Sunday, March 25, 2007

Satu pengorbanan 4

Part 4

Hampir sebulan Shimah terlantar di hospital, entah apa sakitnya, doktor belum dapat mengesan. Cuma sekarang ini, yang amat jelas, dia anemik, kekurangan darah. Sepanjang sebulan itu jugalah Hanim sering ponteng sekolah.Sekiranya mamanya ada di rumah, dia akan kemadrasah seperti biasa.Kalau mamanya bekerja syif pagi, Hanim akan tinggal dirumah menjaga anak saudaranya. Hisham hanya akan datang sekali sekala menjenguk anak kecilnya itu. Dia lebih banyak memberi perhatian pada isterinya. Namun Hanim faham akan kesusahan yang ditanggung oleh abangnya.

Petang itu Hanim membawa anak saudaranya ke taman. Niat di hati, memang sengaja nak ambil angin.Mentelah pula, dia dah janji dgn ketua kelasnya untuk ambil nota-nota terbaru. Hanim menggendong bayi kecil itu penuh cermat. Baru kelmarin, anak kecil itu lepas hari.

Sedang Hanim duduk di bangku taman permainan itu, ada suara menyapanya.Ingatnya tentulah Mustazah, ketua kelasnya ynag tinggal hanya beberapa blok dari flatnya itu.
"Maaf, mengganggu," rupanya suara itu milik Syah Iskandar.
"Taklah...boleh saya bantu?" sambut Hanim datar. Dia cuba untuk tidak kedengaran sombong.
"Awak ni Hanim kan? Adik Hisyam?"tanya pemuda itu.

Hanim mengangguk, "Macam mana dia tahu nama aku?"hati kecil Hanim menyoal.

"Saya Iskandar,"ujarnya lagi.
"Saya tahu,”balas Hanim spontan.Melihat wajah pemuda itu yang mempunyai tanda soal, dia cepat-cepat menyambung,”Abang pernah beritahu. Sebenarnya awak nak apa?" Hanim memarahi dirinya sendiri kerana cepat benar memotong kata-kata orang. Inilah akibatnya kalau sering menjadi pembahas disekolah.Sampai di waktu berbual santai pun dia terbawa-bawa watak pembahasnya itu.

"Hope that your brother said only good thing about his mate here. Sorry...sorry..saya tak sepatutnya ganggu awak.Tapi anak yang awak dokong ni...anak siapa? A few days back, saya ternampak Hisyam.Nak panggil, tapi dia seakan tergesa-gesa. Nak call, I don’t have his number,"tutur pemuda itu.

"Oh...bayi ni? Awak ingat ni bayi saya ke? Ni anak abang Hisyam.Kakak ipar saya ada di hospital, so saya jagalah anak dia.Kelmarin memang Abang ada datang, jenguk darling dia ni..."jawab Hanim. Dia tersenyum mendengar pertanyaan Iskandar.Mungkin pemuda itu ingat, Hanim sdah menjadi seorang ibu. Di Singapore ni, tak hairan kalau ke hospital dan melihat ramai gadis-dagis yang membawa perut. Perkahwinan remaja dah menjadi seakan-akan satu trend. Namun Hanim tak pernah mahu berburuk sangka samada gadis-gadis itu terlanjur atau tidak.Itu bukan untuknya hendak mengambil tahu masalah orang lain.Sebagai wartawan muda, memang dia bercita-cita untuk menulis tentang masalah kehamilan diluar nikah ini tapi itu hanya untuk mencari jalan penyelesaian dan bukan untuk mengembar gemburkan masalah sosial Negara ini.
"Manis bayi ni?" kata Iskandar lagi."Cutelah...pandai ke awak jaga dia?"
"Awak sangsi dengan kebolehan saya?By the way, kenapa awak panggil abang saya Hisyam saja? Rasanya dia lebih tua dari awakkan?"soal Hanim.
"Dah biasa....sepatutnya saya gelar dia abang tapi macam tak stylelah..Our age difference is only 3 years. I know,he’s gonna be 26 end of this year,"Iskandar menjawab selamba.
"Style apanya?" Iskandar tertawa mendengar soalan yang Hanim utarakan.”Innocent,”kata hati kecilnya dan di tika itu juga Mustazah terkocoh kocoh tiba.
"Maaf, Ukhti Hanim.Ana lambat sikit. Tolong mak ana tadi di kedai." beritahu Mustazah.

"Tak apalah, Mus. Hanim pun baru 10 minit kat sini. Apa kahbar kawan-kawan?"dia bertanya ramah.Rindu dengan suasana dikelas.Walaupun adakalanya dia juga yang menjadi bahan usikan teman sedarjah, tapi Hanim tak kisah.Sesekali, dia juga mengusik kawan-kawan yg lain.
"Alhamdulillah, sihat. Semua kirim salam kat anti. Okay, here is the notes. Got to go lah Hanim.Letih jiddan.Abang Min pembantu kitorang tu, tak datang..." balas Mustazah. Seharian dia membantu ibunya dikedai daging milik ayahnya.

Apabila, Mustazah hendak berlalu, dia terlihat Iskandar yang sedang berdiri di sisi bangku.

"Maaf, tadi nak cepat sangat, sampai tak perasan,"dia menghulurkan tangannya untuk bersalaman.

"Its okay.Sibuk nampak..."usik Iskandar sambil menepuk bahu Mustazah seperti dah biasa bertemu muka.
"Hey, brother.Mestilah sibuk.Anak taukeh daging Geylang lah katakan...."jawab Mustazah sambil ketawa.
Hanim seakan bingung melihat mereka berdua. Berkerut matanya melihat keakraban itu.
"Hai, Ukhti , takkan lah satu neighbourhood pun kita tak kenal.Ana biasa main soccer dgn mamat ni..."kata Mustazah sambil menyiku tangan Iskandar.
"Oh..dah kenallah ye? Mana ana tahu.."balasHanim.”So, anta kenallah abang ana juga,ya?”
"Abang anti tu kira macam seniorlah,tak rapat sangat.”jawab Mustazah “Hati-hati Hanim...kat perumahan ni ramai pelajar dari Madrasah kita.Nanti tak semena-mena, anti kena gosip dgn diorang...."beritahu ketua darjahnya,"Kalau Zubaidah yang nampak...alamatnya kena masuk pejabat Mudirlah.Minah tu strict tahap tertinggi,Nim..."
"Mus, anta jangan salah faham...Kami tak ada apa-apalah..Kawan pun bukan.."terang Hanim. Dia rasa tentu ketua kelasnya sudah salah sangka dengan kehadiran Iskandar disitu.
"Ana cuma mengingatkan je...Tak pasal-pasal kena counselling, parah,"Kemudian dia memaling ke arah Iskandar,"Yang kau pun, ganggu anak dara orang apasal? Kalau dia kena detention pasal ni kat madrasah...rosaklah imej kelas aku.Termasuk imej aku sebagai ketua kelas..."tegurnya dengan muka serius. Namun ada cahaya nakal dimatanya.
"Mana aku tahu.Strictnya madrasah korang? Tapi takkan budak madrasah nak buat gossip...."jawab Iskandar.
"Mulut diorang..bukan mulut wali ke malaikat tahu tak...Budak madrasah pun sama macam budak secular jugak.Sama macam kau! Dah lah Is, jomlah..." Mustazah menarik tangan Iskandar sambil melambai penuh makna pada Hanim.

Hanim lantas berdiri untuk pulang ke rumahnya. Terfikir olehnya, bagaimana si Iskandar tu sampai nak menyapanya hari itu. Sedangkan dia sering terserempak dengannya setipa kali pulang dari Madrasah...Terfikir pula kata-kata Mustazah kepadanya tadi..Nasib baik perbualannya tak di lihat oleh rakan-rakan dari madrasah...Namun Hanim tak ketahui, ada sepasang mata yang memandang setiap gerak geri Hanim tadi dan sepatang mata itu dimiliki oleh seorang yang amat cemburu dengannya.

No comments: