Thursday, March 29, 2007

Satu pengorbanan 12

Part12
Pertemuan Hanim dgn keluarga Iskandar agak casual. Keluarga yang mudah dgn senyuman itu menyambut Hanim dgn ramah. Hanim turut terperanjat bila abang Hisyam mengizinkan dia memenuhi undangan keluarga Iskandar.
"Pergilah..orang dah jemput. Jaga akhlak. Abang tak nak dengar komen yang bukan-bukan tentang adik abang ni." Dia masih teringat jawapan abangnya sewaktu dia call memberitahu duduk perkara.
"Betul ke ni? Abang Hisyam okay tak? Salah channel ke ni?" tanya Hanim.
"Abang channel masih okaylah....tak ada short circuit, sayang oi! Is tu budak baik. He won’t do anything to you, "beritahu Hisyam.

"Hmmm?"Hanim tak faham.
"Just go, jangan kecilkan hati mak dia. And dont forget your cheesecake.They'll love it,"cadang abangnya.
"Iye ke?" tanya Hanim.
"Sure, insyaAllah. Buat yang mango cheesecake. Alah..Is tu cheesy guylah. Anything with cheese, he'll love!" beritahu Abang Hisyam.
" Abang...teman Hanimlah..." pujuk Hanim,manja.
"Sayang, tak boleh...Kak Shimah nak pergi urutlah that day."beritahu Hisyam.
"Allah...tapi after this, no more yeah! Hanim tak suka pergi makan- pergi makan ni..."rungut Hanim. Dia tak fahan kenapa dia mesti memenuhi undangan ini.
"Sorrylah, adik abang seorang. Anggaplah ni satu pengorbanan untuk sedapkan hati Mama kita dan juga keluarga Is, ye?"pujuk Hisyam lagi.

Hanim tersenyum sendiri bila memikirkan betapa kalutnya dia untuk ke rumah teman abangnya itu. Namun penerimaan ibu dan ayah iskandar, mencaorkan pagar imaginasi yang Hanim cuba bina disekililing dirinya.

"Beli kat mana kek ni?" tanya Cik Ainon, ibu Iskandar.

"Buat sendiri..." teragak-agak Hanim menjawab,"maaflah cik, Hanim tak tahu nak bawa apa.ini saja yang termampu." Dia merendah diri.

"Very nice and smooth. Sedap, Hanim belajar dgn siapa?" tanya ayah Is pula.
"Tengok buku jer, tak belajar kat mana-mana..."tersipu2 Hanim menjawab.
"Sedaplah, Hanim. Lain kali kalau buat lebih, hantar sikitlah kat sini." ujar Iskandar sambil menyuap cheesecake kedalam mulutnya.

"Isy....Is ni, tak malu.Seposen jer, minta-minta orang." tegur Kak Nia, Kak long Iskandar yang balik cuti dari US.

"Hanim, janganlah malu-malu. Makanlah, banyak Cik masak untuk Hanim ni.Nak ucap terima kasih tolong Is siapkan tesis dia,"kata Cik Ainon. Matanya tajam memandang anaknya,Iskandar, yang duduk bertentangan Hanim.Mata mereka bertemu.Iskandar tersenyum penuh makna tapi Hanim terus melemparkan pandangannya ke lauk pauk yang terhidang dihadapannya.

-----------

Baby Zinnirah dah pandai merangkak. Letih juga Kak Shimah mengekori permata hatinya yang seorang itu. Ada saja tempat yang dia nak jelajah dirumah 5 bilik itu.

"Kak, Abang...tak mahu ke add one more to your family?"usik Hanim.

Kak Shimah tergelak dgn soalan adik iparnya itu. Hisyam memandang Hanim, matanya terjengil.

"Iyalah...tak lah keseorangan Amirah Zinnirah ni nanti,"terang Hanim sambil dia menggendong anak saudaranya itu.

"Kalau kakak sakit lagi, Hanim nak ambil cuti lagi?"tanya Shimah serius.

"Allah, ke situ pula..."tegur Hanim.

"Mungkin, but not for now lah, Hanim."beritahu Hisyam.

"So, how's ur preparation for 'O'?"tanya Hisyam.

"Hmm...abang, tolong ajarkan Hanim History tu...tak laratlah nak hafal dates, events dan bla bla bla...."rungut Hanim.

"Siapa suruh ambil History? Dah cakap tak payah...degil..."marah Hisyam.

Hanim senyum sumbing, dah memang salah dia, pelajar madrasah yang lain pun tak ambil History, saja dia yang cari nahas. Shimah tersenyum melihat wajah suaminya yang tak pernah nak stop membebelkan Hanim.

"Abang rasa Hanim minta tolong Syah sudah..."akhirnya Hisyam bersuara.

"Syah? Syah mana? Syah dalam cerita RADHA ke Syah yang menang Anugerah Skrin tu...?"tanya Hanim, action blur.

Hisyam mencubit pipi Hanim,"Baca enovel lagi? Nak periksa pun sempat mengadap komputer baca novel? Nak jadi minah bunga ker?Syahlah...Syah Iskandar, kawan abang tu....Dia dulu amik History waktu 'O',"Hisyam memberitahu.

"Sakitlah...bencilah dgn abang..." Hanim menggosok pipinya.

"Merajuk?"

"Tak...kalau merajuk pun, sapa nak pujuk. Abang? Dari Hanim kecil sampai dah anak dara ni, asyik nak cubit pipi Hanim jer. Tak suka....Hanimdah besar tau!"

"Okay..okay..dah pandai marahlah sekarang...Kesian adik abang ni.Tak per, nanti kalau dah ada husband, adalah orang pujuk,"usik Hisyam.

“Macam mana dinner kelmarin?”Tanya Hisyam

“Okay jer,lah.Diorang very nice people.They like my cheesecake,”jawab hanim acuh tak acuh. Dia masih lagi berfikir macam mana nak elak dari belajar dengan Iskandar.Cukuplah makan bersama keluarga dia, takkan nak jumpa lagi untuk belajar pula?

"Hanim, okaykan kalau Syah tu yang ajar?" tanya Kak Shimah. Dia tahu Hanim malas untuk bercerita tentang dinner tempoh hari.

Hanim geleng kepala," Kenapa mesti Syah...Syah tu lelaki tau! Seganlah...tak biasa."

"Hanim, abang percaya dgn Hanim,sebab tu dia nak suruh Syah ajar Hanim.He's a good guy. Dia tak mix freely, syariat dia okay sebenarnya,"pujuk Kak Shimah.

"Hmm...tengoklah...Hanim sangguplah fail, dari belajar dgn Is."gumamnya perlahan

"Is? Kenapa tak Syah? Is tu cuma family dia jer yang panggil....Oo..anything that I do not know?"abangnya cuba mencungkil rahsia.

Hanim memandang abangnya, wajahnya merah menahan mazmumah.

"Where's the fire..saja nak cari pasal?"soal hanim.bantak ditangan dicampak kearah Hisyam.

"Well, there's no fire today...just love!" usik Hisyam lagi.

"Kak Shimah...tolonglah...macam mana Kak Shimah boleh kahwin dgn orang macam ni?" rengek Hanim.

"Kan kena planned marriage, bukan Kak Shimah browsed kat classified ads..."tawa Shimah pecah lagi dgn kerenah suami dan adik iparnya itu.

Setelah tawa mereka reda, Hisyam membuat kata putus, "You are going to study dengan Iskandar. I'll call him now."

Ternganga Hanim dgn keputusan abangnya. Hisyam mencapai telefon dan terus mendail. "Dia hafal nombor Is? Rapat sangat ke abangnya dgn Is tu? Hanim hanya mampu bertanya dalam hati.

Telefon di berikan pada Hanim,"Dia nak cakap dgn Hanim.."

Teragak-agak Hanim memberi salam. Suara Is dihujung talian menjawab salam dgn ceria.

"Lama tak dengar suara. Dan lama tak nampak baby sitter anggun ni kat playground bawah..."suara itu memberitahu.

"Saya..saya..dah mula sekolah.Baby Amierah dah balik dgn abang...Kak Shimah dah sihat" tergagap-gagap Hanim menjawab, tak ada ciri motivator terbaik sekolah langsung...Mana pergi charismanya hari ini?

"Kesiankan orang tu...stress dgn history.Okay, I'll help. Esok, Ahad kan...kita jumpa..?"cadang Iskandar.

"Hah? Jumpa..nak buat apa?" terpacul soalan dari mulut Hanim.

"Laa..kata tak faham History tu...Ke nak suruh Sang Nila Utama jer yang ajar?"
Iskandar tergelak di hujung talian.

"Oh...okay..."gumam Hanim.

"Esok okay? Pagi I ada sessi kat Masjid Al Falah... I'll be at your place around 11,InsyaAllah. Mama you ada tak?" Iskandar bertanya.

"Mama..ada..."tutur Hanim

"kalau Mam you tak ada, kita belajar kat my place pun boleh.Ibu sentiasa ada kat rumah.”beritahu Iskandar.

“Err..mama ada.Dia off esok,”rendah saja suara hanim.Macam mana ni…esok kena mengadap muka Iskandar lagi.Sungguh dia tak betah dengan keadaan macam tu.

“Okay then, see you."

Gagang telefon diletakkan ketempatnya. Hanim memandang wajah abangnya. Betul ke tindakannya ini....?

"Hanim, belajar betul-betul,okay. Kita ni berdua je. Hanim tahu abang sayang Hanim,kan? Abang tak minta Hanim belajar forever, tapi put your best effort in whatever you do." Hisyam menasihati.

Hanim mengangguk, terasa hiba dgn nasihat abangnya. Shimah yang baru meletakkan Zinnirah di playpen mencelah," We know you can do your best, in whatever circumstances. Hanim kan seorang yang cekal...Kak Shimah yakin."
Hanim menyeka airmata yang meleleh dipipi. Teringat pula cerita GTi.., macam mana Kucai begitu sayang pada Addin, tapi mereka tu twins. Abangnya pun sayang pada dirinya. Kasih sayang sebuah kleluarga tu, takkan dapat dilerai, whatever the obstacles may be.....Dan thanks to Allah, Hanim ada kakak ipar yang begitu memahami, seperti Kak Shimah.




No comments: