Sunday, March 25, 2007

Satu pengorbanan 2

Part 2

Rumah Hisham penuh dengan tetamu.Mama Hanim dan Ibu Shimah sibuk di dapur.Seskali terdengar suara mereka ketawa.Entah apa yang dibualkan oleh kedua-dua besan itu. Hanim hanya duduk didalam bilik, menjaga anak buahnya yang sedang tidur.Amirah pun agak tidak tenang tidurnya, mungkin kerana suara tetamu berbual diluar.Ramai juga kenalan Hisham dan Shimah yang hadir.

“Hanim tak keluar ke?”Tanya Shimah sewaktu dia menjenguk babynya.

“Tak lah, kak. Lagipun kat dapur tu dah tak ada kerja. Seganlah nak keluar, ramai sangat orang yang Hanim tak kenal.”Hanim memberi alasan. Sebenarnya dia mengantuk selepas semalaman membantu Mamanya dan Cik Salmah di dapur.

Menjelang Maghrib, baru tetamu mula berkurang. Hanim keluar untuk membantu didapur. Bising Mamanya membebel kerana Hanim terus terperuk didalam bilik semasa tetamu ramai diluar.

“Sepatutnya kamu tu bantulah Kak Shimah layan teman-temannya.Ni tidak, duduk je dalam bilik,”rungut Mamanya.

“Sewaktu doa selamat kan Hanim keluar.Lepas tu takkan Hanim nak duduk je kat depan tu.Hanim tak kenal dgn kawan-kawan Abang.Seganlah,” Hanim menjawab.

Tiba-tiba terdengar bunyi pinggan jatuh.

“MasyaAllah, Imah! Imah!”suara Hisham,”Ibu, Shimah pengsan ni.” Hisham memanggil ibu mertuanya.

“Call ambulance Hanim,”kerah mamanya apabila melihat Shimah tidak juga sedarkan diri.

Sepuluh minit kemudian barulah ambulance tiba dan membawa Shimah pergi.Hisham menemani isterinya.Tinggallah Hanim dan Mamanya mengemaskan rumah yang masih berselerak. Ibu Shimah terpaksa pulang kerana dia juga menjaga cucunya dari anaknya yang lain.Serba salah Cik Salmah nak tinggalkan rumah itu.Setelah berkali-kali di gesa oleh mama Hanim barulah dia pulang.

“Kak Salmah jangan risau. Nanti Tipah kemas ni semua.Tipah pun tak kerja esok.Kak Salmah tu ada cucu yang mesti dijaga.Janganlah risau.Apa-apa nati kami telefon.”

Sewaktu Hanim menziarah kakak iparnya itu di hospital Changi, dia masih belum stabil.Menurut doktor,dia mengalami pendarahan post partum.
"Tapi kenapa baru sekarang,Abang? Yang biasa Hanim dengar, selalunya beberapa jam selepas bersalin.Itu commonlah kat Spore n,"tanya Hanim, inginkan kepastian.

"Itu lah yg doktor cakap, Nim. Mereka pun tertanya-tanya. Sebab tu, mereka masih lagi buat ujian ke atas Shimah tu,"jawab Hisham datar. Jelas, dia amat risau dengan keadaan isternya sekarang.

"Abang, bersabarlah. Nanti Hanim jumpa Mudir di Madrasah, beritahu dia Hanim kena ambil cuti kerana anak abang tak ada orang jaga."

"Hei, takkan Hanim nak ponteng sekolah? Abang dah apply leave." Terperanjat Hisyam mendengar kata-kata adiknya.

"Tak apa, Abang temankan Kak Shimah di sini. Hanim jaga baby kat rumah.Lagipun, dia tak susu badan, so okaylah..." jelas hanim lagi. Hisyam faham sangat, kalau hanim dah buat keputusan, sesah untuk dia menganjaak dari keputusan yang dibuatnya itu.

"Thanx Hanim, atas pengorbanan itu." Hisyam meletakkan tangannya dibahu Hanim.
"Hanim ni seoranglah adik abang.Kalau Hanim tak boleh berkorban untuk keluarga, bagaimana Hanim nak berkorban unuk Agama nanti...."jawab Hanim,Lagipun hari ini hari abang, tak tahu bila hari Hanim pulak,kan.”dia memujuk abangnya. Keadaan mereka yg tidak punya ayah mengeratkan lagi kehidupan dua beradik itu.sedari kecil, setiap pahit getir dihadapi bersama.

Pada pagi Isnin, Hanim kesekolah seperti biasa. Anak saudaranya, di tinggalkan dgn ibunya yg kebetulan bekerja syif malam. Berhati-hati Hanim mengatur ayatnya sewaktu bertemu dgn Mudir Madrasah,"Ustaz, ana ingin minta cuti buat beberapa minggu ni."
Ustaz Mokhsan memandang wajah Hanim, serius,"Kenapa?Apa masalah
anti, Nur Hanim?"

"Kakak ipar ana masuk hospital.Dia di ICU, pendarahan yg agak serius.Anaknya tak ada orang jaga.Sebab tu, ana berniat untuk jaga bayi tu buat sementara waktu ni."terang Hanim.

"Oh ya, ibu anti kerja...emak mertua abang anti, tak boleh tolong kke?"
"Dia dah tua, ustaz.Lagipun dia sendiri jagacucu-cucu yg lain..."
"Buat sementara waktu ni, Ustaz izinkan. Tapi cuba untuk kembali ke madrasah secepat yg boleh. Dan jangan lupa tanya kawan-kawan tentang pelajaran.cuba hubungi Zubaidah atau Mustazah tentang kerja-kerja sekolah.

"Hanim...kenapa tak pakai pakaian sekolah? Li maza anti kahaza?"soal Husni, ketua pelajar di Madrasah itu. Hanim menerangkan duduk perkara dgn penuh hormat.Maklumlah Husni itu merupakan antara pelajar-pelajar yg amat berwibawa di situ. Dia adalah antara pelajar-pelajar yang bertukar ke madrasah selepas menghabiskan pelajaran di kolej luar.Kalau bukan kerana pakaian seragam yg mereka kenakan, mungkin tetamu yang berkunjung akan merasakan mereka juga adalah tenaga pengajar di Madrasah yg terunggul di Singapura itu. Tak hairan kalau ada tetamu yg menggelar mereka Ustaz kerana penampilan Husni dan rakan-rakannya yg berjambang dan bermisai itu membuat wajah mereka lebih matang dari usia sebenar.

"Kalau begitu, minta kawan-kawan lain bantu anti dalam melaksanakan tugasan nanti,"pesan Husni,”Kat rumah nanti pun, jangan leka dari mengulangkaji,”tambah ketua pelajar itu lagi.

"Syukran Akhi Husni, ana minta diri dulu."Jawab Hanim lalu berlalu pergi.

Husni memandang dgn simpati,"Kesian kau Hanim...Semoga Tuhan tabahkan hatimu..." Dia akur, Hanim juga sepertinya. Memasuki alam madraash selepas lama di bidang akademik. Yang membezakan mereka, Hanim memohon untuk memasuki madrasah selepas tamat menengah dua disekolah kebangsaan dan berjaya memasuki Science stream. Tindakannya berhenti sekolah amat memeranjatkan pengetua sekolahdi sekolah kebangsaanya itu. Dia teringat sewaktu Hanim bercerita dgn kembarnya,Arafah kenapa dia meninggalkan sekolah kebangsaan.

“ Hanim tak bercita-cita nak jadi ustazah,Ukhti. Tapi hanim tak mampu nak tanggung dosa ke sekolah setiap hari dengan pakaian yang mendedah aurat. Setiap mata yang memandang Hanim, setiap itulah dosa Hanim berganda.”

“Anti tak menyesal?” soal Arafah. Direnungnya wajah pelajar baru itu.Kemudan dia sambung lagi,”Di madrasah pun, pergaulan bebas masih berlaku.Kerana ada diantara pelajar-pelajar disini, yang tiada support dari keluarga. Hanim janganlah salah anggap dgn madrasah kerana perangai mereka,ya.”

Hanim hanya tersenyum mendengar pertanyaan Ukhti Arafah.Dia menoleh kewajah Akhi Husni yang sedang duduk berdekatan kembarnya itu,”Buat apa hanim nak menyesal.Malah Hanim rasa kasihan. Mereka yang mendapati nikmat itu jarang mensyukuri nikmat sehingga nikmat itu ditarik dari mereka.”

Dari Madrasah, Hanim terus ke rumah abangnya untuk mengambil keperluan anak saudaranya. Mujur, keperluan baby Zinnirah tidak banyak. Sebelum Hanim pulang kerumahnya, sempat dia mengemaskan sedikit bilik abangnya itu. Harapannya, kalau Shimah pulang nanti, taklah berserak sangat kamarnya itu. Hanim mengharapkan Tuhan mengembalikan kesihatan yg sebelumnya kepada Kak Shimah, walau dia yakin tentu ada hikmah disebalik apa yang berlaku.

No comments: