Thursday, March 29, 2007

Satu pengorbanan 11

Part 11

"Betul ke apa yang ana dengar ni Hanim..?"tanya Sarah.

"Betul lah tu, ana tak tertinggal sikit pun.Entahlah, macam tak nak pergilah. Tapi undangan orang, tak elok di tolak. Ana belum beritahu abnag Hisyam lagi. Tak tahu apa yang di komen nanti. Mama tu, memanglah syariat dia tak berapa kuat. tapi ana tahu, dia niat baik,nak berkawan dgn ibunya Is..Hmmm..." hanim mengeluh.

"Apa yang dikeluhkan tu...Dah kembali ke madrasah pun, masih mengelih lagi?"tanya Zubaidah yang baru masuk ke kelas.

"Tak adalah, Zu.masalah sikit jer?" terang sarah.Pelik juga Sarah dgn muraqibahnya itu.

"Boleh ana bantu? Itu pun kalau antuma perlukan bantuanlah..." ujarnya.

"Hai, apa pula tak boleh..." balas Hanim.

"Well, two's a company, three's a crowd!" Zubaidah memberitahu.
“ewah…speaking London hari ini,”usik Hanim dan Zubaidah tersipu-sipu malu.
Sarah dan Hanim tertawa kecil. Lucu kerana Zubaidah jarang nak berbahasa Inggeris. Dia lebih senang bertutur dalam Lughatul Arabiah.Itulah sebabnya, ramai rakan-rakan sekelas yang menarik diri dari Muraqibah itu. Mereka stress dgn cara dia berkomunikasi.

"Sejak bila pula enti nak berbual LONDON?"usik Sarah pula.

"Sekali air bah, sekali manusia berubah..Eh, sudahlah...asyik giatkan ana jer...kata tadi ada masalah...Homework mana yang faham ni...?"mukanya masih blushing akibat usikkan dari dua rakannya tadi.
Hanim menekupkan tangan ke mukanya,"Zubaidah...anti ni ulat buku betullah...Ni bukan masalah homework...ni masalah...."

"Masalas fil qalbuha wal hayatuha..." celah Sarah dengan penuh dramatik, malkumlah pelajat sastera melayulah,katakan.

“Masalah di hati dan pada kehidupan...beratnya dengar.." tutur Zubaidah, serius.

Satu persatu Sarah menerangkan duduk perkara kepada Zubaidah. Zubaidah mendengar sambil mengangguk2.Ada kalanya, dia tersenyum dan tergelak kecil. Dia akhir bicara, Sarah bertanyakan pendapat Zubaidah.

"Ohh...motivator kita ni, dah tak ada kata-kata lagilah ye?Baiklah, ana rasa elok anti khabarkan pada abang anti.Minta pandangannya. Tapi personally, ana rasa boleh saja anti hadirkan diri.Bukannya tak ada muhrim, ada ibu dan ayah dia,kan. Anti tunjuklah akhlak terbaik kpd mereka.Itu mudah saja bagi anti, tak gitu?" Zubaidah memberi pandangan.

Hanim merenung wajah Zubaidah, Zu, sejak dua menjak ni, anti dah kenapa? Anti berubah 360 degreeslah....kenapa anti tak larang ana pergi, dgn nas dan hujah2 anti yang selalu tu....?"soal hanim dengan pandangan yang blur lagi mem’blur’kan.

Zubaidah tersenyum,"Ana belajar dari anti berdua. Islam ini tidak menyusahkan.Asalkan kita menjaga adab dan tatasusila, syariat dan aqidah...segalanya mungkin. Ana rasa, selama ini, ana membina dinding di antara ana dengan dunia luar,termasuklah rakan2 sekeliling. Cara anti berdua ni, menyedarkan ana akan hal itu."

"Ana tak faham..."balas Sarah, memang tak faham akan apa yang cuba disampaikan oleh Zubaidah.

"Ana seronok lihat anti bersosial, buat kerja volunteer, campur dgn pelajar2 sekular, tapi akhlak dan syariat, tetap antuma jaga..."akhirnya Zubaidah berterus terang.

"Tapi kenapa selama kami kenal anti, anti pendiam, senyap dan tak suka bergaul dgn kita?" tanya Sarah lagi.

"Ana segan dgn anti. Anti anak orang senang. Entahlah...ana malu tak bertempat, kemudia hilang kawan-kawan.." Zubaidah memberitahu.

"MasyaAllah..Zu, status dan harta tu bukan nilaian di sisi Tuhan. Apa yang ayah ana miliki, adalah anugerah Tuhan yang dia kena agihkan sesama manusia. Kalaulah ana tahu anti ni memerlukan, dah lama ana beritahu ayah ana." Sarah berkata.

"itu yang ana takut...takut menerima bantuan, terhutang budi..."pintas Zubaidah. Dia tidak betah menerima bantuan dari sesiapa.Malah pihak madrasah pun tidak tahu akan masalahnya.
"Bukan itu maksud ana, jangan salah sangka. Bukankah kita digalakkan membantu orang terdekat, sebelum menghul;urkan kepada yang jauh....Anti ni, di kira orang terdekatlah...Maafkan ana,ya Zu..Selama ini ana tak tahu.."jelas sarah lagi.

"Dah...dah...cerita pasal Zubaidah pula...Ni, macam mana ana nak beritahu abang Hisyam ni? takut pula kalau dia tak suka, macam mana nak beritahu Mama? Mama tak kan faham..."celah hanim,semakin pening dengan masalahnya yang tak seberapa tapi amat menyakitkan kepalanya.

"Terangkanlah elok2,"cadang Zubaidah,"takkan abang nati nak marah2, naik mazmumah pula.."

"Ya Allah..."keluh Hanim.

"Hanim, tapi kalau boleh, janganlah sampai ada orang tahu, anti berkawan dgn Iskandar tu...." Zubaidah merendahkan suaranya.Sarah menjulingjan mata, tanda pelik...

"Eee...bukan berkawanlah....nanti orang salah sangka..."protes Hanim.

"Memang dah ada orang salah sangka...dan dah ada orang yang tak suka..."jelas Zubaidah.

"Hah!" terjerit Hanim.Cepat-cepat Sarah menutup mulut Hanim dgn tapak tangannya.

Tiba-tiba pintu kelas di buka, terjengul Ustaz Khair di muka pintu.

"Kenapa masih ada di sini. sarah, Hanim, Zubaidah...lagi lima minit nak loceng, masih duduk-duduk lagi? Homework apa yang awak nak tiru ni?" soal Ustaz Khair.

"Mana ada, Ustaz. Kami berbincang je..."beritahu Zubaidah.Dia rasa bertanggungjawab, kerana dia adalah ketua kelas itu.

Ustaz Khair tersenyum,"Gurau aja.Cepat turun.Kalau Ustazah Lubnah yang datang tadi, tentu kena diri depan ijtimak ni, antunna bertiga...jadi popular pula anak murid Ustaz nanti."

Hanim tersenyum lega.Begitu juga dgn Zubaidah dan Sarah.Seraya itu mereka pun bangun dari tempat duduk dan menuju ke pintu. Ustaz Khair masih berdiri disitu.

"Maaf datuk, anak cucu tumpang lalu..."kata Hanim tanpa memandang Ustaznya. Sarah mencuit lengan Hanim. Zubaidah tersenyum lebar, terhibur dgn telatah Hanim, yang satu ketika dulu dipandang negatif.

"Hisy...anti ni Hanim.Khurafat tu. Apa datuk nenek lah..." tegur Ustaz Khair.

"Ana tak cakap pada benda2 halus yang kita tak nampak, anan tujukan pada ustaz,"jawab Hanim selamba,”Kalau ustaz ,masih kat depan pintu, macam mana kami nak lalu?”
Ustaz Khair tersenyum dgn jawapan Hanim. Dia menggeleng kepala. Graduan muda dari Al Azhar itu memang teruji kalau berhadapan dgn muridnya yang seorang ini. Hanim yang petah bercakap itu memang ada saja modalnya nak mengenakan sesiapa di dalam kelas. Namun begitu, Hanim masih mempamerkan adab ketimuran dan tatasusiala seorang muslimah. Pening kepala Ustaz Khair nak menangani kelasnya sendiri.

Tiba di bawah blok, Sarah bersuara,"Hanim, anti lupa ke ustaz tu masih bujang lagi...selamba anti kenakan dia.Kalau Ustaz Yassin ke, Ustaz Affendi ke, okaylah...dah beranak pinak.sebaya macam ayah kita."
"Apa bezanya, Sarah?" celah Zubaidah.
"Iyelah...buatnya dia tersangkut kat Hanim kerana keletahnya, tak ke aniaya dibuatnya ....masalah yang ada ni tak selesai, tambah masalah baru..."beritahu Sarah.Serius wajahnya kali ini.
"Dah..dah..cukup.Buat ana rasa berdosa jer...Isy...takutnya, Tuhan...tolong Hanim Hanim hamba yang lemah..." getus Hanim, kuat.

Sarah mencubit pipi Hanim,"Tulah...bila bercakap, lain kali fikir dulu. Ana tahulah kepala anti tu berserabut kerana kena ke rumah Iskandar..tapi janganlah melalut-lalut tak tentu pasal....bahaya.Awak tu anak dara...selalunya anti tak macam ni...Semua ni kerana Isklandar kan?"

Wajah Hanim bertambah merona,"Baiklah...ana taubat dah...janganlah salahkan Iskandar....dia pun tak tahu apa-apa kay.Harap-harap tak ada apa-apa yang berlaku..Harap Ustaz Khair cuma lihat perkara tadi sebagai satu kerja bodoh anak muridnya ini...."tutur Hanim sambil meraup mukanya agar kembali tenang.

Zubaidah cepat-cepat menarik tangan kedua sahabatnya untuk berkumpul di padang apabila loceng berbunyi,"Dah, haiya bi sur'ah..nanti kena denda, haru...malu...."

Tanpa mereka sedari, rupanya, Ustaz Khair ada di tangga atas, dan mendengar segala apa yang di bualkan tiga muridnya itu. Dalam hatinya tertanya-tanya juga siapakah gerangan Iskandar yang mereka sebutkan tu...

No comments: