Sunday, March 25, 2007

Satu pengorbanan 1

Pagi pagi lagi Hanim telah bertolak ke sekolah untuk betemu dgn Sarah.Dia ada assignment yg perlu disiapkan untuk dihantar ke Majalah Ikhwan. Hanim memang sudah lama menghantar artikel untuk majalah itu.Setibanya di sekolah, Sarah masih belum kelihatan lagi.Hanim terus mengeluarkan kertas-kertas yg belum tersusun dari begnya. Di tatap setiap helaian kertas dengan penug khusyuk.
"Assalamualaikum, sorry lambat,"sapa Sarah, tersenyum manis.Hanim menjawab salam kawannya.
"Kenapa lambat,"soalnya,"Hanim banyak kerja tau..."
"Sarah hantar anak Kak Long ke Child care dulu. Mama and Papa I sibuk.Diorang minta I hantar dulu.Nak buat macam mana.Kesian kan Imran tu.Ummu dgn Abinya tak ada.Kalau I tak beri kasih saying, siapa lagi.Betul tak?" Sarah menciut pipi gebu kawannya itu. Hanim teringat wajah comel Imran.Umurnya baru 2 tahun sewaktu ummi dan abinya berangkat untuk melanjutkan pelajaran ke Madinah. Dah setahun lebih mereka di sana.
"Okay, tapi nanti Sarah kena belanja Hanim makan kat Banquet.Hanim nak makan fish and chips.Sekarang ni sarah kena tolong Hanim baca artikel yg separuh siap ni.Mana tahu ada yang tak kena,"pinta Hanim.

Lebih dua jam dua gadis itu menghabiskan masa di bilik guru.Oleh kerana masih lagi waktu cuti, jadi tak ramailah pelajar-pelajar dan guru-guru yang berada di sekolah.Hanya Kak Musfirah, pegawai admin saja yang ada di pejabat.

Tiba-tiba handpnone Hanim berdering..
Hanim menjawab panggilan itu,"Abang, Hanim ada kat sekolahlah.Mmm..dengan Sarah.lepas lunch Hanim baliklah...Hanim dah beritahu Mama."
"Kenapa Hanim?Abang Hanim ke?" tanya Sarah.
Hanim mengangguk."Dia telefon kat rumah, Hanim tak ada.So dia carilah tu ."
"Hanim kena balik ke?"
"Ah ah. Lepas lunch, Hanim kena pergi rumah Abang kat Tampines.Dia kata Kak Shimah tak sihat, so nak minta Hanim jagakan baby dialah, sampai mak mertuanya datang petang nanti.Sarah nak ikut?"
"Eh, tak lah.Sarah nak kena fetch anak saudara Sarah dari child care petang nanti.Eh, jomlah pergi Banquet, lambat-lambat nanti tak ada orang jaga Baby kat rumah tu,"ajak Sarah.

Selepas makan, Sarah dan Hanim berpisah di MRT station. Hala tujuan mereka tak sama. Maklumlah, Sarah mahu pulang ke Clementi.Hanim pula menghala ke Tampines.Musim cuti begini, MRT tidaklah begitu sesak.Lebih-lebih lagi waktu tengahari, tak ramai penumpang yg melalui laluan Timur.Hanim melabuhkan punggungnya di tempat duduk yg paling hujung.Di belek-belek artikel yang telah di draf bersama Sarah tadi. Dia tersenyum puas dengan planning mereka.Tiba di Stesen Tampines, Hanim pun bergegas meninggalkan stesen itu.Mujur rumah abangnya dekat dengan stesen MRT, tak perlu dia naik feeder bus. Dan ini bermakna dia atk perlu untuk menunggu lama bersama penumpang-penumoang lain di terminal bus. Dia tak suka keadaan yg sesak itu,amat merimaskannya.
Shimah,kakak iparnya sedang menyusukan si kecil, sewaktu Hanim tiba dirumah itu. Selepas bersalaman, Hanim meminta diri untuk Solat.Kemudian barulah dia menjenguk anak saudaranya di katil baby.
"Hanim dah makan?"tanya Shima.
"Dah kak, Alhamdulillah.Hanim pergi makan dengan Sarah tadi."jawabnya,"Akak dah makan?"
Shima mengangguk,"Dah, tapi akak macam tak seleralah."
"Agaknya lauk orang dalam hari tak sedap eh Kak?"tanya Hanim.Shima tersenyum.
Hanim melangkah kedapur,ingin lihat apa-apa yang boleh dibantu.Kain baju kotor yg terletak didalam raga disisi mesin basuh, masih penuh. Ini menunjukkan ia belum terbasuh lagi.Dalam hatinya geram juga dia dengan abangnya sendiri.Takkanlah nak tunggu ibu Kak Shimah datang setiap hari untuk cuci baju.
"Dah melampau ni,"getus hati kecilnya sambil memilih baju untuk dicuci.
Tiba-tiba Shima bersuara,"Biarkanlah Hanim.Nanti mak akan datang, dia boleh buat." Dia berdiri di tepi pintu, melihat Hanim yang sedang mengasing-asingkan pakaian kotor itu di dalam dua baldui berasingan. Hanim meneruskan kerjanya tanpa mempedulikan kata-kata iparnya itu. Sekali lagi, Shimah menyuruh Hanim membiarkan saja baju yang tak berbasuh itu.
"Eh, tak apalah.Akak pergilah rehat.Nanti kalau baby bangun,Hanim tengokkan.Cuci baju ni pun bukannya susah, campak je dalam machine ni.Sampai hati Abang Sham tak tolong cucikan baju-baju ni.Nanti Hanim nak beritahu Mama," ujar Hanim tersenyum.
"Jangan Hanim, nanti mama mesti marah kat Abg Sham.Kesian dia,"pinta Shima. Dia tahu sangat kalau ibu mertuanya tahu suaminya tak membantu, tentu wanita separuh umur itu akan datang kerumah dan memarahi suaminya. Memang Mama mereka sudah pesan awal-awal supaya Hisyam membantu membasuh pakaian kotor semasa is isteri masih dalam pantang.Mamanya takut Shimah bermain air, nanti bentan anak menanrunya itu.Tapi Hisyam lebih mengharapkan bantuan dari emak Hanim sendiri. Lebih-lebih lagi apabila emaknya yang menyarankan agar dia saja yang membasuh setiap hari.
"Ish, sayangnya kat suami awak tu ye.."usik Hanim,"Okay, hanim takkan utter a word to Mama, tapi…kalau you refuse to rest, sekarang juga Hanim call Mama."
Hanim memimpin Shima ke biliknya. Hanim memerhatikan sekeliling bilik tidur itu.
"Macam bilik pengantin barulah, kak.Patutlah Abg nak tinggalkan akak sendiri pun dia tak sampai hati.Isterinya pandai mengambil hati.Ni kira-kira macam Muthi’ah dizaman Rasulullah lah ni,"tak habis-habis Hanim mengusik Shima.Hanim memang rapat dengan Shima dan Hisham. Malah, kerana sayangkan sangat dengan Hanim, Hisham hampir membawa Hanim sewaktu berbulan madu. Kalau bukan Mama dan Papa yang menghalang, tentu Hanim dah dibawa mereka.

“Mana ada,Hanim.Tak layak Kak Shimah nak di samakan dgn wanita solehah tu. Macam langit dengan bumilah..”Shimah merendah diri, sebelum mengambil sebuah buku di tepi katilnya.

“Buku baru?” Tanya Hanim.

“Tak juga, Cuma akak baru dapat last week.Nanti dah habis baca, Hanim ambillah,”pelawa Shimah. Dia tahu adiknya seorang tu memang hantu buku, lebih lebih lagi novel dan buku-buku ilmiah seperti buku Ilmu dan Hikmah tulisan Dr.Ing Abdurrahman R.Effendi dan Dr.Ing Gina Puspita, sepasang suami isteri yang agak dikenali di Indonesia itu. Mereka adalah penuntut universiti yg berjiwa Islam. Kedua-duanya cuba mengaplikasi ilmu Islam kedalam kerjaya mereka.Nah terlahirlah cendiakiawan-cendeliawan hebatyg hidupnya mengikut AlQuran dan Sunnah.

Hampir menjelang Maghrib, baru Hisham pulang kerumah.

Ibu mertuanya pula tiba selepas Asar. Setelah membereskan tugas di rumah, barulah emak Shimah dating menjenguk anaknya itu. Hanim masih lagi disitu ketika abangnya pulang.

“Eh, Hanim masih kat sini.”tegurnya,Abang ingat dah balik dah.”

“Tengok tu Cik Salmah.Abang ni dah lah dia suruh Hanim datang teman Kak Shima dan tengok-tengokkan Baby.Sekarang macam tak suka pula Hanim ada kat sini.Nak baliklah ni.Hanim baru je makan malam.Cik Salmah masak gulai ketam, sedap..”rengus hanim mendengar kata-kata abangnya.

“Gulai ketam? Abis tu Hanim tak tinggalkan abang sikit ke?”soal Hisham.Dia tahu sangat perangai adiknya kalau makan gulai ketam.

“Mana cukup nak simpankan Abang.Tak percaya, tanya Kak Shima. Baby Amirah pun nampak auntie dia makan.” Shima dan Ibunya hanya tersenyum melihat gelagat Hanim.Hisham terus meluru kedapur.Di bukanya tudung saji di atas meja.Lega kerana Hanim tak habiskan semua.

“Hanim nak baliklah bang.Esok nak pergi library dgn Sarah.Nak cari bahan ”Hanim mengambil beg dan bersalaman dgn abangnya.

“Dengan Sarah ke dengan Syah…”kacau Hisham.

“Syah mana pula…Memandai-mandai..”marah dengan tuduhan tak berasas abangnya itu.

“Syah Iskandar, budak belakang blok Mama tu.Bukannya abang tak tahu, dia suka tengok Hanim.Sampai sekarang pun belum ada GF.Tu mesti tunggu Hanim nyer..”Hisyam semakin seronok mengusik adiknya.

“Jangan merepek eh.Macam Hanim tak tahu hukum pula, cakap Hanim macam tu.”tegas Hanim.Dia tak suka kalau diperlaku macam tu.Hanim amat menitik beratkan syari’at, lebih lebih lagi bila dia dah berkawan dengan Sarah.Hisham juga begitu.Walaupun cara hidup Mama mereka agak moderan, dia tidak membantah dgn cara hidup yg anak-anaknya pilih.Mama mereka pun tidak pasti macam mana anak-anaknya boleh minat dgn ilmu Akhirat.Mereka rajin menghadiri kuliah yg diadakan dirumah keluarga Sarah. Disitulah Hisham mengenali Syima. Kedua ibu bapa Sarahlah yang menguruskan perkahwinan Hisham dan Syimah.

Hisham sedar adiknya tak setuju dgn gurauannya,”Okay-okay, sorry. Abang gurau je. Tak ada niat apa-apa pun.Lagipun abang nak lihat adik kesayangan Abang ni bersuamikan seorang pemuda kacak yang bertanggungjawab, baik, hormat orang tua dan yang paling penting sekali, adik iapr abang tu mesti seorang yang soleh.”

Hanim mencebikkan mukanya.Menyampah sekali dia kalau orang cakap pasal perkahwinan.Umurnya baru 16 tahun,masih anak hingusan.

No comments: