Thursday, March 29, 2007

Satu pengorbanan 10

Part 10

"Hanim, malam nanti Hanim tution tak?" Mamanya bertanya dari dapur.

"Rasanya macam tak lah, Mama.Cikgu Kamilah macam dah tak larat. Nampak macam dah sarat sangat,"ujar Hanim. Buku Nahu Jadid di tangan diletakkan ketepi.Semenjak Baby Amirah Zinnirah kembali kerumah abangnya, Hanim mengambil kesempatan mengulangkaji palajaran yang tertinggal.
"Habis tu, Hanim boleh cope tak?" tanya Mama.
"InsyaAllah, nanti pelan-pelan Hanim kayuh lah Mama..."dia menjawab acuh tak acuh saja.
"Hisy...budak2 ni, kita tanya pasal pelajaran, dia jawab kayuhlah, apalah..."leter Mamanya.

Hanim merapati Mamanya,"Janganlah marah...Hanim terikut-ikut kawan2 Hanimlah....Ada aja lingo diorang, tapi cute kan Mama?He..kayuh pelan-pelan…"Dia mengulangi kata-kata yang sering keluar dari palajar banin dikelasnya.

"Siapa cute? Anak Mama? Mmmm..anak mama, memang cute.."Mama mencubit pipi Hanim.

"Alaa, taknak lah jadi orang cute, you know the meaning, don't you, Mama? Cute tu ertinya, ugly but adorable....Isy....Macam patung Barbie tu cutelah…tapi hanim rasa Barbie tu macam bimbolah…beauty without brain,"rengus Hanim sambil berjalan menuju ke dapur. Hanim mencapai epal2 di atas meja.Di cuci lalu di atur didalam bakul kecil.

"Mama, kenapa beli epal macam ni.Jarang Mama nak beli fruits.Kalau mama beli pun selalunya canned fruits.Buah macam ni, bukannya ada siapa nak makan,"sambung Hanim

"A'ah lah.Lupa nak beritahu Hanim.Tadi kat pasar, Mama terserempak dgn kawan Hanim yang datang kelmarin tu. Dia yang kirim buah epal ini untuk Hanim."
"Siapa,mama? Zubaidah ke? Dia tu bukannya orang senang, buat apalah susah-susah nak belikan Hanim buah2 ni…"leter Hanim tanpa menunggu jawapan Mamanya.
"Zubaidah pulak... Budak NUS yang datang kelmarin minta Hanim bantu dia buat tesis tu. Apalah nama budak tu?" Makcik Latifah cuba mengingati nama rakan Hanim yang dimaksudkannya.

"Itu kawan abang Hisyamlah, bukan kawan Hanim.Iskandar...nama ayah dia, Hanim lupa nak tanya."

"Hah... Iskandar. Baik budak tu. Mama jumpa dia dengan mak ayah dia kat pasar tadi. Mereka semua kirim salam.Dah tu siap jemput Hanim kerumah diorang."beritahu Mamanya.

"Nak buat apa? Tesis budak tu belum siap lagi ke atau tesis dia kena reject?"selamba Hanim mengutarakan pertanyaan demi pertanyaan.

"Apalah anak Mama ni, doakan yang tak baik untuk orang...Mak dia jemput Hanim, makan kat sana, sebab nak ucap terima kasih,”Puan Latifah menegur anaknya.Tangannya ligat membersihkan ikan yang beli dipasar tadi.
"Isy...tak fahamlah...."rungut Hanim. Dia mengambil pula barang-barang kering yang dibeli mamanya dan di susun didalam cabinet dapur.
"They want to meet you. Nampaknya, anak Mama ni dah ada orang minat ke?"usik Mamanya.

"There you go again...Hanim tak suka lah..."Hanim mencapai sebungkus mee magi yang tersimpan didalam cabinet. Terasa lapar pula bila matanya terpandang bungkusan mee segera itu.
"Alaa, anak mama ni, Rasulullah kahwin dgn Aisyah pun, she was still a young girl remember?"Puan Latifah cuba ‘memancing’ lagi.
"Mama, I am not Saidatina Aisyah...I am Hanim. Mana sama..."Hanim cuba mengelak dari topic Mamanya.

"Habis tu, Hanim tak mahu pergi ke? You want to turn down their invitation?"soal Puan Latifah. Ikan-ikamn yang sudah dibersihkan disimpan kedalam freezer dalam jumlah yang kecil. Mudah nanti kalau dia hendak memasak,hanya ambil apa yang diperlukan sahaja.

"Bukan Hanim jer yang bantu dia, Mus pun tolong jugak..Kenapa tak jemput Mustazah sekali?"tanya Hanim inginkan kepastian.

"You sure ask a lot... Mustazah tu, Si Iskandar dah bawa lunch kat luar. Takkan dia nak bawa Hanim sekali,tentu taki manis mata memandang,bukan gitu?" mata Puan Latifah mengerling memandang Hanim yang sedang memasak Maggie diatas stove.
"Wah...semua Mama tahu? Lama ke Mama berbual dgn diorang?"tutur anak daranya selamba. Sesekali dia menggaul maggi didalam periuk kecil itu. Aroma mee segera tu membuka seleranya yang kebetulan belum sempat sarapan kerana sibuk mengadap laptopnya sepanjang pagi.
"Mmm lama jugak, over our breakfast.."jawab Mamanya.
"What! Mama...you went for breakfast with them. Kat pasar Geylang tu?" ternganga Hanim dibuatnya.

"Kenapa? Tak boleh? Kan Islam suruh kita bersilaturrahmi. Ibunya Iskandar kirim salam.Makcik Ainon."

Hanim terdiam. Pelik dgn cerita Mamanya. Selalunya susah Mama nak bersosial. Apa dah jadi dgn Mamanya kini? Takkan 360 degrees turn,kot?

Tengahari itu, handset Hanim berdering. Ring tone nasyid Isteri solehah berkumandang menandakan nombor sipemanggil tiada dalam simpanannya.
"Assalamu Alaikum." suara lelaki...

Hanim menjawab salam itu.Di hati bertanya gerangan siapa yang menelefonnya. Selalunya kawan-kawan di sekolah lebih senang e-mail saja kerana mereka semua tahu, Hanim memang sentiasa mengadap komputer.
"Hanim?"suara itu memanggilnya.
"Awak siapa?" Hanim bertanya tegas.
"Sombongnya, takkan tak kenal lagi..baru sebulan tak jumpa..." peramah saja si pemanggil bersuara.
"sebulan..?"sah ini bukan rakan-rakan dimadrasah.
"If you think you nak ganggu anak dara orang, you've got the wrong person."
"Hey, wait! saya bukan buaya, nak kacau anak dara orang...saya..."suara itu memberitahu lagi. Hani dapat merasakan bahawa empunya suara itu mentertawakan dia.
"Siapa ni? Maaflah,saya tak suka main teka teki macam sekarang ni" marah Hanim.
"Iskandarlah...Kenapa awak garang sangat? takut saya.." akhirnya sipemanggil mengenalkan diri.
Hanim mengeluh, apalah yang dia nak...tesis kena reject ker?

"Macam mana awak tahu nombor hp saya?" soalnya sambil membelek buku History - Ten years series diatas katilnya.

"Your Mama. She's a nice lady,ya.."tutur Iskandar
"Mak saya yang beri? Awak betul ke tak?" Tanya Hanim datar.

"Eh, betul lah...belum gila lagi...."selamba pemuda itu menjawab"Kenapa?”soal Iskandar pula. Soalan itu tidak berjawab.Hanim semakin pelik dengan mamanya.Tak pernah dia buat begitu pada mana-mana lelaki sebelum ini.

“How’s life?”Tanya Iskandar mesra tanpa menunggu jawapan dari Hanim

“ I am in agony..Belum sempat buat ten years series ni lagi,”beritahu Hanim jujur.

“What subject?”Tanya suara dihujung talian.

“History…Wonder why I was so crazy to take up this subject. Menyesal pulak,” Hanim terus berbicara.

“History? Kacanglah tu..My favourite,” beritahu pemuda itu dan kemudia menyambung lagi,“okay, saya call ni pun bukan nak ganggu awak. Cuma nak sampaikan pesan Ibu.Next week, dia jemput awak kerumah.Lunch....See ya! Salam alaik!"
Talian dimatikan sebelum sempat Hanim memberi kata putus. Hanim kembali menumpukan bacaannya yang tergendala tadi.Dia cuba menjawb satu dua soalan tapi hanya untuk beberapa minit sahaja kerana matanya seolah-olah didodoikan dengan fakta-fakta dalam buku History itu.

No comments: