Sunday, March 25, 2007

Satu pengorbanan 3

Part 3
Suara tangisan Baby Amirah Zinnirah jelas kedengaran sewaktu Hanim tiba di rumahnya. Dari lif landing lagi, sudah terdengar suara nyaring anak kecil itu.
"Kenapa anak Khallah ni? Rindu umi ke?"tanya Hanim manja. Dia mengendong anak saudaranya itu. Mama Hanim yg sedang membancuh susu cucunya itu tersenyum sendiri. Lucu melihat telatah Hanim.Persis seorang ibu yang baru pulang bertugas, lau mencari ketengan dengan berbual-bual dgn bayi yang ditinggalkan.
"Hanim, gelagat Hanim tu, persis seorang ibulah Nim.."usik Mamanya.

"Apalah, mama ni.Hanim baru 16 tahun tau. Kalau umur 16 tahun dah ada anak, mesti kahwin umur 14 tahun...Eee mama, merepeknya. Tak boleh imagine!" Dan kedua beranak itu pun berderai ketawa memikirkan apa yg di katakan Hanim.

Setelah tawa mereka reda, Mama Hanim menyambung lagi,"Tapi Hanim ada beritahu Mama yg senior Hanim masih sekolah walaupun dah berbadan dua."
"Ohh...Ukhti Raudhah..Dia lainlah..Suami dia sporting.Dah kahwin pun masih izinkan sekolah.Sekarang ni dia tahun akhir, tapi yg Hanim dengar, dua bulan lagi dia due...."
"Uniklah madrasah tu, ye Hanim .Masa Hanim di sekolah secular tu, tak ada pun kes budak-budak kahwin..."kata Mamanya.
"Lah mama ni, cakap pasal kahwin je ni, apasal?"soal Hanim. Dia pelik denagn pilihan topic perbualan mamnya pada hari itu.
"Entahlah...cuma bila lihat Hanim pujuk Baby Amirah Zinnirah tu, rasa macam Hanim dah boleh jadi ibu...By the way, apa kata principal Hanim bila Hanim minta cuti?"cuba mengalihkan topic perbualannya sendiri.

"Alhamdulillah, Ustaz okay jer. Dia suruh contact kawan-kawan tentang homework and new topics. Tak apalah, nanti Hanim boleh call diorang tu,”hanim memberitahu “.Mama, panggil Baby tu Amirah je kan senang.Kenapa panggil nama dia panjang2...?" dia menyambung pula.
Mamanya tersenyum lagi, “Uniklah nama anak saudara Hanim...macam orang timur tengah...Tu yg mama suka panggil nama penuh dia." Tersenyum mamnya dengan reaksi dirinya. Indah sunggah dia merasakan nama cucu sulungnya itu. Ada orang terasa diri tercabar bila menerima cucu dalam usia semuda empat puluhan, tapi tidak pula dirinya. Habis gambar cucunya itu diperagakan ditempat dia bertugas. Bangga betul dia dgn kehadiran orang baru dalam keluarganya.

"Mama, Kak Shimah macam mana?Okay ke?"tanya Hanim.
Keceriaan di muka Mama tiba-tiba berubah,"Dia serius sikit Hanim.Masih lemah sangat tapi she's out of the ICU.Alhamdulillah....cuma Abang Hisyam call tadi, dia kata dia minta Hanim jagakan Baby ni lama sikit, itupun kalau Hanim setuju."

Hanim mengangguk,"Kesian baby..kita doakan umi cepat sembuh, ya saying,"katanya sambil mencium pipi anak saudaranya mesra.
"Hanim, apa kata, mama saja yg ambil unpaid leave? Then,Hanim tak payah cuti
lama-lama.Takkan Hanim nak tinggalkan pelajaran Hanim.You are doing you 'O'levels kan?"

"Tak apalah, Mama. Hanim boleh cope, insyaAllah."
Puan Halimah hanya memerhatikan puterinya itu,"Baik sungguh hati Hanim ni..."kata hatinya,"tak pernah merungut kalau abangnya minta bantuan."

No comments: