Sunday, March 25, 2007

Satu pengorbanan 5

Terlalu ramai orang sedang menungu bas di stesen bas berdekatan dgn rumah Hanim.Selalunya, tak lah sesesak ini.
"Apahal hari ini, ramai sangat orang kat sini?"fikir Hanim dalam hati.
Tiba-tiba, dia terdengar orang menegurnya,"Hari ini sekolah ke?"
Hanim berpaling kebelakang. Iskandar sedang tersenyum melihatnya.
"Oh, awak.A'ah, saya sekolah hari ini, sebab mak saya ada di rumah."
"Kakak ipar awak masih di hospital?"Tanya iskandar lagi.Fikirnya, setakat bertanya khabar, takkan salah.

Hanim mengangguk. Dia tidak selesa dgn pandangan makcik-makcik pekerja Seagate yg turut berada di situ. Makcik-makcik ini tidak tahu apa yang mereka bualkan,.tetapi tidak mahu terlepas untuk membuat andaian yang bukan-bukan. Hanim memandang kearah wanita-wanita yng sedang memandangnya. Satu senyuman diberikan. Apabila melihat Bas nombor tujuh datang menghampiri stesen bas, Hanim pun minta diri untuk beredar.
"Bas dah datanglah. Pergi dulu ye,"pamitnya sesopan mungkin.
"Saya pun nak naik bas ni. Saya nak ke Orchard. Malas naik MRT, sesak...Lagipun tadi kat radio ada pengumuman MRT dari laluan Timur terkandas kat Singapore Expo, ada technical fault,rosak.."terang Iskandar apabila melihat wajah Hanim yang agak terperanjat dengan kata-katanya.

Hanim menghela nafas lega. Di tengah-tengah manusia yang meratur untuk menaiki bas itu, sempat lagi Iskandar bertanya,”Kenapa? Awak ingat ada suicide lagi macam semalam kat stesen Bishan tu?”

“ Terlalu banyak suicide yang kita dengar setiap hari,kan?” balas Hanim.

“Mereka rasa itu jalan termudah untuk lari dari masalah,”balas Iskandar.
"Patutlah ramai orang kat bus stand ni terpaksa naik bas rupanya..." Hanim membuat rumusan.

Di dalam Bas no 7 itu terdapat ramai pelajar-pelajar dari Madrasah Aljunied.
Ada juga pelajar-pelajar dari Al Sagoff. Hanim mengambil tempat di sisi seorang pelajar dari madrasahnya.Salam dan pertanyaan khabar berbalas ringkas.Kemudian Hanim terus mengeluarkan Quran kecilnya untuk dia menghafal.Dia dah jauh ketinggalan. Pelajar di sebelahnya juga sedang khusyu' menghafal huraian hadis. Begitulah suasana pelajar madrasah setiap hari didalam bas. Mereka mengambil kesempatan dalam perjalanan yg mengambil masa sehingga 45minit itu untuk menghafal apa-apa yang perlu.Lebih elok dari berbual kosong yang tidak mendatangkan faedah.
Iskandar hanya memerhatikan keadaan sekeliling. Dia pelajar aliran secular. Jadi dia tak biasa dgn cara hidup pelajar madrasah seperti Hanim. Dalam hatinya, dia memuji kebolehan pelajar-pelajar itu menghafal dan menghayati bahasa Arab yang agak asing baginya. Setiba di destinasi, semua pelajar madrasah yang ada bangkit untuk turun dari bas. Hanim memandang Iskandar dan mengangguk, memberi isyarat yang dia hendak turun. Dia setakat tidak mahu dituduh tak beradab, tidak lebih dari itu. Iskandar melemparkan sebuah senyuman dan senyuman Iskandar dibalasnya.
Namun dia terdengar suara pelajar lelaki yg berdiri di belakang berdehem-dehem. Dia memandang ke arah suara itu. Fattah dan Jawad, pelajar cemerlang di madrasahnya sedang memerhatikannya sambil tersenyum sinis. Hanim tidak ambil kisah dgn mereka kerana bagi Hanim mereka ibarat badut sarkis yg sentiasa berlawak di madrasahnya.Tapi orang yang dibelakang mereka. Akhi Husni sedang memerhatikan Hanim dengan wajah yang agak serius. Terkedu juga Hanim. Ketua pelajar telah melihat Hanim berkomunikasi dgn Iskandar walaupun setakat melalui isyarat mata.
Hanim cepat-cepat turun dan berjalan menuju ke madrasahnya.Semahu-mahunya, dia hendak mengelak daripada Husni.Kalaulah Akhi seorang tu reportkan apa yg dia lihat, tentu Hanim akan di panggil ke pejabat Mudir. Dan dia sudah tentu akan ke bilik kaunselling untuk menatap wajah Ustazah Kamsinah yang amat garang itu..."Oh. tidak!!" kata hati kecilnya.

No comments: