Saturday, March 31, 2007

Satu pengorbanan 14

Sarah dan Zubaidah tersenyum-senyum melihat Hanim yang sedang terkial-kial menghabiskan tugasannya di kantin sekolah.

"Kenapa sampai lupa ada homework? Lambat sangat ke kelas tution anti dgn Iskandar tu?" usik Sarah.

"Isy...mana ada, sekejap je.Satu jam setengah. Lepas tu dia minta diri.Best lah tak lama-lama. Beruban juga kalau dia teruskan sampai Zohor,"jawab Hanim.

"Kalau tak lama, kenapa lupa nak buat homework ni? Anti buat apa lepas tu....termenung? Replay scenes tution tu kat otak ker atau cik kak sorang ni sibuk layan blues?" Sarah masih belum nak berhenti mengusik.

"Lepas Zohor, hafal Quran, hafal mantik.Dah tu, tertidur. Malam dah tengok TV, lupa pula pasal homework ni,"jujur Hanim memberitahu.Dia tidak ambil kisah dengan usikan kawannya itu.Yang penting, dia cepat membuat kerjanya yang tertinggal ini agar tidak didenda nanti.
"Cepatlah...nanti kalau dah loceng, malu je kena marah.."gesa Zubaidah. Hanim mengangkat muka dari bukunya, memandang sahabtnya sekilas.Ada riak geram diwajah Hanim.
"Bakal Ustazah ni pun, sabar-sabarlah...Ana dah kelam kabut ni, jgn percepatkan kelam kabut ana lagi...."balas Hanim datar. Bukannya dia sengaja nak melupakan homework itu.
Zubaidah hanya menggeleng kepala melihat tangan Hanim cepat meniru apa yang di tulisnya didalam bukunya itu. Itulah pertama kali Hanim berbuat begitu.
"Lain kali fotokopi, kan senang," satu suara menegur mendatar.
Tangan Hanim terhenti dek kejutan yang tidak di undang itu. Dia mendongak melihat wajah empunya suara.

"Akhi Saif...ada perlu apa-apa ke?" tanya Hanim, agak terperanjat. Yang berdiri didepannya ialah ketua maktabahnya, yang selama ini cuba di elakkannya. Bahkan bukan Hanim seorang yang selalu mengelakkan diri dari pemuda seorang ni, ramai pelajar yang tak sanggup dengan teguran-teguran pedas Akhi Saif yang hanim rasa macam seorang dictator dan buka seorang Ra’isul maktabah.

“Kenapa dia ada kat sini, selalunya mesti tercorok kat Library tu buat ntah apa-apa,” bisik hati Hanim.
"Al yaum...tugas anti di maktabah. Tapi Ukhti Arafah tak dapat tugas, jadi anti tugas sendiri. Fahimti?"suara Saiful Alam bertanya tanpa memandang wajah Hanim.
Hanim mengangguk,"Ana cari teman lain boleh?"
Saiful Alam menggeleng,"Tak perlu.Bukannya ramai sangat yang datang ke maktabah waktu-waktu macam tu."
"Oh, okay...We’ll see about that,"gumam Hanim.”Saja nak menyusahkan orang!”dia menyambung didalam hati.
Saiful Alam merenung Hanim,"Anti ingat anti ni pelajar Kolej, pelajar U, anti nak berbahasa Inggeris dgn ana? Itu Bahasa Syurga ke?" pedas sungguh di telinga Hanim. Hanim tahu, dia mesti menjawab balik.Dia tidak suka dengan teguran sinis saiful Alam tadi.

"Tak payah nak sarcastic sangat,itu akhlak pelajar madrasah ke?" balas Hanim, suaranya sedikit tinggi. Dia membalas renungan pemuda itu.Bukannya hendak menunjuk sikap biadap, tetapi Hanim tak faham kenapa pelajar senior seorang ni suka sangat cari pasal dengan dia.

"Oh, akhlak budak U tu, eloklah sangat? Sebab tu sampai tanya-tanya khabar?"sinis balasan Saif. Hanim terpempan dengan kata-kata dari saiful Alam.”Budak U mana pulak?” hanim mencongak-congak sendiri.

"Okay...dah sudah tu sudah....Akhi Saif, kami yang mendengar ni pun, tak faham dgn apa yang akhi nak sampaikan,"celah Zubaidah. Dia tidak senang dengan peperangan mulut yang sedang berlancar.Kalau tak dihentikan, takut ada pula guru-guru yang terdengar pertelingkahan ini.
Saiful Alam menoleh ke arah Zubaidah,"Jaga rakan sekelas anti, ni. Jangan sampai kerana dia seorang, reputasi madrasah kita jatuh. Mana ada pelajar kita yang suka-suka berbual dgn budak luar kat public...Dia je seorang.Dia ingat dia ni masih pelajar sekolah nasional.hanim, kita ada identity kita sendiri. " Saif menyambung,”Dan ini,”sambil memegang buku latihan Hanim,”tolong jangan ulangi kerja ni lagi.Merugikan.” Hanim hanya melihat langkah Saiful Alam dengan jelingan yang penuh amarah.

“Suka-suka nak mengata orang.Dia ingat dia dah di jamin syurga ke?”pantas mulut Hanim mengeluarkan kata-kata.Amarahnya tak mapu di tahan kali ini. Dia bukannya gadis sebarangan yang suka-suka berbual dengan lelaki mana saja diluar mahupun di sekolah.Takkan Saiful Alam tak perihatin akan itu?
"Hanim, bila pula dia nampak anti dgn Is?" tanya Sarah yang dari tadi diam membisu.
"Entah,mana ana tahu. Bukannya selalu ana terserempak Is kat luar. Mana ada kami berbual suka-suka.Dia ingat ana tak ada maruah ke?Lagipun Iskandar tu bukan what Akhi saif thinks he is. Akhi Saif tak sepatutnya tuduh melulu.What’s wrong with that guy? "ada getaran di suara Hanim. Dia amat terasa dengan tuduhan keji Saiful Alam ke atasnya.

"Sebab tu lah, Hanim, ana pesan kat anti, jangan sampai ada sesiapa tahu tentang kelas tution anti tu...Sama macam pesanan ana tempoh hari.Ada orang tak suka akan hubungan anti ni, walaupun anti kata, hubungan tu biasa-biasa saja..." beritahu Zubaidah lagi.

Hanim memandang wajah Zubaidah,"Apa yang anti dah dengar sebenarnya ni?"
"Mmm...tak berani nak cakap sekarang, nanti jadi buruk sangka pula..."JawabZubaidah sambil menjungkit bahu.
Hanim merengus.Dia tidak puas hati dengan jawapan Zubaidah.Entah-entah Zubaidah tahu apa yang dia tidak tahu.

No comments: