akan tukarkan dgn Zubaidah. Kami tahu anti pelajar terbaik dalam pelajaran Quran, tapi Ustaz harap anti tak kecil hati dgn penukaran calon ni.."

"Tak, ustaz.Sikit pun ana tak kecil hati. Malah ana berterima kasih kerana Ustaz serta lembaga pengarah madrasah, faham dgn keadaan ana dan sanggup memberikan kerja sama dgn ana."

"Satu lagi, Hanim..."

"Aduhh...apa lagi yang dia nak cakap ni..."kata Hanim di dalam hati.

"Kenapa anti ni? Muka macam orang ada buat salah je,"tegur Ustaz Mokhsan.

"Eh, tak lah Ustaz.Laisa ka dzalik...Ana sekarang sedang subjek Bio, sayang ketinggalan pelajaran tu..Lagipun 'O' level ni, anakan ambil 'BIO', ustaz." Hanim cuba memberi alasan.

Husni hampir-hampir tergelak dgn alasan yang dibuat Hanim. Ustaz Mokhsan mengangguk tanda puas dgn jawapan Hanim.

Dia mengeluarkan satu sampul surat dari laci mejanya,lalu di hulurkan kepada Hanim. Hanim menyambutnya dgn penuh tanda tanya.

"Apa ni, ustaz?"

"Hanim, ni adalah sumbangan dari persatuan Pelajar untuk anti. Kami tahu, anti mampu membiayai persekolah anti, tapi sebagai orang yang di amanahkan untuk menjaga kebajikan pelajar, ana rasa anti patut menerima sumbangan ini." kata Husni.

"Bacalah...mana tahu anti tak suka dgn kandungannyaa..."kata Mudir.

Perlahan Hanim membuka sampul itu. Surat itu datang dari Ketua Pelajar, bererti dari Akhi Husni.Syarat yang menyatakan Hanim di beri subsidi pembelajaran selama tiga tahun, tanpa limit. Syukur tak terhingga Hanim dgn pemberian itu.

"Syukran ustaz, Akhi Husni. Ana betul terharu dgn pemberian ini..."ujar Hanim.

"Rajin-rajinlah belajar, Hanim. Jangan putus asa, dgn apa ygng anti lalui sekarang."nasihat Mudirnya.

"Ustaz, boleh kami beredar?"tanya Husni.

"Na'am...Tafaddhal.."jawab Mudir itu.

Di luar pejabat, Husni tiba-tiba tergelak. Tidak pernah Husni berkelauan begitu.

"Pandai anti cover,ye...Sayang tertinggal pelajaran.Setahu ana, kelas antilah yang sering tidur dalam masa pelajaran 'Bio'...kata Husni. Hanim masih kelihatan bersahaja.

"Siapa pemuda dalam bas tu?"tanya Husni.

"Mana ada?"

"Yang dalam bas tadi.Handsome juga.Pandai hanim cari kawan.."

"Oh, itu Iskandar, kawan abang Hanim. Mustazah pun kenal dia juga. Jiran perumahan kitoranglah..."terang Hanim.

"Ni, ana cuma nak beritahu. Dua tiga hari yang lepas, ana terima email, entah dari siapa. Dia kata dia nampak Hanim dgn seorang pemuda di taman dekat dgn rumah Hanim. Betul ke?"

Hanim cuba untul mengingati kembali....,"adalah satu hari tu, ana nak jumpa Mus, nak collect class notes. Terserempak dgn Is yang tadi tu.Kami berbual sekejap je."

"Kenapa, akhi Husni?"

"Tak adalah, ana yakin anti pandai jaga diri, tapi mulut orang Hanim, kita susah nak elak. Email tu mujur dia hantar pada ana seorang je, kalau dia hantar pada mudir...teruk jadinya..."sambung Husni.

"Baiklah, akhi Husni.thanx atas nasihat itu.InsyaAllah, Hanim akan lebih berhati-hati..."

No comments: