Saturday, March 31, 2007

Satu pengorbanan 15

"Ma..dua malam ni Hanim tak balik, tau...." Hanim menjerit dari dalam biliknya.

"Apa anak dara menjerit-jerit...macam rumah ni besar padang bola! Dah tu nak beritahu pasal tak nak balik rumah pula. Dah nak jadi apa anak mama ni?"leter ibunya yang sudah tercegat di muka pintu. Ditangannya ada sebuah dulang gubahan.

"Hanim ada Girls' Nite out. Kan kelmarin dah beritahu Mama. Mama lupa,eh?" tanya Hanim sambil memasukkan baju ke dalam backpacknya.

Cik Latifah berkerut mendengar kata-kata Hanim,"Bila masa ni? Yang Hanim beritahu, minggu ni Hanim ada program Qiam cum motivasi kat sekolah sempena preparation untuk 'O' levels tu...Ni tiba-tiba nak pergi Girls' Nite out ni dah kenapa?" Risau juga Cik Latifah memeikirkan anaknya seorang ni.Ntah tiba-tiba berubah angina,ingin buat benda tak betul pula.

Hanim tertawa mendengar leteran ibunya yang macam rifles M16 tu. Risau juga ibunya mendengar dia hendak keluar untuk bersuka ria.Sayang juga Mama kat Hanim..

"Alah Mama ni, Hanim belum hilang arah tuju lagi,lah. Yang maksud Hanim Girls' Nite Out tu , program Qiam tu lah...cuma kat madrasah di khaskan untuk pelajar perempuan, pelajar lelaki semua lepak kat Masjid Omar Melaka. Hmm, takut anak mama ni berubah arus,ye?" Hanim masih menahan tawa. Wajah Mamanya beibah riak.

Cik Latifah merengus dgn usikan anaknya,"Nakal eh? Buat Mama cuak je...Tiba-tiba merepek nak enjoy nite life..."

"Mama, Qiam tulah nite life buat semua orang2 bertaqwa..Tak salahkan Hanim ikut jejak mereka?"

"Of course, tak.Malah Mama syukur sangat. Dulu kat sekolah Nasional, bila Hanim naik stage buat peformance, Mama proud kerana anak Mama talented...tapi itu dunia yang menipu,kan? Perubahan Hanim yang sekarang ni lah yang sepatutnya Mama banggakan.My baby dah tahu tanggungjawab dia sebagai seorang muslimah sejati...."

Hanim memeluk bahu ibunya,"Sayang Mama. Ma, doakan Hanim terus begini tau,"pintanya.

"Tak naklah..."

"Hah? Mama tak nak doakan Hanim?"

"Bukan macam tu, takkan nak doakan Hanim terus macam ni? Mama nak doakan Hanim terus berubah berusaha menjadi a better person."

Kali ini muka Hanim pula yang berkerut, tak faham apa yang di kata oleh ibunya.

"Yalah, from a good muslim, to a better muslimah....Dari seorang Muslim, jadilah seorang Mukmin, seterusnya, usaha jadi hamba yang Muttaqin. Muslim yang beriman dan bertaqwa....betul tak?Tak nak setakat jadi Muslim jer...Dah ramai sangat Muslim kat dunia ni....tapi yang mukmin dan muttaqin boleh kira je dgn jari." kata Cik Latifah lagi.

"Mama...mana Mama dengar benda ni...So unlike of you to say that to me? Kalau abang dengar, sure sujud syukur punya dia..." Hanim membalas sambil mengucup pipi Mamanya.

"Bila Mama lihat Hanim dan Syam semakin berubah, Mama pun carilah jalan yang korang ikut tu....Then kelmarin Mama pergi solat kat Masjid Kassim, niat nak dengar ceramah. Tapi kelas petang tu cancel. Cuma rezeki Mama, Mama dapat berkenalan dgn seorang jemaah di situ. Sambil berbual-bual menunggu bas, dia ada sebut benda tadi tu. Terkesan Mama dgn tuturan dia...Dia sebaya dgn Mama. Nama dia Nasrah," Cik Latifah memberitahu Hanim mengenai sahabat barunya.

"Alahamdulillah Mama. Hanim yakin Hanim ikut jalan ini pun tentu dgn doa orang tua Hanim juga." Hanim masih teringat pesanan ayah sarah.Perubahan kebaikan seseorang itu selalunya adalah hasil doa orang tuanya.Kalau bukan dari mak ayah sendiri, mungkin dari nenek moyang kita.

Cik Latifah mencuit pipi anaknya,"Mmm.mengelamun.Cepat-cepat siap.haim bawa ubat tak?” Dia tak lupa memesan hanim kerana Hanim sering gastric.Antacid memang tak membantu langsung.

“Pill tu dah habis,Mama.hanim lupa nak ambil kat Clinic Dr.Wong tadi,”Hanim teringatkan ubatnya.Pill orange kecil tu adalah sahabat baik Hanim dikala gastricnya menggila.

“Kalau gitu, jangan lupa makan. Jangan makan yang bukan-bukan,”pesan Mamanya sambil bangun hendak keluar dari kamar Hanim.

“Okay,Mama.InsyaAllah, pasal makan tu rasanya hanim ikut jaduallah…tapi pasal makan bukan-bukan tu,susahlah Mama. Hanimdah suruh sarah beli banyak titbits,”gelak Hanim. Cik Latifah hanya mampu menggeleng kepala. Junk food dah jadi sebahagian hidup Hanim walaupun sudah banyak kali dileterkan.

Nanti sebelum keluar, hantarkan kuih kat rumah Iskandar. Ibu dia tempah untuk pertunangan."

"Pertunangan? Is nak tunang ke?"Hanim tersenyum.Senyap-enyap mentornya dah ada buah hati rupanya.

"Apa pula Is... Nia lah..kakak dia yang tunang,”balas Mamanya.

"Tapi Ma, kan Kak Nia ada kat US," tanya Hanim setakat mahu kepastian dari Mamanya.

"Yang berurusan kan ibu dia..bukannya Nia. Dia kat US memang. Tunang dia lagi ada kat Madinah.Dua-dua tak ada kat Singapore. Kira orang tua aje yang berurusan,"jelas Cik Latifah.

"Mama. suruhlah Iskandar datang amik jer...Backpack ni dah berat, nak angkat kuih lagi,"rengek Hanim. Dia memang malas untuk jadi delivery girl mamanya. Lebih-lebih lagi kalau ke rumah mentornya itu.

"Dia sibuk lah, Mama dah call. Sepupu dia ramai kat rumah dia.Diorang buat kenduri sekali."pujuk Cik Latifah.

"Ramai orang kat rumah dia? Eee, lagilah tak nak pergi.Buat malu jer.."rengus Hanim.


Selepas bersiap, Hanim terpaksa juga menghantar kuih yang sudah siap di gubah ke rumah Iskandar. Hatinya berdebar bila mendapati ramai gelak ketawa dari arah rumah Iskandar. Dia memberi salam dengan cermat .

"Wa alaikum salam....cari siapa?" tanya seorang pemuda yang sedang duduk di tepi pintu.

"Makcik Ainon ada? Saya nak hantar barang ni.."jawab Hanim sambil menyuakan kotak gubahan ke arah lelaki itu..

"Wait, wait.Saya tak tahu apa-apa," balas pemuda itu," Is, ada orang cari Aunty."

"Cakaplah ibu aku keluar jap.Suruh dia tunggu!"terdengar suara Iskandar dari dalam biliknya.

Berderau darah Hanim mendengar kata-kata Iskandar,"Tunggu? Gila ke apa? Orang nak ke sekolah ni!"

"I've got to go..Saya nak rush ke sekolah..." pintas Hanim mengharap sangat pemuda itu mahu mengambil kiriman itu darinya.
Pemuda itu hanya tersenyum,"Is, this girl gotta rush to school.Kau keluar lah....Dia hantar barang ni!" sesekali dia menjenguk kedalam rumah.

Sebentar kemudian,barulah Iskandar keluar. Bila terlihat Hanim, dia tersenyum mesra.

"You rupanya. Si precious ni, Nak pergi mana rush sangat?"Tanya Iskandar mesra seperti biasa. Hanim terkedu mengdengar perkataan precious terkeluar dari mulut Iskandar.

"The camp in school,"jawab Hanim sekilas. Dia menyerahkan kotak gubahan kepada Iskandar. Iskandar menyambutnya berhati-hati.

"Thanks. Sorry kena tunggu lama. I was getting ready tadi," Iskandar memberitahu.”Ingatkan hanim buatkan I cheesecake sekali,”

“You order jugak ke?”wajah hanim seakan serba salah. Mama tak pula menyebut apa-apa order denagnnya.

“Tak lah,precious one. Janganlah buat muka kesian tu.I tak order tapi apa salahnya kalau you buatkan,”usikan Iskandar membuat Hanim serba tak kena.Lebih-lebih lagi dengan pemuda tadi yang asyik memerhatikan.

"Okay,brother, got to go! Nanti lambat pula." Hanim meminta diri. Dia hekdak cepat beredar dari mengadap muka Iskandar dan mendengar usikan-usikannya.

"Eh, nanti sekejap. You nak ke madrasah kan? My relative pun nak ke madrasah juga. Dia satu sekolah dgn you...Nanti I panggil dia eh,"Iskandar memberitahu.

Hanim terus berdiri diluar. Siapa pula saudara Is yang satu sekolah dgn Hanim? Selama ni tak pula dia bercerita.

"Ehem..."suara sesorang mengganggunya.Hanim berpusing ke belakang melihat empunya suara. Wajah Hanim berubah riak. Dia?

"Terperanjat lihat ana? Tak sangka atau tak suka?" sinis suara itu bertanya.

"Tak lah...tak ada apa-apa.."jawab Hanim pendek.

Iskandar yang turut berada di situ, mencelah,"Dialah yang aku ajar tu..Kau kenal dia tak,Saif?"

"Siapa yang tak kenal dia? Motivator utama sekolah aku..."balas Saiful Alam.Dia membetulkan backpacknya dibahu. Sesekali matanya menjeling Hanim yang berdiri di hujung koridor.

"Hanim, Saif is actually my distance cousin. Mak dia dgn my dad are cousins. jarang berjumpa kalau tak ada majlis macam ni...Ni pulak, dia nak pergi that Qiam program..." Is menepuk bahu Saif. Macam mana mentornya boleh ada kaitan dengan Saif.nasib baik hanim belum menceritakan lebih-lebih tentang seklah pada Iskandar.kalau tak mesti ‘termengumpat’ akan saudaranya seorang itu.

"Korang nak aku drive?" tanya pemuda tadi yang masih duduk di tepi pintu.

"Tak payah,lah.Naik bas kan boleh..."Saiful Alam menjawab.

"Bukan aku suruh bayar pun....free servicelah, Brother. Lagipun kawan kau ni kata, dia nak rush, dah lambat.."pemuda menyanggah tolakan saiful Alam.

"Selalu kalau aku yang lambat, tak pernah kau nak hantar,"gumam Saif,"ni ada budak ni, sibuk kau beriya-iya."

Pemuda itu tertawa,"Kawan Abang Is, aku no prob...."

Hanim masih terus membisu, tak selesa dgn perbualan Saiful Alam. Iskandar menghulurkan sebuah beg kertas kepada Hanim,"Tak sempat nak bungkus apa-apa. Ni pun kuih muih yang my family buat ..."

"Thanks..buat susah aje..I dah makan kat rumah tadi,"jawab Hanim.

"Kat rumah lain sis, ni my cousin yang pack untuk you, lain..."usik pemuda tadi.

"Hah, Hanim, Ini adik Saif. Amir..." Is memperkenalkan.

Hanim hanya mengangguk, matanya tertancap pada Saif yang sedang memakai kasut.

"Akhi, anta tak terlibat dgn program ni,kan?" tanya Hanim pada Saif.

Saiful Alam hanya menggeleng sambil memandang wajah Hanim.

"Tak terlibat sebagai peserta, tapi sebagai facilitator...."jawabnya datar.

Hanim mengeluh mendengar jawapan Saif. Pelajar Pre-U ni, mesti ada saja rancangan mereka untuk menyusahkan Hanim dan peserta2 lain. Hai...nasib badan...

"Kenapa? Tak suka...?"Saiful Alam mendongak melihat Hanim

"La..tak ada apa-apa."

"Saif, dah terlanjur kau ada nanti...Jaga dia elok-elok..."beritahu Is. Dia dapat merasakan diantara saif dan Hanim seperti ada sesuatu yang tidak kena.

"Kenapa mesti aku? Pandai-pandailah dia jaga diri. Kau risau apasal?" tanya Saif sambil ketawa.
“Dia ni precious sangat…”Iskandar memberitahu. Hanim hanya diam sahaja. Dia takut nak menjawab, nanti salah pula jawapn, tentu kena attack dengan Saif disekolah.

“Precious?” celah Amir.

“Dia ni nyawa abang dia..Big Brother’s precious girl.Kau jangan nak mengorat dia,”Iskandar memberi amaran. Berdesing telinga Hanim mendengar kata-kata Iskandar. Panas terasa wajahnya.
"Hanim,take care. Kuih tu jangan lupa makan,"pesan Iskandar. Pandangan redup, sama macam abangnya,Hisyam.”Kat sana jangan nak kunyah titbits je.” Alamak macam mana dia tahu?

"Alah, abang Is. Dia cuma pergi prog Qiam kat sekolah je, bukannya pergi perang kat Timur Tengah..Worry over nothinglah you ni. Puteri you ni akan selamat pergi dan selamat kembali, I jamin.." Amir mengusik Iskandar. Mungkin Amir sangka Iskandar menarih hati dengan Hanim.

"Hey, come on lah...She's just a friend. My mentee lah!" balas Iskandar.

"Oh ya..just a friend, hanya seorang sahabat..." gumam Saiful Alam.Dia mengerling kearah Hanim,"Dah, nanti lambat.." Hanim hanya menganguk dengan kata-kata Saiful Alm.Kelu terasa lidahnya untuk berkata-kata.

-------------------
Terlopong Sarah melihat Hanim keluar kereta dgn saiful Alam.Dia menarik-narik jubah Zubaidah yang sedang duduk leka membaca itenary untuk prog itu.

"Hisy...kenapa tarik jubah ana? Nak suruh koyak?"marah Zubaidah dgn gelagat anak buahnya itu.

"Itu...am I right? Or am I right? Mata ana ni main main ke Zu? Betul ke apa yang ana lihat?"

"Apa?" Zubaidah sudah mula nak beri kuliah pada Sarah tetapi dia juga terhenti membebel apabila matanya menurut pandangan mata Sarah.

Saif membuka pintu untuk Hanim.Teragak-agak Hanim untuk keluar kerana Saif masih berdiri di sisi pintu itu. Amir pula sudah kebelakang kereta, mengeluarkan back pack Hanim dari boot kereta. Backpack itu di serahkan pada abangnya. Hanim hanya memandang kaku...Itu beg akulah...hanya hatinya yang mampu berkata-kata.

"Okay, Hanim. Saya jalan dulu, nanti lambat sampai rumah Aunty Ainon, sure makanan dah licin! You better take care, nanti Iskandar tak senang tidur.Korang Qiam kat sini, dia berjaga terus kat rumah,"usik Amir dgn wajah selamba. Dia bersalaman dgn abangnya. Sopan anak muda itu terserlah sewaktu dia mengucup tangan abangnya penuh hormat.

"Brother, nampak gaya, kena tolong abang Is jaga Precious dialah kau dua hari ni,"gumamnya rendah, namun masih mampu sampai ke telinga Hanim.

Saif hanya tersentum nipis.Hanim masih tak berkata apa-apa.Kelu lidah bila dikait-kaitkan dgn Iskandar. Apabila Amir hampir menutup pintu kereta,baru dia bersuara.

"Er...Amir, terima kasih. Kirim salam kat makcik Ainon,"pesannya.

Amir tertawa, entah apa yang lucu sangat,"Ingat nak suruh kirim salam pada Iskandar....Okay, got to go." Amir mengangkatkan tangan sebelum masuk kedalam perut kereta.

Apabila kereta itu sudah keluar dari perkarangan sekolah, Hanim memandang wajah Saif. Beg Hanim masih lagi di pegangnya. Pemuda itu sudah melangkah menuju ke kantin sekolah.

"Akhi Saiful Alam...beg ana.." panggil Hanim dari belakang.

"Kenapa bawa beg berat sangat? Anti tak nak balik?" tanya Saif

Hanim tak menjawab.Dia masih lagi memandang wajah Saiful Alam tanpa kelip.

"Kenapa pandang ana macam tu...Muka ana ni buruk sangat ke?"

Hanim menggeleng. Saiful Alam tertawa kecil,"Dgn Is boleh berbual, dgn Amir yang baru kenal pun boleh ucap terima kasih.Tapi kalau dgn ana, tiba-tiba je jadi bisu?"

Dia melepaskan keluhan,tidak tahu apa yang nak di kata lagi. Bertubi-tubi pemuda ini mengenakannya. Sakit hati, geram, marah datang silih berganti..Nanti kau Saif..mentang-mentang senior kat sini,ingat aku takut?


No comments: